Saturday 3 June 2017

CCB 3 6 9




       Pada Hari Jumaat 2 jun 2017,Misi saya untuk mencari kedudukan terbaik adakah akan terjadi atau makin teruk.Pendaftaran untuk Event pada malam ini adalah pada jam 10 malam.Saya telah nekad dari rumah untuk main bersunggug-sungguh.Saya turun dari rumah pada jam 9.40 malam dengan semangat yang berkobar-kobar dan berharap ada sesuatu atau result yang terbaik boleh saya bawa balik.Kawan-kawan saya yang lain pun turut serta juga.Jadi Event malam ni serasa saya akan bermula agak lewat sebab bulan ramadankan.Biasanya semua pemain akan bersolat Terawih di Surau atau Masjid kampung mereka atau Favourate mereka.Ada setengah Surau buat 8 dan ada yang sampai 21 atas kehendak dan kekuatan masing-masing.Kalu larat boleh lah nk pergi 21 rakaat pun tapi kalau perut kekeyangan biasa standard 8 rakaat.Jadi malam ni saya buat 8 Rakaat sebab biasa dah buat 8 ni,bukan selalu pun dah memang sentiasa buat 8.hahahhaha.

Kena dulu sebatang...hahahahhahahhaahh

     Ok lah sembang bab Bowling ni ,Malam ni format 3 6 9 .Sesetengah orang tahu main bowling tapi bila kita sebut pasal 9 Pin Tab,3 6 9,Baker Format.10 pin mungkin ramai yang biasa dengar dan tahu lah kan.Ok nombor 3 6 9 itu adalah nombor frame strike yang di berikan dan memang auto bila sampai di frame tu strike akan ada walaupun kita x membuat balingan.Maknanya, dalam sistem dah ada strike pada Frame ke 3 6 9.Cuma Pemain hanya perlu mencari strike pada frame yang 1 2 4 5 7 8 10 11 12.cara pengiraan jatuhan pin adalah sama macam biasa.

Rosmadi Ayu kesejukkan........haha
 Kita Merancang dan Allah tentukan.Itulah ungkapan yang tepat.Pertama kali saya test lane dalam 10 minit masa di berikan,alangkah terkejutnya saya apabila saya baling bola pada arrow 1 1/2 bola saya terus menuju ke pin yang ketujuh.nanti rujuk pic susunan pin.Maknanya ada sesuatu yang berlaku pada lane.Samada lane tu kering giler atau dia oily pendek dan rasanya minyak petang tadi yang di oily pada jam 5.30 dan minyak itu tidak ada orang yang bermain di Lane menyebabkan minyak macam mati.Tapi saya tidak tanya pun EN Mat pengurus CCB tu bukan apa nanti kan dia jawab dengan jawapan yang lain ,lain pula jadinya.

                                                        http://www.tepakku.com/wp-content/uploads/2014/01/wpid-IMG-20131128-WA0006.jpg

Jadi inilah resultnya,saya jatuh menjunam ke tangga ke 52.Memang sakit hati sangat padahal masa latihan malam-2 lane ok jer...entah lah nantikan cakap banyak orang kata pulak "Alasan" kan.Saya bawak balik frust dan kecewa kerana kondisi lane belum dapat saya ketahui dan kenal dengan baik.Kena ubah balik cara balingan mungkin saya akan join member saya yang lain untuk main pool.Bukan judi yer cuma latihan mental kerana selalu di tekan untuk bermain dengan baik.


Bayar yuran rm65 balik dengan tangan kosong.Setiap kali main di CCB ada sahaja perkara -perkara baru yang berlaku tapi tak pe lah.Next time kita cuba dan Terus mencuba.Saya akan mencari formula demi formula setakat yang saya tahu dan boleh.mungkin cara balingan saya di CCB udah makin keras dan tidak selembut permianan biasa,Jadi dalam group bowling ni saya ada join satu group ni namanya "Set Mee Rebus" Bukan gengster tapi mereka ini selalu bermian bowling dan boleh di katakan hari-2 main bowling di CCB dengan main pool.Jadi selepas game kita orang semua berkumpul dan berbincang mengenai Majlis berbuka puasa pada 5.6.2017 majlis santai jerdan kita nantikan cerita apa yang akan berlaku pada hari itu.Insyallah akan ada cerita pelik-pelik rasanya .

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort selects US - JTG
    Harrah's Cherokee Casino Resort selects US casino operators 양주 출장안마 for the ultimate destination 진주 출장마사지 for 바카라 사이트 벳 무브 gaming and entertainment, 삼척 출장샵 plus more for everyone. 화성 출장샵 Get your

    ReplyDelete