Monday 31 July 2017

LATIHAN PENGUKUHAN KECERGASAN DAN FITNESS SUKBOM NEGERI TERENGGANU 2017




 

 Latihan Sukbom Bermula dari 2.7.2017 sehingga 12.7.2017 .Kami bermula dengan Kem pusat di Kem Pengakap Kampung Telaga Batin.Siap pasang Khemah lagi.Budget sangatkan latihan kali ni.siap untuk tidur dalam khemah.

Kalau lah di beri peluang memang saya akan cadangkan fitness pada jam 7 pagi dan larian serta station ni dah tidak di perlukan lagi untuk sesi terakhir latihan bukan apa,fitness yes,memang perlu tetapi bukan pada fasa yang terakhir sebab kalu dari segi sains sukan pun memng dah tidak buat fasa akhir fitness sebab akan banyak mendorong kepada kecederaan kerana waktu beginilah teknikal dan tektikal perlawanan yang akan di titik beratkan bukan lagi fitness.Tapi dah arahan macam ni kan apa yang perlu di buat adalah pandai-pandai hadir tetap hadir dan time larian tu lari tanpa push muscle.
    Selepas Habis Sesi Fitness saya pergi kedai makan dulu ,bukan apa sebab matahari pun dah mula naik,sarapan pun simple je air panas nescafe/tea tarik dan kueh sekeping.selepas tu jumpa team basikal untuk memulakan kayuhan.3 hari dok dalam kem nak kayuh pun susah...apa lagi yang hendak di buat fitness kayuh basikal 80km tak fit lagi ke?Mana perginya kewibawaan pengurus-pengurus pasukan di sebabkan kemahuan pengarah jadi kamu semua senyap dan ikut sahajalah kan.Pergi lah belajar Sains Sukan apa yang perlu ada dalam Team setiapa acara dan macam mana nak mengendalikan sesebuah Team Sukan.Acara Basikal lain,Futsal lain,Bola Tampar lain,Net ball lain dan sepak takraw pun berlainan semua tak sama.Kalau basikal awal pagi dah fitness nak kayuh lagi 80km apa hal mana nak datang tenaga.fikirkanlah...

Dari Kiri Amri,Safiee,poknik dan En Zuraidi
 Dari Jadual yang padat kami tetap berkayuh hari ke-4 dah sampai ke Gong Balai ,pergi dan balik dalam 85 km..oklah hari pertama.Di sebabkan ada Fitness kami memutuskan untuk buat satu sesi sahaja ,risau kecederaan kalau push terlalu kuat.So lepas Kayuh Kami buat recovery masing-masing dan balik untuk rehat.Esok pagi pukul 7 dah kena ada kat Balai Bomba Kuala Terengganu. Untuk Nyanyian dan Fitness.
 Latihan Hari ke-5 kami teruskan latihan sama macam semalam dan balik serta recovery masing-2.Apa nak buat kan yang paling takut bagi rider basikal adalah kecederaan kerana krem dan musle pain pada betis dan peha.Hal ini rider yang sudah biasa berkayuh akan tahu pasal ni dan mereka cukup hati-hati semasa berkayuh,walaupun jauh ada caranya tidak bagi preasure kepada betis dan peha.Kami tidak ada jurulatih yang boleh membimbing kami ke arah kejayaan cuma kami banyak bertanya kepada Otai-Otai basikal ,ada yang mngatakan perlu menggunakan motorsikal untuk menarik kami dengan speed yang berbeza-beza dan ada juga yang mencadangkan agar kami mengunakan kaedah Cardian.Crank depan Besar dan crank belakang 17/18.Ini tektikal yang bakal telah kami gunakan untuk laatihan fasa akhir ni.Starting dengan Cardian speed 25 ke 30 dan 28 everage speed tidak laju tetapi jauh.Semasa nak sampai ke penamat kami gunakan speeding seumpama sampai ke garisan penamat.
  Hari ke-6 kami kena pergi ke kolam untuk recovery dan kasi sejuk balik kaki dan rest.ok jugaklah mandi kolam ni.berjalan slow-2 dalam kolam sampai kecut kaki baru naik.so ada antara kami yang nk repair basikal ke hari ni lah masanya sebab esok dah start kayuh.Basikal semua sendiri dan repairpun atas sendiri.Kami semua rider ni tidak kisah pun pasal belanja cuma kalu dapat sedikit boleh lah jugakkan cover yang mana patut. Hari ke7 adalah hari jumaat kami rehat sebab susah jugak nak berkayuh hari jumaat sebab banyak orang mngajar terutama jalan marang dan Kuala Berang.

