Monday 3 December 2012

PEMERGIAN ABAH TERSAYANG DAN HADIRNYA AMJAD


Pada Tanggal 11 november 2012.Abah kesayanganku telah kembali kerahmatullah pada jam 6.45pg.Kawe mendapat berita pada jam 7.00 paginya dan kawe bersama Isteri bergegas pulang ke Kota Bharu Kelantan dari Terengganu.Berita ini amat mengejutkan semua ahli keluarga dan semua yang mengenali beliu.Kawe pun dalam kereta semasa dalam perjalanan mendengar nasyid Hijah tanpa di sedari Airmata kawe menitis sampai kabur mata kawe semasa memandu.Namun kawe teringat pesan Arwah."long,kena berkorban untuk adik-adik.kita sebagai yang sulung kerana selalu periksa dan pastikan adik-adik tidak payah.kena berkorban lah demi adik-adik".Kawe cuba kuatkan semangat dan membawa semangat pesanan arwah untuk sampai di rumah.Di Lot 1412 Taman Muafakat,Jalan Abdul Kadir Adabi,15200 Kota Bharu,Kelantan.
  Sampai Di Rumah sudah ada ramai orang sedang uruskan beberapa hal.Sepupuku tengah bersihkan tempat mandian jenazah dan Ibuku meratapi pemergiaan Arwah walaupun masih dalam keadaan terkejut.Apabila sampai di tangga Mak saudaraku berada di tangga belum sempat kawe hulurkan tangan dia segera minta kawe naik ke rumah.Sebaik sahaja kawe memasukki rumah,Ibuku memandangku sayu dan kawe kuatkan langkah untuk mendapatkan ibuku.lalu tertumpah jua airmatanya yang mungkin hanya menungguku pulang untuk di lepaskan sepuasnya.Kawe mendakap dan menggosok belakang ibuku.Walaupun airmataku jatuh jua namun aku tetapkan Iman dan hatiku.Selepas keadaan agak reda.Aku meneruskan dengan membaca Al-Fatihah dan Yaasin untuk Arwah dan melihat muka Arwah.Hatiku rasa tenang setelah menatap wajah Arwah Abahku.Aku memohon ribuan ampun dan maaf dan mencium Arwah.
  Setelah itu aku mendapatkan sepupuku mengenai laporan hospital dan report polis.Namun kata sepupuku wani yang suaminya telah pergi untuk membuat laporan polis.Tapi mereka tidak ada laporan pengesahan doktor kerana doktor sibuk menkhatankan pesakit.Walau bagaimana pun semuanya telah di uruskan.Aku cuma memeriksa tempat tanah pengkuburan yang bakal di semadikan Arwah di tanah pengkuburan Banggol.Kerana kesemua keluarga Abah berada di sana.Di mana kawe pula akan di kebumikan? Paya Bembam atau Banggol?
  Tepat jam 3.00ptg Arwah di madikan oleh Haji Salleh bekas imam masjid Paya Bembam.Aku dan Ijat adik bongsuku dan Sepupu dan anak saudaraku membantu Haji.bolehlah semuanya belajar cara untuk memandikan jenazah.Setelah itu jenazah Abahku di kapankan cuma bahagian mukanya sahaja yang belum di tutup kerana menunggu 3 lagi adikku yang bakal tiba.Mereka menaikkan Kapal Terbang dari Kuala Lumpur dan di katakan bakal bertolak pada jam 3.45ptg.bersam pakcik dan cik mah serta sepupuku Tek.
  Adik kawe Syabilla bersama suami nya sampai di rumah pada jam 3.30ptg.Selepas adikku keluar sahaja dari kereta dan terus matanya memandangku dan terus mendakapku dan menangis.Aku kuatkan hatiku dan memintanya banyakkan bersabar dan kuatkan semangat kerana aku bimbang akan kandungannya yang telah mencecah 32 minggu.Aku ikut adikku ke tangga dan dia di bawa oleh mak saudaraku Cik.Cik memimpnnya di tangga dan tiba-tibanya dia menjadi lemah untuk berdiri dan dia menangis sekuat hatinya sampai memanggil ibuku.Ibuku pula bergegas mendapatkan Syabilla.Aku dan Suaminya Nazli memapahnya untuk ke kerusi.Biarkan dia tenang dahulu.
 Sementara menunggu adik-adikku yang lain aku menyambut teteamu kenamaan dan sanak sauadara serta kawan-kawan Arwah.sedikit cerita yang di beritahu ibuku aku sampaikan.Semalam adikku ada menghantar sms yang Abah sakit dada dan muntah-2.Aku hubungi Abah menanyakan kesihatan Abah cuma dia kata sakit dada bila waktu sembahyang.Aku mengatakan mungkin angin.Abah pun katakan mungkin.Aku bertanya adakah abah nak pergi mengurut? Abah kata tak payahlah.Itulah perbualan terakhir aku dan abah.
 Waktu dan menunjukkan jam 4.00 ptg.Pakcik ,Cik Mah dan Tek telah sampai di rumahku.Manakala adik-adikku Delay pun pada jam 4.50 baru blh berlepas.Selepas asar sudah ramai yang datang untuk sembahyangkan Arwah tapi aku terpaksa meminta mereka tunggu sekejap kerana 3 adikku masih belum sampai.Pada jam 5.30 ptg Mereka pun sampai Syila,Syahril dan Syamilla.Selepas melihat aku mereka menangis dan aku temankan mereka ke Jenazah.Dan Bila mereka bersedia aku bukakan kain penutup muka untuk mereka melihatnya buat kali terakhir.Mereka menangis semahunya dan Syahril terpaksa aku tenangkan.Aku menjaga Kepala Arwah dan meminta adik-adikku cium Arwah Abah buat kali terakhir.Dan meminta mereka supaya tidak menitiskan airmata kerana jenazah telah siap untuk di solatkan.Selepas siap semuanya maka Jenazah Arwah Abah di solatkan oleh Haji Salleh dan Ramai yang di sah belakang.Aku menyatakan mewakilkan Imam untuk solatkan jenazah.
  Setelah siap di solatkan Pada jam 5.45ptg Jenazah Abah di usung dan di bawa ke Tanah pengkuburan Banggol dan di semadikan di sana.Selepas selesai talkim dan aku membawa pulang Haji salleh kerana beliu akan mengimamkan Solat magrib di Masjid.Malam pertama kami buat tahlil Arwah di mana hanya keluarga terdekat dan Tahlil di bawakan oleh Hafiz suami sepupuku.sedap dia bawakan kerana sebelum tahlil bermula sedikit tazkirah di berikan.Alhamdulilah selesai semuanya pada hari pertama.
 Pada keesokkan harinya kami mengziarahi kubur arwah dan sambil itu persiapan apa yang patut di kubur.Malam kedua dan pada malam ke 3 adalah malam tahlil terakhir dan semuanya berjalan baik.Aku pula kena uruskan beberapa hal arwah seperti bank.koperasi dan lain-lain tempat yang Arwah berurusan.
 2 Hari Arwah meninggallkan kami.kawe di kejutkan dengan Sepupu kawe Abang Ju telah di masukkan dalam Wad kerana Serangan Jantung.Ya Allah selamatkan lah sepupuku.Aku pergi melawat Abg Ju.Kerana antara sepupuku.Abang Ju adalah yang paling rapat denganku.Kami susah nak berjumpa kerana dia sudah berpindah di Demik.
   Selepas 5 hari Arwah meninggalkan kami,kami di kejutkan pada malam harinya Syabilla telah pecah air ketumbar dan segera di bawa ke Hospital.Nazli,Syila dan Isteriku menemani Syabilla dan aku membawa ibuku kemudiannya.16.11.2012 jam 12tgh malam Syabilla di masukkan di wad.Tapi tengok pada reaksinya dia masih tenang dan masih kuat.kawe,Ibu,isteri kawe dan Syila kena tunggu di luar Wad.Sementara Nazli juga berada bersama kami.Ibu dan Syila tido dalam kereta sementara kawe dan Isteri menunggu di luar.
 Pada 16.11.2012 Lahirlah anak saudara dan Cucu pertama Arwah abah.Tepat jam 7.35 pagi dan masa lahir arwah Abah adalah 7.30 pagi.Orang kata pengganti.Apa pun kami semua menyambut kedatangan Anak Saudara kami dengan penuh kesyukuran dan tawakduk.
 Inilah dia penawar kedukaan kami sekeluarga dan Ibuku sudah bertukar menjadi Tok ku.dan aku pula menjadi Ayah long dan isteriku mak long.Tahniah adikku syabilla kerana sudah menjadi ibu dan Nazli sudah menjadi bapa.Tahniah atas kelahiran penawar hati kami.Kawe dapat rasakan Tok ku lah insan yang paling gembira walaupun kedukaan tetap terasa tetapi kehadiran Muhammad Amjad Hakimi Bin Ainul Nazli membwa kegembiraan.

Pada pagi 24.11.2012 Amjad di bawa ke Tuan Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat untuk di taknik dan bercukur.kawe ,Syabilla,Nazli dan Amjad turun rumah pada jam 5.15pg.Untuk solat subuh bersama Tok Guru dan selepas itu Beratur dan meminta Tok Guru Taknik dan bercukurkan Amjad.Alhamdullilah selesai.


 Tok Guru selesai Taknik dan bercukur Amjad.Amjad tenang sahaja kerana masih suka tido.Dan yang kelakarnya Nazli,ayahnya begitu gembira dan siap posing lagi,sebelum bertolak balik kerumah.


Selesailah Amjad semoga menjadi Khalifah terbaik di muka bumi Allah Ini dan menjadi anak soleh dan taat kepada Ibu dan Ayahnya.Semoga Allah menjadikan Amjad Kahlifah terbaik.Insyaallah.
    Buat Arwah Abah semoga Abah Tenang di sana mengadap Allah S.W.T.Dan Along akan cuba sedaya upaya untuk meringankan tugas Ibu dan Along akan sentiasa pastikan adik-adik berada dalam keadaan baik dalam menuju masa depan mereka.Walaupun Along akan menhadapi masalah untuk updatekan Blog ini bila berbicara pasal bola Kelantan kerana Arwah abahlah yang banyak memberi Inspirasi kepada along tapi along akan lakukan seperti biasa.Insyaallah dengan tunjuk ajar Arwah abah,along akan teruskan.

Sekilas peristiwa penting dalam Keluarga Almarhum Shaban Bin Mohd Wazai.Lahir 30 April 1954.mempunyai Isteri TG. Nor asnah Binti Tg Abdul Wahab.6 orang anak.2 menantu dan 1 cucu.Meninggal Dunia pada 11 November 2012 bersamaan 26 Zukaedah 1433 masihi.Kasih sayang mu tetap kami hargai dan di ingati sepanjang hayat.Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment