Monday 24 July 2017

RAYA 2017

Family foto di rumah adik iparku Shah
Alhamdulilah raya 2017 di sambut dengan penuh kesederhanaan dan saya bertolak balik dari terengganu ke kampung halaman saya pada malam raya 24/07.2017 pada jam 11 malam maklumlah malam raya jalan pun dah sibuk untuk keluar dari daerah negeri Terengganu.Tetapi apabila sudah sampai di Gong Badak jalan sudah mulai selesa untuk pemanduan.Saya dan Isteri pada mulanya merancang untuk pulang ke Rumah Isteri saya tetapi saat-saat akhir kami mengubahnya untuk pulang ke rumah saya.Maklumlah malam raya kan ramai adik-adik isteri saya sudah pulang kerumahnya dan keadaan manjadi sedikit pack.maklumlahkan Raya.

 Selesai sahaja solat sunat aidilfitri saya singgah ke rumah mok nik di depan rumah dahulu sebelum bertolak ke rumah Shah.oklah makanan kat rumah Shah pun banyak jugak.Saya masih dalam diet so makan pun sikit je lah.Apa yang penting meraikan kemengan pada hari ini.

Telatah Amjad kat rumah Shah
 Biasalah anak saudara yang comel namaya Amjad tapi mulutnya macam orang tua dah.x padan dengan umur.adiknya agak pemalu dan senyap sikit tapi biasanya si abang ni lah yang biasa kacau dia kesian juga tengok si adib.

Adik Saya Syabilla dan Suaminya Nazli serta Amjad dan Adib
 Selepas di Rumah Shah kami ke rumah tunang Adik saya yang ke-4.Baru habis M.A studies tunggu panggilan kerja je ni tapi belum panggil-panggil lagi.Normi tunang adik saya .Sebagai abg kena faham jugak lah kan baru bertunang x kan raya x pergi kot dahlah beli baju dah sedondong.Semoga Cepat jodoh mereka berdua.

Syahril dan Normi
Selepas ke rumah Normi baru kami semua bergerak ke rumah Isteri saya tapi setibanya di sana makanan sikit punya banyak lah.jadi makan je lah apa yang patutkan.

  Pada Raya yang kedua saya dan isteri ke majlis pertunangan adik isteri saya Fain di pasir puteh.Agak risau juga sebab raya yang kedua kan namun oklah semuanya berjalan lancar dan jalan pun masih ok sewaktu pergi dan balik.

dari kanan Fain ,ayah mertuaku dan bakal mertua fain
depan dari kiri ma(mak mertuaku dan tunang Fain
Fain dan tunangannya

selepas tu ada juga pergi ziarah rumah saudara mara kat pasir puteh dan rumah kawan saya Fazmi ingat nk pergi Semua rumah saudara -mara tetapi jalan jem teruk sangat tahun ni jadi yang mana sempat je lah kami semua pergi mana yang tidak dapat pergi tu Maaflah semoga ikatan persaudaraan kita semua tetap utuh dan bersatu.Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin


No comments:

Post a Comment