Wednesday 10 May 2017

Open Pantai Timur 9 Pin Tap

 Pada 6 Mei 2017 yang lalu kawe menyertai satu pertandingan 9 Pin Tap anjuran Halil dan rakan-rakannya.dah lama sebenarnya x main 9 pin tap ni.Yang last sekali seingat kawe adalah tahun lepas di mana MQ event Khayrol buat,Banyak budget habis.sampai hari ni masih tidak boleh cover up lagi,Ingatkan pada game ni blh top 3 blh lah bernafas sikit lagi.Itu adalah perancangan kita tapi kita tak tahu apa yang telah di Tetapkan oleh Allah S.W.T



Alhamdulilah kawe mendapat tempat keempat semasa blok pertama.kondisi lane di ccb membuatkan kawe kurang yakin untuk bermain blok kedua kerana apabila lane tu kering betul-2 bola akan masuk tajam dan bagi pemain hook seperti kawe risikonya amat besar untuk jadi split.Jadi kawe putuskan untuk hanya bermain pada blok yang pertama sahaja.

Kawe di berikan handicap 5 oleh penganjur.Sebab dulu pernah menang 9 Pin RM3000 jadi semasa game pertama rasa semacam yang datang .Cara baling bola jadi laju padahal dah biasa trainning pkl 6 ptg.Game pertama kawe hanya buat 201 jatuhan pin sahaja.tapi kalau bermain 9pin tap ni kalau setakat 200 kecik susah nak g top 5.Namun kawe cuba baiki untuk game kedua walaupun ada lagi debaran tu dan kawe berjaya buat 215 jatuhan pin tu pun belum cukup lagi nak kejar yang top di atas.Game ketiga baru datang rasa bermain dengan ketenangan dan rilex barulah kawe dapat score 251namun kawe akan cuba buat yang terbaik untuk last game.Selama bermain 9 Pin dulu rasanya blm pernah buat buat lagi perfect game.Namun di CCB kali ini Kawe berjaya buat Perfect game di game yang terakhir 305 jatuhan pin dan 5 pin belakang tu adalah handicap.


Alhamdulilah kawe dapat no 8.9 pin tap terbuka pantai timur.Tetapi rasa debar lain macam bila nak buat perfect game tu.terutama pada 3 frame last tu.sebarang kesilapan boleh jadi perkara lain.kawe biasa amalkan system lock di jari,pergelangan tangan ,siku dan bahu supaya tidak lari dan ketiak kena kepit hingga rasa .Lagi satu bila pegang bola tu kita rasa penuh di tangan dan jari telunjuk kena rasa kuat.Insyallah di lain event kawe akan sentiasa membaiki dan memastikan rasa sedap sentiasa wujud setiap kali bermain.Bulan Mei ni ada dua je lain event.Tertutup Terengganu single 10 pin pada 13 mei ini dan Terbuka Pantai Timur Piala MB Terengganu 20 mei nanti.Harap -2 ada sinar gemilang untuk salah satu event ini.akan ku berjuang habis-habisan.

No comments:

Post a Comment