Wednesday 12 December 2012

PETRATOS PUKAU PENYOKONG TRW


Kota Bharu: Penampilan sulung bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos (gambar) memukau penyokong The Red Warriors (TRW) apabila membantu skuad itu membenam Perlis 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Kelincahannya melegakan penyokong TRW yang kehilangan dua penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kerana berpindah ke Johor dan Mohamed Ghaddar yang enggan memperbaharui kontrak.

Malah, lebih 20,000 penyokong yang menyaksikan perlawanan itu menganggap kehebatan Petratos di bahagian serangan mampu mengatasi kemampuan ‘Pemain Paling Bernilai’ itu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KELATE.NET), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran Petratos memberi nafas baru kepada penyokong TRW apabila pemain berusia 20 tahun itu mempamer aksi memukau sekali gus memberi gambaran pemain berkenaan mampu mengatasi Mat Yo dan Ghaddar.

“Tidak pernah penyokong membanjiri stadium pada perlawanan persahabatan, namun kali ini ramai yang hadir untuk melihat kehebatan pemain baru.

“Biarpun dia (Petratos) pemain muda, namun kehebatannya mula mendapat kepercayaan penyokong malah dia lebih baik daripada penyerang import yang diambil sebelum ini apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Petikan dari Klate.Net

 Memang kawe sendir hadir di Stadium keramat TRW.Pada separuh masa pertama masih kedengaran nama Mat Yo dan Ghaddar kerana apa yang di pamirkan oleh Keita manjou yang di lihat perlahan dan gagal mengambil peluang untuk menjaringkan gol walaupun peluang keemasan berada di hadapan mata.Namun selepas masa kedua berlansung dan Bojan memasukkan Petratos ,nama Mat Yo terus lenyap dan Nama Ghaddar bagai sudah hilang dari memori kami.Penyokong TRW dengan penuh yakin kawe katakan...berdiri bulu roma sebab aksi yang di tunjukkan beliu.memang inilah citarasa Penyokong.Dia lincah setakat 2 atau 3 pemain tidak ada masalah baginya untuk melepasi dan cubaannya sentiasa on target.Rembatnya memang padu dan jika penjaga gol tidak berhati-hati dia boleh membuat kekesalan kepada penjaga gol.Sebagaimana kawe katakan sebelum ini Mat Yo + Ghaddar+KM = Petratos.Kepantasannya sukar di lihat dari mata jika jauh dari padang.Dia terlalu lincah.Speed nya dan pergerakkannya memang memukau kami.


Kawe yakin kalau prestasi yang di tunjukkan oleh Petratos dapat di kekalkan TRW bakal mempertahankan 3 Piala MSL dan 1 piala sumbangsih.4 piala semusim bakal menjadikan TRW team yang sentiasa meningkat.Cuba di AFC kalau kita berjaya mencapai peringkat suku akhir dan mungkin boleh ke Final.Peningkatan dan kemajuan sentiasa di dahagakan.Kami berdoa semoga kesebelasan dan tektikal baru untuk 2013 bakal menyajikan dan membuatkan TRW menjadi pasukan yang berjaya dan sentiasa cemerlang.Semoga kita berjaya menempuhi segala onak duri yang pastinya dan kita dapat atasinya dengan kematangan.Bukan Petratos sahaja malah semua pemain perlu memastikan ianya dapat di jayakan dengan cemerlang.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment