Thursday 27 October 2011

HARGA TIKET FINAL RM50




Keputusan jawatankuasa JKTP telah memutuskan harga tiket RM50.Sambil berkata FAM terpaksa menaggung beberapa kos dan tidak dapat keuntungan dari jumlah tiket tersebut.cuba kita jumlahkan dengan 80 000 penyokong yang hadir dan jumlahnya RM4 juta.betul ke tiada keuntungan untuk FAM? sekarang cuba fikir berapa untung FAM? mungkin juga sebab Stadium Shah Alam nak di baiki.JKTP berkata harga tiket telah di persetujui oleh kedua-dua pasukan bertanding tapi Tan Sri Anuar Musa di hubungi oleh Pengurus PBNS berkata tidak di tanya untuk persetujuan di mesyuarat hari tu? Tan Sri sendiri pun penin pasal hal ni.Nasib baik penyokong Terengganu dapat subsidi tiket berharga RM25 dan tiket sebanyak 30 000 telah habis di jual.Di negeri sembilan pula pada hari pertama hanya 2000 tiket berjaya di jual.Setelah melihat keadaan ini Pengurus N.9 telah memberi sudsidi RM30 untuk satu tiket dan kemungkinan besar tiket itu akan Habis.
   Kenapa FAM menyusahkan Penyokong bolasepak tanahair untuk pergi ke stadium?Sedangkan masalah ini menjadi isu di negeri-2 dan kelab bolasepak yang ada di negara kita kecuali Kelantan yang sentiasa di penuhi oleh lautan merah mereka setiap kali beraksi.bukan sebab apa sebabnya budaya dan keunikan Kelantan.Jadi FAM perlu berfikir untuk rakyat dan peminat bolasepak di negara kita yang mana datangnya dari berbagai lapisan masyarakat dan banyak lapisan pendapatan.Bolasepak adalah untuk keluarga dan semua lapisan masyarakat.nasib baik bukan Kelantan kalau tidak Shah Alam confirm kosong.Jadi pada Persatuan dan kelab penyokong Malaysia yang ada bangkit dan bersuaralah demi masa depan dan jangan hanya senyap dan tidak berwibawa bagi membenteras salah guna kuasa FAM.Kita berbakti untuk kesenangan semua rakyat dan bukan tujuan tertentu.Jika ada seluran gunalah sebaik mungkin demi TANAH TUMPAH DARAHKU

No comments:

Post a Comment