Sunday 30 October 2011

NEGERI SEMBILAN JULANG PIALA MALAYSIA 2011

  Seperti yang telah kawe jangkakan Terengganu masih mentah dalam pentas Final Piala Malaysia.Permulaan perlawananan jelas Terengganu Goyang,Banyak kesilapan pertahanan Terengganu terutama Marzuki yang banyak kali di lihat Miss Kick cuma nasib menyebelahi Terengganu kerana banyak percubaan N.9 tersasar.N.9 seperti ada tonik menyerang tak henti-2 seolah-olah mereka mahukan lagi piala tahun ni.Tapi percubaan berterusan masih belum mendatangkan hasil.Terengganu melancarkan serangan bila ada peluang percubaan dari Manaf Mamat Terkena palang.Bila kita tengok bola, striker membuat percubaan terkena palang atau tiang kita dapat agak striker tu sudah tiang ong.biasanya pasukan tu akan susuh nak capai Juara.
  Terengganu terlebih dahulu memecah keceriaan malam Terengganu dengan jaringan Ashaari pada minit ke 59 memeriahkan kem Terengganu.Tapi kita harus ingat dalam kegembiraan Terengganu bertambah yakin dan kenyakinan itu membuat mereka menikkan tempo untuk mnyerang tapi mereka seolah olah alpa pada barisan pertahanan mereka.35 000 penyokong peteh bergembira dan yakin mereka akan mendakap piala.Kawe sendiri di rumah seolah olah down tapi tetap memberi sedikit harapan agar N.9 bangkit untuk menyamakan kedudukan.
 Seperti satu skrip lama berulang S.kunalan tiba-tiba menghantar bola lambung ke dalam petak penalti dan tidak semena-mena bola mudah itu terlepas dari tangan sarbinee dan terbias ke dalam gol pada minit ke 81.Itu lah detik pemusnah yang di musnahkan oleh kealpaan penjaga Gol kedua Negara.Ramai yang terkejut dan kawe jangkakan Sarbinee akan terus down dari segi moral dan prestasinya.Pemain Terengganu nampak down 80% mereka tertekan dan goyah.Apa lagi mereka nak kan kesilapan penjaga gol menyentap dan mematikan semangat pemain-pemain Terengganu.
                                
Pemain Negeri Sembilan nampak akan kegoyangan pemain Terengganu dan terus menyerang seperti singa lapar dan tidak henti henti.Satu hantaran dari Shukor yang begitu menarik dan di lakukan pergerakkan Akrobatik tendangan gunting dari Hai-O menerjah Jaring dan sarbinee tidak dapat melakukan apa-apa walaupun telah melayangkan badan.Gol Hai-O pada minit ke 86.Gol classic itu melemahkan pasukan Terengganu.N.9 melengahkan permainan dan menbuang saja bola untuk menghabiskan masa.Dan masa tambahan 5 minit di lihat makin laju berjalan.Pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat untuk menganugerahkan Piala Malaysia 2011 kepada Negeri Sembilan.Penyu menangis lagi untuk mengdakap Piala Malaysia.


Itulah N.9 sembilan dengan adanya Hai-O membuatkan mereka sekali lagi di nobatkan Piala Malaysia 2011.Pemain terbaik perlawanan adalah Hai-O tahniah  . .Tahniah Negori Sembilan.



No comments:

Post a Comment