Friday 28 October 2011

10 PEMAIN KELANTAN 2011 DIGUGURKAN

 Kelantan adalah pasukan pertama menyenaraikan pemain untuk tahun 2012.Di mana pada fasa pertama ini Kelantan yang di kenali sebagai The Reds Warriors begitu serius dalam membentuk pasukan.Di khabarkan TRW juga akan mengambil 5 pemain baru import tempatan dan juga di maklumkan 4 telah selesai dan memberi persetujuan untuk menyarung jersi TRW 2012.Banyak yang sedang bercakap-cakap mengenai siapakah 5 pemain itu?TRW juga begitu serius dengan misi AFC di mana TRW akan mengambil 4 pemain import 2 untuk liga tempatan dan 2 untuk AFC di mana 4 pemain itu akan turun kesemuanya untuk AFC bagi mengimbangi kelab-kelab lain.
 TRW memilih pemain dengan prosedur yang mantap dan  berdasarkan prestasi semusim dan bagi mencapai sasaran 4 Piala musim baru ini.TRW juga mempunyai ruang masa yang panjang berbanding pasukan lain kerana musim lepas hanya selepas Piala Malaysia baru dapat mencari pemain.Dari segi dasarnya dengan pemain yang sedia ada dan juga jurulatih yang berpengalaman ini.tidak mustahil TRW 2012 akan menjadi pasukan terhebat di abad ini.Dengan sokongan dari peminat finatik TRW segalanya tampak tidak sabar untuk melihat aksi pertama TRW pada Piala Sumbangsih yang mana TRW sebagai tuan rumah menanti kunjungan antara Terengganu atau N.9 pada permulaan musim 2012 nanti.
  Kepada 10 pemain yang di gugurkan di harap kamu semua terus maju ke hadapan dan carilah pasukan yang akan mencana kerjaya kamu.Segala penat lelah kamu untuk TRW 2011 kami ucapkan Terima Kasih banyak-banyak dan berusahalah untuk kembali suatu masa nanti semoga ada jodoh untuk TRW.Kepada bekas Coach kawe Halim Napi secara personel Terima kasih atas segala ilmu yang telah di curahkan dan segala jasamu untuk TRW jutaan terima kasih di ucapkan dan selamat bersara.
10 pemain yang digugurkan ialah 
1.Wan Rohaimi Wan Ismail 
2.Wan Zaman Wan Mustapha
3.Khairan Eroza Razali
4.Khairan Eruan Razali
5.Zul Yusri Che Harun
6.Muhammad Khalid Jamlus
7.Solehin Kanasian Abdullah
8.Daniel Fadzly Abdullah
9.Norhadi Ubaidilah
10.penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi yang difahamkan akan mengumumkan persaraannya pada musim ini.

 Selamat bersara Halim Napi dan ada masa kita duduk si scoreboard bersama ye nanti coach . . Fasa ke 2 pemain kelantan akan di umumkan selepas Piala Malaysia . .TSAM
                             
                                          GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment