Monday 5 June 2017

PROGRAM JOM SEHAT

Team Montel dari Kiri Nik M,Zulkifli Wan Abdullah,Tuan Suriati dan Zakaria

Pada 3 jun yang lalu ,saya bersama team montel (BBP Wakaf Tapai) merupakan salah satu team dari 14 balai Bomba yang ada di negeri Terengganu ni.Saya juga terlibat.Program ini bermula dari bulan januari lagi dan akan berakhir pada jun nanti.Di Sebabkan bulan ramadan tiada aktiviti yang diaadakan hari ni.macam bulan-bulan yang lalu aktiviti yang pernah kami buat adalah Larian di Taman,menaiki bukit dan jogging.Jadi hari ni kita orang hanya datang untuk Timbang dan mengambil gambar pasukan sahaja.
   Saya bermula dengan berat 106kg pada bulan januari yang lalu.Pada Bulan Pertama saya buang nasik,minyak dan minyak dan tiada sebarang aktiviti yang saya buat jadi keputusan bulan pertama saya berjaya turunkan 4.9kg untuk bulan febuari.Satu result yang memberansangkan.jadi saya tekad untuk meneruskan apa yang saya buat namun di sebabkan badan dan Terasa ringan jadi saya mengambil keputusan untuk membuat aktiviti sikit.Saya bermula slow jog dengan jarak 2.4km selama seminggu dan selepas itu saya jog dengan 4.8km.masa ni saya tidak timbang pun namun saya teruskan dan berjaya jog sampai 7.2km.Selepas itu saya membuat rancangan tambahan dengan berkayuh basikal trek biasa saya berkayuh 42km selama hampir 1 jam 42 minit setiap kali berkayuh.Bila hari saya bekerja saya jogging dan bila saya tidak bekerja saya berbasikal.

basikal Road Canondale.


 Timbangan Bulan kedua Mac saya still boleh turunkan berat badan saya 2.8kg tapi sehari sebelum hari timbangan saya ambil nasik lemak waktu pagi sebab masa tu ada pertandingan futsal.Di Sebabkan malas nak keluar jadi saya makan apa yangada sahaja di kawasan berdekatan.Sekali fikir rugi jugak makan nasik ni.Tapi tak apelah sebab keadaan masa tu kan.Jadi aktiviti saya teruskan tapi bulan ni agak limited sikit sebab banyak aktiviti yang berlansung di dalam negeri Terengganu ni.

masa ni berat masih dalam 101.1

Untuk Timbangan bulan ketiga (April) saya tidak dapat bersama pasukan kerana mengalami sedikit masalah di bahagian lutut kiri saya.Saya bermain bowling di Mesra mall dan sebab itulah lutut saya mengalami kecederaan ringan.Kebetulan pasukan saya yang pergi ke sana kena naik bukit Bauk di dungun dan timbangan saya dia orang guna yang berat di bulan kedua dan saya tiada sebarang penurunan kalau di ikutkan pada syarat dan peraturannya lah.Namun aktiviti saya yang telah saya rangka saya teruskan tapi bulan ni sekali sekali saya ambik jugak nasik(satu gemgam .sekali sehari)



Pada Bulan mei ,Timbangan Ke-4 saya bersama pasukan dan pasukan lain kena menaiki bukit besar berhampiran ibu pejabat bomba dan selepas timbang berat sata turun 1.9kg sahaja dan berat saya menjadi 96.4kg dari 106kg dah 10 kg berat saya turun dan masa yang saya ada adalah 2 bulan lagi bagi mengakhiri pertandingan ini.Saya nerharap dapat turunkan lagi .




Timbangan Bulan ke -5 adalah bulan ramadan dan hari ini adalah ramadan yang ke tujuh.Baru seminggu puasa dan timbangan hari ini saya naik 400g.jadi berat saya 96.8tak sangka pulak naik ingatkan maintain je sebab badan rasa macam biasa jer.perut sudah x nampak memboyot.Satu Bulan lagi sebelum Timbangan yang ke-6 dan penghabisan.Saya nak lagi 10kg atau paling kurang 5 kg.Berjaya atau tidak ..kita tunggu.

No comments:

Post a Comment