Monday 28 October 2013

FAKRI,PIYA BAWA KELANTAN KE FINAL




Kebangkitan dramatik pada 10 minit terakhir permainan memastikan juara bertahan, Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kiraan agregat 4-3 setelah terikat 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

 
Ketika ramai menyangkakan Kelantan akan melangkah ke perlawanan akhir dengan mudah, percaturan pengendali ATM, B. Sathianathan begitu menjadi pada babak pertama apabila Marlon Alex James meledak dua jaringan pada minit ke-18 dan 35 bagi meletakkan The Gladiators berada di hadapan seketika menerusi kiraan agregat 3-2.

Namun, pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani meniupkan api perjuangan The Red Warriors apabila berjaya menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-82 sebelum jaringan menarik daripada ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, tiga minit kemudian memastikan Kelantan bergelar finalis Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini bagi memburu kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran kejohanan itu.

Kejayaan anak-anak buah Bojan Hodak bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal ekoran tonggak di bahagian pertahanan, Obinna Nwaneri mengutip kad kuning kedua sekali gus terlepas aksi di perlawanan akhir yang dijadualkan 3 November ini di Stadium Shah Alam.

Separuh akhir pertama ternyata menjadi milik ATM dengan benteng tuan rumah gagal mengunci pergerakan Marlon yang kerap kali berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti lawan di samping kepantasan Christie Jayaseelan dan Venice Elphi Danny Kaya di bahagian sayap menjadi taruhan utama Sathianathan dalam melancarkan serangan balas.

Malah, pertahanan ATM sebelum ini yang nampak longgar ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang cukup berdisiplin serta tidak membiarkan Dickson Nwakaeme terlalu bebas mengawal bola.

Bagaimanapun, tindakan bijak Bojan Hodak meningkatkan tempo permainan anak-anak buahnya pada separuh masa kedua akhirnya memberikan pulangan setimpal apabila Fakri yang masuk menggantikan Zairo Anuar Zailani membuktikan dia masih ada bisa apabila menjaringkan gol penting, lapan minit sebelum perlawanan tamat sebelum disudahkan Badhri atau Piya dengan penuh bergaya pada minit ke-85.

Sumber : Utusan Malaysia/26 Oktober 2013


Bagai tersentak dan nak keluar jantung.Perlawanan paling best di Malaysia abad ini.Bagaimana Kelantan boleh melepaskan 2 gol yang diingini oleh ATM? Pada pandangan kawe Strategi Bojan sudah boleh di baca oelh Sathia.Kelantan hanya bermain long Ball untuk mencari targetman Dickson.Sementara Dickson pula di jaga oleh 3 atau 4 pemain setiap masa.Macam mana dia nak bergerak? Pemain pula terus bermain mengikut strategi pasukan.Walaupun ada peluang terutama dari Piya namun aksi pemain masih menunjukkan mereka masih berjuang.ATM berjaya menembusi 2 gol pada separuh masa pertama.Seluruh rakyat Kelantan dan Penyokong resah ,gelisah dan berdebar.Jantung boleh di katakan berada di luar bagai nak pecah.
 Separuh masa kedua,Sathia menjangkakan kelantan akan menyerang bertubi-tubi dan Sathia merancang dengan teliti counter attack bagi mandapatkan 1 gol sahaja lagi.Bojan pula lain,Inilah yang di katakan Bojan adalah master Tectikal.Dia mengarahkan anak buahnya bermain hantaran pendek dan true pass.Lain yang Sathia jangka dan lain yang di buat Bojan.Pemain Kelantan menguasai separuh masa kedua di samping Zairol yang nampak tenggelam dan gagal untuk membantu rancangan bojan di keluarkan.Masa sudah menunjukkan minit ke 80.Fakri entah apa yang dia makan.Mendapat satu peluang untuk merencana namun gagal,tetapi satu hantaran yang dia dapat dan terus menjunamkan bola ke gawang ATM membuka semula peluang pada minit ke 82.Memang betul Gol jaringan Fakri di saat Kelantan teramat inginkan Gol hadir tepat pada masanya.Walaupun selama ini dia selalu di kecam dan di BOO oleh penyokong.Namun malam ini dia baru dapat inspirasi yang selama ini cara bermain dan menangani Penyokong Kelantan adalah sebegini caranya.Mungkin dia kan di julang.Piya meletakkan Kelantan terus berada di pentas Final.Bola hantaran Zairul Fitree menuju ke belakang Piya.Tetapi ini lah Piya.Dia undur sedikit ke belakang dan menahan bola dengan kemas dan melepaskan rembatan padunya walaupun Farizal melayangkan badan namun bola terus menerjah jaring dan melekat di sudut itu,Itulah jaringan Maut Piya.Walaupun ada orang tak nampak namun dia terus buktikan yang dia adalah yang terbaik.Jaringan Piya pada minit 85 itu membuatkan ATM terus berusaha namun kita masih ada tangan Emas,Apek berjaya menangkis 2 peluang dari SHukur dan HAi-O.Kalu tidak tentunya bola yang pada kawe itu adalah Gol.Bagi kawe Fakri pembangkit,Piya kenyakinan dan Apex adalah Penyelamat Final.
  Seluruh rakyat Kelantan bergembira bila wisel di tiupkan.Namun kegagalan Azizi malam ini terpaksa di bayar dengan pengorbanan Obinna yang di layangkan Kad Kuning kedua dan terlepas aksi Final.Apa yang ada dalam benak Bojan? siapa yang akan menerajui Center Back? Pertahanan akan di berikan perhatian Kursus oleh Bojan di samping Midfield dan Atatcking.Insyaallah semoga Kita semua selamat sampai di Shah Alam dan Pulang dengan mempertahankan Piala Malaysia untuk terus berada di bumi KELANTAN.Lawan kita adalah Pahang.Ercoast Derby Pantai Timur.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment