Monday 28 October 2013

KELANTAN BAWA BEKALAN TIPIS KE KOTA BHARU




Pentas akhir Piala Malaysia semakin menggamit juara bertahan, Kelantan, apabila meraih bekalan yang cukup berharga untuk dibawa ke Kota Bharu melalui kemenangan 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua watak penting yang membawa kemenangan The Red Warriors adalah Mohd. Badhri Mohd. Radzi yang menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 sebelum jaringan kemenangan dicipta Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-78.

Christie Jayaseelan menjaringkan gol sagu hati buat ATM pada minit ke-19 yang sekadar gol penyamaan sementara namun itu masih belum cukup untuk memberikan Kelantan satu kelebihan selesa dengan dua gol di tempat lawan.

Jika tidak kerana kecekapan penjaga gol ATM, Farizal Harun, skuad kendalian B. Sathianathan pasti kalah dengan keputusan yang lebih teruk ketika barisan pertahanan yang diketuai Shukor Adan begitu sukar mengawal kekuatan fizikal yang ada pada penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme.

Selain itu, faktor keletihan dialami oleh kebanyakan pemain ATM yang berusia 30an ke atas bijak diambil kesempatan oleh pasukan pelawat pada 20 minit terakhir permainan dengan melancarkan serangan pantas bertali arus selain kecederaan yang menimpa Norfazly Alias.

Kelantan menggamatkan suasana di Selayang terlebih dahulu apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-12 melalui pemain pujaan The Red Warriors, Badhri Radzi. Badhri atau lebih popular dengan nama jolokan Piya meledak melalui rembatan jarak jauh dari luar kotak selepas melakukan tindakan susulan percubaan Nor Farhan Muhammad.

The Gladiators tidak menunggu masa terlalu lama memadamkan kelebihan pelawat apabila Christie dalam situasi yang tidak diduga bijak menghukum kealpaan pertahanan Kelantan, enam minit kemudian.

Fitri Omar yang sebelum itu gagal melunaskan peluang keemasan pada minit kesembilan, sekali lagi menghampakan rakan-rakan sepasukan apabila bola sepakannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-51.

Pada minit ke-71, Kelantan seharusnya boleh kembali berada di hadapan namun K. Reuben menjadi penyelamat ATM apabila dapat mengeluarkan bola di atas garisan gol hasil percubaan Nor Farhan.

Bagaimanapun, Nor Farhan menebus kembali kehampaannya pada minit ke-78 selepas berseorangan di dalam kotak penalti dan mudah menewaskan Farizal yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Sumber : Utusan Malaysia/19 Oktober 2013


Piya dan Farhan.adalah 2 watak utama membawa bekalan untuk Kelantan bagi beraksi di Kota Bharu.More Staylish Player di berikan kepada Dickson yang begitu efecttif merencana dan mengelirukan pertahana lawan.Apa yang penting kita ada 2 gol untuk ke Kota Bharu.Walaupun banyak peluang di cipta namun gagal di terjemahkan kepada jaringan.DI samping Farizal Harun yang banyak menyelamatkan keadaan.Farhan mengotakan janji untuk meledak malam ini dan Kapten Kita Piya walaupun di lihat boleh mengubah lagi keputusan namun dia sedikit kurang tenang di depan Gol.Selain Dickson dan Indra yang turut mempunyai peluang.Namun 2 gol sudah cukup untuk membawa bekalan.
 Kata-kata B.Sathianathan meresap kepada semua media dan blogger tak kurang juga pada media sosial seperti Facabook."apa yang Dickson makan pun sya tak tahu,Besi agaknya" tapi kawe percaya Dickson ada ramuannya tersendiri.Apa yang bakal di caturkan oleh Bojan di Kota Bharu? Adakah barisan pertahanan kita akan kuat seperti perlawanan pusingan pertama?Jawabpannya adalah pada  25 oktober nanti.Marilah Kita sama-sama berdoa semoga Kita berada di pentas Final Tahun ini,Insyaallah..

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment