Monday 24 July 2017

LATIHAN SUKBOM 2017

Surat Latihan Sukbom 2017
Sukan Basikal untuk acara Sukbom 2017 ,pada permulaannya keputusan mesyuarat telah memutuskan untuk tidak menghantar pasukan basikal ke Sukan Bomba Malaysia Di Negeri Kelantan namun selepas mesyuarat Induk ketua kontijen di Kelantansebulat suara mengundi untuk memastikan setiap negeri menghantar pasukan basikal masing-masing kerana kos penganjuran begiru mahal sebanyak RM 16 ribu kalu sikit ke penyertaan Pihak Penganjur tetap kena keluarkan kos sebanyak itu.Jadi Pengarah Terengganu segera mengarahkan Tuan Hassan Bin Embong untuk segera mencari x rider dan rider bomba Terengganu yang masih sanggup untuk masuk acara ini.Saya Sebenarnya dah bermula dari bulan satu lagi dah mula berkayuh kalau tidak silap saya dah 344.6 km odometer basikal saya sewaktu saya menerima surat ini.walau apa pun pasukan tetap akan di siapkan.Pasukan lain sudah bermula fasa 1 latihan sebelum puasa lagi cuma team basikal sahaja baru bermula pada fasa ke II.

11.6.2017 malam pertama di bulan ramadan latihan bermula
Pada 11.6.2017 Team basikal Bomba Terengganu bermula latihan pada jam 10 malam dan berkumpul di perkarangan masjid terapung.Program malam ni kena ikut geng TSG,Sukma dan Pelapis lelaki Terengganu.cuak jugak saya bertemu dengan  geng TSG sebab beberapa tahun yang lalu saya pernah ikut TSG ni tapi kayuhan mereka memang mantap 50kmpj pun mereka mampu kayuh lagi.saya sejak mula ramadan memang dah x kayuh sebab menghormati bulan ramadan kan.TSG pun pergi berlatih di Korea.Geng Pelapis akan ke Thailand untuk berlatih di sana.Start kayuh dengan 35kmpjm sebelum selekoh pertama di Traffik light sotong Marang saya dan ketinggalan.Macam x daya nak ikut mereka sebab baru hari pertama namun saya tetap juga kayuhan sampai jumpa Amri di Petron dan Jumpa pula Safiee di Traffik light chendering.mereka buat 2 lap setengan last mereka u Turn di simpang tiga selepas masjid Tok Guru haji Hadi.Kami buat satu lap lagi dan habiskan kayuhan di maidin Kuala Ibai dan pergi minum dan Balik.

Latihan Hari kedua 12.6.2017
 Malam Kedua kami bermula seperti biasa kali ini saya terus bermula dengan Amri kami buat 2 lap selepas itu tamat di Maidin Kuala Ibai pergi minum dan balik.Pada hari ketiga pengurus baru pasukan telah sampai dan kayuh bersama kami.Tuan Khir Amir itulah nama Pengurus baru Team Basikal Bomba Negeri Terengganu.Kayuhan 2 lap dalam 35 km selepas itu kami minum dan balik.

Tuan Khir Amir turun bersama Team
Begitulah kami lakukan sehingga 15.6.2017 tetapi pada malam 16.6.2017 saya ingatka mereka masih nak berkayuh rupanya saya seorang diri sahaja pada malam tu.Saya buat 2 lap pusingan namun pada last lap terakhir 2 rider TSG datang dari belakang mereka cuba kejar saya dari tadi lagi rasanya.oklah sempat juga saya intai cara mereka berkayuh dan tengok crank speed belakang macam mana mereka guna.saya nampak dan saya akan cuba ikut macam mana mereka berkayuh.Tamatlah sesi Latihan Fasa ke -II Bomba Negeri terengganu.

No comments:

Post a Comment