Amri ambik gambar dari belakang
Hari ke-8 kami,setelah berbincang kami memutuskan untuk ke Kuala Berang.So Kami bermula dari Balai Bomba Kuala Terengganu ke Balai Bomba Kuala Berang.Jalan Ke Kuala Berang ok cuma jalan berbukit banyak sikit.kena banyak mendaki lah hari ni.semalam dah rest jadi hari ni kena kerja kuat sikit.main bukit oooo.

posing kat BBP Kuala Berang
Sampai sahaja di Kuala Berang kami singgah minum dulu rehat sekejap selepas itu ke Balai Bomba Kuala Berang Untuk ambik beberapa Keping Gambar untuk di buat laporan oleh pengurus nanti.
Semua rider berada dalam keadaan baik begitu jugalah dengan Basikal masing-2 semua berada dalam good condition.


Jauh perjalanan makin kami kenal kerenah dan rasa impak dari kayuhan dan rasa tu yang penting untuk kami jadikan panduan bila berlumba nanti.Semua orang tahu apa itu basikal mahal atau murah itu sudah berbeza.Basikal ni pun ada kaitan juga dengan Body type setiap rider ada bermacam-macam saiz.Kalau saya 52cm.


Selepas berehat apa lagi kami bertolak balik ke Balai Bomba Kuala Terengganu.selepas sampai kami bersiap untuk balik dan berehat dan sambil rehat tu kena jugalah lap basikal.bukan apa kalau basikal yang selalu berkilat tu perjalanan akan licin sebab kilatan tu membantu menambah kelajuan.kalau tidak percaya cubalah.
  Latihan Hari ke 9 kami berlatih semula ke Gong Balai .sebab jalan tu macam best je kan dalam 84km juga pergi dan balik.Hari ni Pengurus ikut,ini yang bestnya sebab bila pengurus ada kami rasa lain macam sikit.

Hari ke 8 selepas nyanyian kami ke kolam buat kali kedua dalam seminggu untuk recovery kali ni dua jam sebab geng netball ada friendly.so kami rider termasuk semua atlet lelaki berendam selama 2 jam sampai beku badan-badan.
  Hari ke-9 kami bermula balik ke Gong Balai kali ni bertiga sahaja sebab en zuraidi ada hal dengan JPJ so oklah kami bertiga.Macam biasalah.85km.selepasa itu balik ke rumah masing-2.untuk recovery dan rehat.Susahlah jugak sebab ada fitness bukan nk kecam masa kayuhan kami yang menjadi masalah sebab selalu kena bermula dari jam 8.30 pagi.kita baru sampai ke destinasi target geng pelapis dan bertolak balik ke Kuala Terengganu dah.Buat Fitness boleh kena tengok atas sukan lah kan.nak cakap banyak pun susah jugak.Kita Bukan dari Golongan berpangkat tinggi.Biarlah mereka fikir sendiri kalau mereka tidak tahu tanyalah MSNT ke MSN ke kan.Kita di Malaysia ni Khusunya Terengganu semua dah ada.Cuma atas kita je kan.

dari kiri Amri,Poknik dan Safiee.


Latihan hari ke 10 kalau ikutkan hari lah kan.tapi kali ini kami berkesempatan untuk pergi jauh sedikit dari hari kebiasaan maklum lah setakat hari ini acara lumba basikal Sukbom 2017 yang di hantar adalah 85km.kami kena berlatih hari-2.Dengan latihan sekarang kita banyak pada cardean dan bukan performance.sebab kalu berlatih Cardean ,performance akan datang sendiri nanti.


kalau tengok pada miles basikal kalu DST tu maknanya jarak yang kita pergi dalam km.So sekarang 108km.Ye betul itulah milesnya sebab kami bermula dari Balai Bomba Kuala Terengganu melalui sungai tong dan masuk ikut telaga papan dan balik melalui jalan pantai dan ke Balai Bomba Kuala terengganu semula.penat memang penat sikit sebab jarak tu jauhkan tapi oklah semua peralatan basikal berada dalam keadaan baik dari mula sampai akhir.Alhamdulilah...best sangat.
 Latihan hari ke 11 kami bermain jalan marang sampai ke Gong Balai dan u-turn sampai Balai bomba Kuala Terengganu.begitu juga hari ke -12 kami ke kolam renang selama 2 jam untuk recovery dan tiada latihan untuk hari ke 12.Latihan hari ke 13 kami memendekkan sedikit jarak kayuhan dalam 70km kerana pengurus ada hari ni cuma en Zuraidi sahaja tidak bersama sebab dah pulang ke Kuala Berang untuk pesiapan ke Kelantan.Kami tidak di letakkan harapan yang tinggi kerana acara ini tidak begitu famous acara lain.Cuma kami hanya berdoa semoga kami di berikan kekuatan dan hasil dari latihan ini dapat kami tonjollkan pada hari sebenar 17 july 2017 nanti.Doakan kejayaan kami semua.Selesai Latihan Sukbom 2017.




  

No comments:

Post a Comment