Friday, 28 October 2011

LAMAN WEB FAM DI HACK

Memang sudah menjadi tren baru sekarang yee.Jika kita tak berpuah hati kalau member ada Laman Web hantar je virus atau pun godam.Ini lah yang berlaku pada laman Web FAM yang tidak mendengar rintihan Persatuan bolasepak agar harga tiket di turunkan.Dah di godam dan memang akan mengambil masa yang lama untuk di uruskan kemabali.Hack adalah memusnahkan setting system atau destroy bukan sahaja system malah server.jawapannya FAM kena buat web baru lah yee.Nasib lahh ,penyokong adalah bos FAM dan ingatlah.Buat kerja elok-elok demi negara dan jangan sesekali ada kepentingan lain.Yang penyokong sakit hati nak pertahankan jugak RM50.Sehingga hari ini masih belum ada pihak yang berani bersuara kecuali Menteri Belia dan Sukan tapi tu pun komen je.
  Kalu nak buat laporan polis tak munasabahkan  nak  boikot susah jugak sebab persatuan negeri dah bagi supports.Apa kelab penyokong boleh lakukan untuk masa depan.supaya harga tiket berada pada tahap RM30 dan tak lari dari itu.Bangunan FAM juga di simbah Cat Merah.Kita kena ingat penyokong bukan individu tapi keluarga.FAM kena jaga bos mereka iaitu penyokong bolasepak.

PEMBANGUNAN BOLASEPAK AKAR UMBI


   Lama kita tak terpandang pembangunan yang di lakukan di Kelantan sebagai usaha menyemai benih bagi melahirkan bakat baru dan Star TRW.KAFA telah menubuhkan ARMY WORRIORS bagi pelapis di masa depan dengan mngadakan liga ARMY.Kita mahukan worriors yang di hasilkan dapat melahirkan jagoan bolasepak seperti apa yang di lakukan di BARCELONA atau kelab-kelab hebat dunia masa kini.Kita akan dapat melihat hasilnya dalam 5 tahun akan datang .Sekali sekala pandanglah mereka ,intai-intailah akan lahir jaguh baru dalam bolasepak seusia yang lebih muda dengan wujudnya ARMY nii.Setakat hari ni nampaknya pasukan ARMY KB belum menunjukkan taringnya.Risau jugak nii.Dulu pernah beraksi untuk BAKAT KELANTAN tapi sekarang ni nampak jauh plakk.Tak pe ada kelapangan nanti kita akan turun untuk lihat sendiri latihan dan perlawanan jika berkesempatan.

Come on ARMY  . . .GO FOR A GLORY

10 PEMAIN KELANTAN 2011 DIGUGURKAN

 Kelantan adalah pasukan pertama menyenaraikan pemain untuk tahun 2012.Di mana pada fasa pertama ini Kelantan yang di kenali sebagai The Reds Warriors begitu serius dalam membentuk pasukan.Di khabarkan TRW juga akan mengambil 5 pemain baru import tempatan dan juga di maklumkan 4 telah selesai dan memberi persetujuan untuk menyarung jersi TRW 2012.Banyak yang sedang bercakap-cakap mengenai siapakah 5 pemain itu?TRW juga begitu serius dengan misi AFC di mana TRW akan mengambil 4 pemain import 2 untuk liga tempatan dan 2 untuk AFC di mana 4 pemain itu akan turun kesemuanya untuk AFC bagi mengimbangi kelab-kelab lain.
 TRW memilih pemain dengan prosedur yang mantap dan  berdasarkan prestasi semusim dan bagi mencapai sasaran 4 Piala musim baru ini.TRW juga mempunyai ruang masa yang panjang berbanding pasukan lain kerana musim lepas hanya selepas Piala Malaysia baru dapat mencari pemain.Dari segi dasarnya dengan pemain yang sedia ada dan juga jurulatih yang berpengalaman ini.tidak mustahil TRW 2012 akan menjadi pasukan terhebat di abad ini.Dengan sokongan dari peminat finatik TRW segalanya tampak tidak sabar untuk melihat aksi pertama TRW pada Piala Sumbangsih yang mana TRW sebagai tuan rumah menanti kunjungan antara Terengganu atau N.9 pada permulaan musim 2012 nanti.
  Kepada 10 pemain yang di gugurkan di harap kamu semua terus maju ke hadapan dan carilah pasukan yang akan mencana kerjaya kamu.Segala penat lelah kamu untuk TRW 2011 kami ucapkan Terima Kasih banyak-banyak dan berusahalah untuk kembali suatu masa nanti semoga ada jodoh untuk TRW.Kepada bekas Coach kawe Halim Napi secara personel Terima kasih atas segala ilmu yang telah di curahkan dan segala jasamu untuk TRW jutaan terima kasih di ucapkan dan selamat bersara.
10 pemain yang digugurkan ialah 
1.Wan Rohaimi Wan Ismail 
2.Wan Zaman Wan Mustapha
3.Khairan Eroza Razali
4.Khairan Eruan Razali
5.Zul Yusri Che Harun
6.Muhammad Khalid Jamlus
7.Solehin Kanasian Abdullah
8.Daniel Fadzly Abdullah
9.Norhadi Ubaidilah
10.penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi yang difahamkan akan mengumumkan persaraannya pada musim ini.

 Selamat bersara Halim Napi dan ada masa kita duduk si scoreboard bersama ye nanti coach . . Fasa ke 2 pemain kelantan akan di umumkan selepas Piala Malaysia . .TSAM
                             
                                          GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 27 October 2011

HARGA TIKET FINAL RM50




Keputusan jawatankuasa JKTP telah memutuskan harga tiket RM50.Sambil berkata FAM terpaksa menaggung beberapa kos dan tidak dapat keuntungan dari jumlah tiket tersebut.cuba kita jumlahkan dengan 80 000 penyokong yang hadir dan jumlahnya RM4 juta.betul ke tiada keuntungan untuk FAM? sekarang cuba fikir berapa untung FAM? mungkin juga sebab Stadium Shah Alam nak di baiki.JKTP berkata harga tiket telah di persetujui oleh kedua-dua pasukan bertanding tapi Tan Sri Anuar Musa di hubungi oleh Pengurus PBNS berkata tidak di tanya untuk persetujuan di mesyuarat hari tu? Tan Sri sendiri pun penin pasal hal ni.Nasib baik penyokong Terengganu dapat subsidi tiket berharga RM25 dan tiket sebanyak 30 000 telah habis di jual.Di negeri sembilan pula pada hari pertama hanya 2000 tiket berjaya di jual.Setelah melihat keadaan ini Pengurus N.9 telah memberi sudsidi RM30 untuk satu tiket dan kemungkinan besar tiket itu akan Habis.
   Kenapa FAM menyusahkan Penyokong bolasepak tanahair untuk pergi ke stadium?Sedangkan masalah ini menjadi isu di negeri-2 dan kelab bolasepak yang ada di negara kita kecuali Kelantan yang sentiasa di penuhi oleh lautan merah mereka setiap kali beraksi.bukan sebab apa sebabnya budaya dan keunikan Kelantan.Jadi FAM perlu berfikir untuk rakyat dan peminat bolasepak di negara kita yang mana datangnya dari berbagai lapisan masyarakat dan banyak lapisan pendapatan.Bolasepak adalah untuk keluarga dan semua lapisan masyarakat.nasib baik bukan Kelantan kalau tidak Shah Alam confirm kosong.Jadi pada Persatuan dan kelab penyokong Malaysia yang ada bangkit dan bersuaralah demi masa depan dan jangan hanya senyap dan tidak berwibawa bagi membenteras salah guna kuasa FAM.Kita berbakti untuk kesenangan semua rakyat dan bukan tujuan tertentu.Jika ada seluran gunalah sebaik mungkin demi TANAH TUMPAH DARAHKU

Wednesday, 26 October 2011

Latest news TRW

Saya baru berbincang dgn NURUL IZUAN ROYA.....dan beliau SUDAH BERSETUJU DAN MENANDATANGANI KONTREK utk kekal bersama TRW 2012......TSAM

Nurul Azwan Roya

Setelah kita menerima pengkhabaran gembira dengan hampir kesemua kesebelasan utama kekal dan Awe masih belum serahkan kontaknya.Secara jujur ramai yang sayangkan Awe nii dan peminatnya juga ramai tapi alangkah sayangnya jika dia keluar dari pasukan.Mungkin ada beberapa perkara yang Awe tidak berpuas hati dan Demi Rakyat dan Pasukan Kelantan kita berharap Awe akan sambung kintraknya.Dia adalah antara pemain terbaik Kelantan.Dia pemain yang memiliki speed dan control ball dan hantaran yang baik tapi mungkin Butler boleh lakukan sesuatu pada Awe.Selaku The 12th Worriors secara peribadi mengharapkan Awe sambung kontraknya dengan Kelantan.Semua pemain adalah wira Kelantan janganlah tinggalkan KAMI yang selalu menyokong tanpa jemu dan Janji KAMI sokongan zaman berzaman.GO FOR IT AWE!!!!
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mintak tolong MatYo ejaslah Awe tu . . .dulu kawe siap tengok profil dia dan memang kaki kiri tak ramai pemain Malaysia yang memilikinya.
 Harap sangat Awe main untuk Kelantan 2012 . . .fikirkanlah bagi kami sedikit sebanyak tu pertimbangkanlah.Kami perlukan anda NURUL AZWAN ROYA.

Final Piala Malaysia 2011



Final pada tahun ini di lihat ada sedikit perang saikologi antara Terengganu dan N9.Pada prediction kawe kebiasaannya bila kita lihat Terengganu berada pada landasan terbaik bagi membawa pulang Piala Malaysia tetapi Terengganu sudah 10 tahun tak memasuki arena Final manakala N9 hatrik bagi kali ke-3 tahun ini.Aksi Final lain dari yang lain.Kawe secara jujur atas tiket Final peratusan lebih pada N9.Bukan menidakkan pasukan dari Pantai timur dan jauh sekali anti Terengganu tapi beraksi di Final memerlukan pengalaman dan ketenangan yang terbaik.Terengganu di lihat over confident sementara N9 bersiapa sedia dengan sedikit kenyakinan.Jika N9 memenanginya aura Hairuddin masih kebal dan pencaturan taktikal Azrai sentiasa ada kejutan.Terengganu masih mentah pada pandangan kawe untuk merangkul piala pada edisi ini.
 Mungkin ramai yang meletakkan Terengganu sebagai pilihan dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan awal pada pemain.Kalau di lihat kembali pada Final Piala FA Terengganu goyang pada awal permainan.Cuma kesilapan membawa kepada Tuah untuk Terengganu.N9 memliliki pertahanan kental Aidil dan Zamani dan kawe jangkakan pergerakakan striker pasti akan di halang oleh 2 pemain ini.Sementara Marzuki dan Zubir di lihat sedikit goyang.Jika Hai-O dapat di halang oleh Marzuki dengan ketinggiannya mungkin Piala ini Milik Terengganu.Tetapi free kick Aidil juga bakal membawa masalah pada Terengganu walaupun Sarbinee berada di Gawang.Kemungkinan ada layangan Kad Merah pada Final jika N9 melancarkan saikologi games.Gol awal jugak bakal merubah suasana Final tapi kawe harap Final ni penuh dengan aksi terbaik.Apa pun kita lihat sendiri pada 29 Oktober ini siapa yang bakal membawa Piala Malaysia.Prediction kawe masih N9.

Tuesday, 25 October 2011

TRW SQUAD 2012

TRW SQUAD 2012(part 1;Pemain yg dikekalkan)......
MOHD SHARIZAN..KHAIRUL FAHMI CHE MAT..DAUDSU..FARISHAM..RIZAL FAHMI...SUBRAMANIAM...MAT AZIZ...ZAIROL FITRI...SYAKIR..PIYA...S CHANTURU...NORSYARUL IDLAN TALAHA...RAMZUL..NIZAD..IZUAN ROSLI..NIK AZIM..IZUAN SOLAH..(3 Pemain import dan 6 pemain tempatan Akan diumum selepas piala msia)....TSAM.
  Goalkeeper
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail
...
Defender
1. S. Subramaniam
2. Rizal Fahmi Rosit
3. Zairul Fitri Ishak
4. Mohamad Abd Aziz
5. Daudsu Jamaludin
6. Nik Shahrul Azim
7. Zamri Ramli
8. Faisham Ismail

Midfielder
1. Muhd Badhri Radzi [KP]
2. Shakir Shaari
3. Izuan Salahuddin
4. Khairul Izwan Rosli

Striker
1. Norshahrul Idlan Talaha
2. S. Chanturu
3. Ramzul Zahini Adenan
4. Mohd Nizad Ayub
5. Mohd Aris Zaidi

Player Baru bersama TRW 2012 :

- 4 dari 6 player import tempatan dh COMFIRM -TSAM
- 3 player import luar dh COMFIRM - TSAM

* Nurul Azwan Roya belum sign kontrak - TSAM
 

Welcome Back Butler

Kawe memang minat gilo ko Peter James Butler.Pengalaman dia yang membuat Kelantan membuka langkah ke Piala Malaysia 2009.Dari segi tektikal Games memang menakjubkan.Defender berlapis-lapis dan attacking full blass. . .Semasa 2009 jaringan Kelantan boleh di katakan besar dari game ke games.Kehadiran Butler memang ada yang sambut dengan baik dan ada jugak yang sinis.Tapi Kita lupakan sejarah lepas dan Kita pasti berada dalam landasan yang tepat untuk menjayakan target 2012  4 Piala dan sesuatu yang menarik untuk AFC.Mungkin silap haribulan Champions Leguge. . . Sedap dohh bunyi dop . . .
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!

Nama : Peter James Butler
Tarikh Lahir : 27 Ogos 1966
Umur : 45 Tahun
...
Tempat Lahir : Halifax, England
Status : Berkahwin

Kelayakan :
Sijil Kejurulatihan Profesional daripada Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (EUFA).

