Sunday 21 August 2016

EMAS BUAT TERENGGANU SUKBOM 2016

SUKBOM 2016 berlansung pada 22 july-26 july 2016.kali ini berlansung di Negeri Sembilan bertempat di USIM.Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah perubahan besar yang saya lakukan untuk mencapai kejayaan ini.Selepas tamat Sukbom 2014 di Johor saya bertekad untuk masuk All Event dan untuk mendapatkan Emas buat Bomba Terengganu.Kenapa saya berani lakukan perkara ini?tidak ada seorang pun yang bertanyakan pada saya hal ini.Ini amat mengecewakan saya samaada kawan dari Bomba sendiri atau kawan -2 yang bermain bowling.
   Inilah yang membuatkan saya ingin untuk kongsikan.Yang pertama ,saya telah berkursus pasal bowling ni pada tahun 2014 dan telah berjaya menamatkan kursus kejurulatihan bowling Tahap 1 pada 17-20 November 2014.Tetapi Test untuk Lesen saya gagal tapi boleh mengulanginya pada masa akan datang.


 Bukan sijil yang saya ingin nyatakan di sini tetapi Ilmu yang saya dapat dan pengalaman akan datang bila kita teruskan bermain.Dengan Ilmu dan pengalaman yang saya lalui dan melihat perkembangan Bowling saya ingin cuba sesuatu yang baru.
  Yang Kedua,saya jual bola kesayangan saya ,sewaktu itu saya pakai bola storm Vivid beratnya 14 gram.Dan bola Hammer Uriten ( jual tapi xlaku)beratnya 15.4 gram terlalu berat untuk saya.








Masalah yang saya hadapi apabila bermain bola storm vivid inin adlah saya susah untuk maintain score keran corenya yang tidak bulat dan sy sudah berbincang dengan coach zul untuk tukar semuanya.Apa yang saya tukar?

Bola Storm 30 universery ,bola ini coach setting untuk masuk maksimum hingga 4 arrow.Maksimum hook.dan ini merupakan bola first ball.High performance ball.berat 15.2
dan satu lagi bola iaitu roto grip tapi masih dalam latihan sebab belum dapat lagi momentum dan arrow yang bola ni mahukan.masih dalam trainning.Hectic berat 15g.


ada satu lagi accesories yang mungkin jarang bowlers gunakan tapi saya berani untuk gunakannya.lebig senang dari pakai tape.Tumb Sock Namanya.


Saya juga sudah tidak memakai hand guard lagi kerana cara balingan baru lebih senang tanpa memakai hand guard.Kasut pun saya tukar dengan kasut yang mahal sikit dan ada extra tapak untuk di tukar mengikut kesesuaian lane.


Beg dari 2 bola kepada 3 bola.bukan apa sebab nak setting bola untuk high ball,medium ball.dan low ball.semua bola ini ada tugas masing-2.


Bukan saya nak berlagak tapi ilmu yang ada memaksa saya buat perubahan untuk berjaya dalam sukan yang saya minati.wang bukan ukuran kejayaan tetapi kepuasan dan berjaya selesaikan masalah semasa keadaan lane.
    Yang ketiga ,saya ubah cara saya bermain.dulu kalau coach minta saya bermain arrow satu,saya akan berasa takut bola itu akan masuk lonkang tapi sekarang tidak lagi.malah itulah arrow yang saya paling suka main.Bola Rotogrip biasa saya akan bermain dengan Arrow 1setengah sbb bola tu lagi ringan dari first ball.Sy buang hand guard dan sekarang hanya pakai sarung lengan dan hand grip sahaja.

Inilah saya dulu sewaktu pakai hand guard.dan sekarng saya dah ubah tidak memakainya lagi.kerana saya rasa lebih bebas sewaktu release ball.

Inilah gaya dan pembaharuan dari segi penampilan sahaja.tapi seluar saya tetap pakai slack dan jersi sebab kalau dah biasa ikut peraturan semasa game kita tidak akan kekok.Try lah kalau nak tahu.saya akan memberikan video pendek bagi bola first ball.tetapi bagi bola roto grip saya masih perlukan coach untuk betulkan balik bagaimana untuk bermain dengan bola ni.Video ini Adalah cara biasa sy bermain di MIG bowls ,Terengganu.dari 4 cara bermain .


Manakala video Kedua adalah cara saya bermain dengan bola RotoGrip HecticTapi saya belum pasti lagi cara palng sesuai untuk menggunakan bola ni.


Dan oleh keran kerap sangat missed  pin 10 saya membeli bola maxim di tebuk mengikut bola Rotogrip kerana saya tidak mahu menggunakan cara yang berlainan.walupun bola straight tapi bola roll macam hook tapi ada sedikit masuk.Tapi spare ball saya tu baru sahaja di beli dan tidak saya gunakan sewaktu Sukbom.Tapi waktu di sukbom saya gunakan rotogrip untuk ambik spare.


  Yang Keempat macam mana saya dapatkan hugh fokus level,ok ada satu cara iaitu menggunakan bola tennis .Anda berdiri dalam 10 ke 12 kaki dan letakkan sati mark pada dinding.Lontar bola tennis tu pada mark tersebut.buat dalam 10 kali sehari.Lama-2 bila main bowling semasa bermain dan bila nak fokus anda akan rasakan yang otak anda betul-2 berada di hadapan sehinggakan apa sahaja yang orang cakap anda dah tidak peduli yang anda tahu adalah fokus.


 Yang Kelima ,Sebelum pergi ke mana-mana event,mintak lah doa semoga Allah memudahkan dan memeberikan kita kejayaan dan selepas kita berjaya buatlah solat syukur atas kejayaan dan mintaklah semoga Allah tidak akan putuskan kejayaan kepada kita.Insya Allah...amin.


Inilah yang saya buat sehingga hari ini.Latihan berterusan dan jangan seekali cepat puas dengan apa yang telah kita miliki.Nak dapatkan emas bukan senang banyak perlu kita korbankan.Semasa latihan kita tinggalkan keluarga,masa bersama keluarga ,budget latihan,kadang-kadang kita trainning dengan duit semdiri je.Kita lakukan pengorbanan sekali je dalam bowling ni tapi kalu dah dapat Insyaallah,Allah akan bayar balik dengan cara Dia.sebenarnya semasa Sukbom ni saya bukan hadiahkan Emas sahaja malah satu lagi perak dari acara 4 some.4 berpasukan.kami kalah bukan sebab apa.Sebab semangat berpasukan dan kepercayaan anatara satu sama lain kurang.sebab tu pasukan Kelantan boleh beat Team Kita.


Jadi apa yang saya buat itu adalah demi Sukan yang saya minati dan hendak berjaya dalam event-2 yang saya sertai jadi 2 pingat ini petanda awal kebangkitan saya.Insyallah saya akan terus berusaha dengan Ilmu yang saya ada serta dengan Coach yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar.sebab saya jenis suka bertanya.nak berjaya memang kita kena bacalah sikit buku-2 kejayaan orang lain untuk bagi inspirasi kepada kita.lepas tu kita cuba membuka cerita kita dengan kajayaan yang datang dari titik peluh kita sendiri.




Kalau anda tanya saya adakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya.saya akan jawab belum dan ini adalah bermulanya cerita saya yang bernama Nik M.

Go For More !!!!!!!!!!


 

No comments:

Post a Comment