Karier Jurulatih :
2000 - 2001 Halifax Town
2001 - 2002 Sorento FC (Australia)
2002 - 2004 Sabah
2004 - 2005 Singapore Armed Forces (Singapura)
2006 - 2008 Persiba Balik Papan (Indonesia)
2009 - 2009 KELANTAN
2009 - 2010 Yangoon United FC (Myanmar)
2010 - 2011 BEC Tero Sasana (Thailand)
2012 - ???? KELANTAN THE RED WARRIORS
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Monday, 24 October 2011

JASAMU TETAP DI KENANG

 Jutaan TERIMA KASIH dari semua penyokong TRW di atas sumbangan yang tidak terbalas oleh kami.Walau pun apa yang akan berlaku kami dah jangkakan namun kamu dengan cara dan taktikal kamu.kami mnyokong penuh dengan seribu harapan.Hadir kala kami memerlukan dan kamu pergi setelah semuanya selesai. Terima Kasih  . .Terima Kasih dan Terima Kasih.Segala Jasamu Tetap Di HATI kamiTERIMA KASIH COACH DATO M.KARATHU.Jika datang ke Kelantan kami akan sambut anda sebagai tetamu kami.
Target TRW 2011 :
Piala Sumbangsih : JUARA
Piala FA : Suku Akhir
Liga Super : Top 4
Piala Malaysia : Pertahanan Piala MALAYSIA
...
Pencapaian 2011 :
Piala Sumbangsih : JUARA
Piala FA : Naib Juara
Liga Super : Juara
Piala Malaysia : Suku Akhir

**3 Tercapai, 1 Gagal**

Kelantan 2 - 2 Terengganu

Permulaan permainan kita melakukan aksi menyerang tak putus-2 sungguh mengujakan tetapi nasib tidak menyebelahi kita percubaan Piya terkena Palang dan jaringan Alex di batalkan kerana Offside.Sekali Terengganu menyerang terus masuk Gol pertahanan kita memang berat malam ni kerana Daudsu dan Mat Aziz tidak ada.Ashaari Shamsudin sekali lagi membisukan seluruh lautan merah.Terengganu mendahului 2-0 pada babak pertama.Separuh masa ke-2 barulah kita merapatkan jurang dengan jaringan Alex.bergema semula SSMIV kita mula meransangkan pemain supaya untuk terus berjuang.Piya mendapatkan penalti dan menjaringkan Gol kedua untuk Kelantan.Itu lah aksi terakhir team kita.Kita tewas aggreget 5-3.Pemain ke 13th Kelantan juga hadir pada malam ni dengan semangat yang kuat bersama The 12th worriors dan abgnya.Tapi malam ni kita amat bersedih tapi apa lah daya kita kan setakat ini sajalah pejuangan kita untuk 2011.Terima kasih semua pemain ke-12 Kelantan kita sama-2 gembira dan kita berduka bersama semoga kita akan terus beraksi kembali untuk 2012.Semoga kecemerlangan KELANTAN THE REDS WORRIORS terus gemilang untuk 2012.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jatuh dan bangun Kelantan Kita tetap bersama itu JANJI KITA.KAMI PENYOKONG SETIA TRW

Terengganu 3 - 1 Kelantan

Apa lagi yang nak di perkatakan strategi Terengganu menyentap emosi pemain TRW dan berlaku tackle -2 keras dan memaksa pengadil melayangkan 3 kad merah pada Shakir,Daudsu dan Mat Aziz.Terengganu di lihat melancarkan skilogi games yang menaikkan emosi dan Hilang disiplin diri punca Kita tewas games penting pada malam nii.Apa lagi yang kita ada untuk mempertahankan Piala Malaysia.Perlawanan kedua pasti sukar.Penyokong di implomasikan dengan pihak Terengganu menjual tiket yang lebih dari perlawanan lepas dan ramai yang tidak dapat masuk ke stadium dan tempat duduk untuk penyokong Kelantan hanya 10%.Cuma jaringan Piya sedikit memberi harapan pada kita.Tapi dengan taktikal dan pemilihan pamain yang sama nampak gayanya kita sukar untuk mencari penganti.Apa apa pun kita semua akan turun untuk melihat sendiri aksi Team kita.Semoga keajaiban ada di SSMIV.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 2 October 2011

Misi Balas Dendam

Pertembungan dengan Terengganu pada 10 dan 14 haribulan ni adalah perlawanan sengit dan peluang Kelantan untuk membalas dendam kekalahan pada Piala Fa lalu.Kalau di ikutkan prestasi semasa Kelantan di jangka akan memenangi perlawanan suku akhir ini.di harap semua pemain dan pngurusan dan juga penonton sudah bersedia untuk melepasi saingan sengit ini.Bersamalah kita berdoa semoga pasukan kesayangan kita akan layak ke separuh akhir dan seterusnya ke Final bagi mempertahankan Piala Malaysia, GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!