Sunday 30 October 2011

LIGA MALAYSIA 2011 BERAKHIR

  Tamatnya wisel Piala Malaysia malam tadi bermakna berakhir lahh liga Malaysia 2011.Semua Team akan berehat dan akan bermula lah season baru pada 7 januari 2012 di mana Piala Sumbangsih akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 di Kota Bharu,Kelantan.Pertembungan Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia.
 Liga Malaysia tampak di ungguli oleh Kelantan selaku juara Piala Sumbangsih, Piala Liga Super dan Naib Juara Piala FA. kita tengok senarai di bawah:
  1) Juara Piala Sumbangsih 2011 : Kelantan
  2)  Juara Liga Super 2011 : Kelantan
  3) Juara Liga Perdana 2011 : PKNS FC
  4) Juara Liga FAM : Betaria FC
  5) Juara Piala President : Kelantan
  6) Juara Piala FA 2011 : Terengganu
  7) Juara Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan 
 Nampaknya Kelantan Masih lagi mendahului Liga Malaysia untuk 2011.Cuma dua Piala Terlepas tahun ni. Tahun depan Tan Sri Anuar Musa mensasarkan 4 Piala utama Piala Sumbangsih, Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia.Mampukah Kelantan mengekalkan Raja Liga Malaysia? Kita tunggu 2012.
  Terengganu Masih mengikut rapat Kelantan dan musuh tradisi Kelantan ni pasti menunggu masa untuk memusnahkan impian TRW.Tapi dari segi perancangan dan pemilihan Coach dan pemain serta pemain import Kelantan sudah memulakannya lebih awal berbanding pasukan lain bagi memastikan Kita tetap Top On Table.Kelantan dan Terengganu layak mewakili Malaysia untuk kejohanan AFC tahun 2012.Di harap Terengganu pun membuat persiapan untuk AFC dan jangan setakat menyertainya sahaja.
  Negeri Sembilan pula permulaan liga dan piala Fa mereka di belenggu masalah pemain dan isu dalaman sehingga pemain yang sedia ada di gunakan sepenuhnya.Pertukaran jurulatih pada pertengahan musim menampakkan sedikit peningkatan.Azrai khor melakukan tugasnya dan dapat juga memiliki satu piala musim ini.Nampaknya Negeri Sembilan akan terus menjadi pencabar untuk 2012.
  Selangor Bermula dengan Kekalahan pertama Piala Sumbangsih dan di sebabkan itu penurunan prestasi selangor nampak jelas.Prestasi dan pemilihan pemain membuatkan penyokong mereka sendiri melakukan demontrasi supaya menukar jurulatih dan Jurulatih baru memainkan peranan agak baik tapi reputasi selangor makin pudar pada tahun ini dan tiada satu Piala pun untuk mereka pada 2011.
Kesimpulannya Team dari Pantai Timur mendominasi LIga Malaysia untuk 2011.Satu perkembangan yang menarik dan kita akan lihat kemampuan pasukan TOP ini untuk next season.Terima Kasih kepada semua penyokong Kelantan The Reds Worriors kerana mendominasi setiap game Kelantan dan memberi imej baik semasa di Venue lawan.Sampai Penyokong lawan datang untuk melihat Pasukan Kelantan beraksi dan cuma masih ada sikit lagi attitude penyokong Kelantan harus baiki di musim depan.Pada Kawe Penyokong Kelantan adalah penyokong terbaik Malaysia dan sudah nampak penyokong sudah tidak meletupkan mercun dan cuma balingan ke atas Padang harus kita hentikan untuk 2012.Kelantan mempunyai penyokong seluruh dunia.Jadi kawe mintak semua penyokong mulai 2012 jadilah penyokong Terbaik Asia dan seterusnya Dunia.Pasukan lain masih mencari untuk penyokong sedangkan Kelantan terus mendidik pemyokongnya.Bagitau Kawe team mana Stadiumnya penuh setiap kali bermain? ada  ? ada pun time pasukan dah masuk suku dan separuh akhir ajekan.Team mana ada brand dan merchadise dia sendiri? ada? tak ada kan hanya di Kelantan semua suka pakai baju The Reds Warriors dengan pelbagai paten dan design pada hari- hari biasa dan bukan pada hari ada game sahaja.Nilai dan semangat Penyokong The Reds Worriors setakat hari masih belum ada pasukan yang mampu menandinginya.Bagi kawe Penyokong Terbaik 2011 adalah Penyokong Kelantan The Reds Worriors.
 Pengurusan pasukan terbaik pada tahun ini kawe anugerahkan juga kepada KELANTAN THE REDS WORRIORS  dengan berjaya menganjurkan setiapa perlawanan dengan baik dan juga perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan.
 Manakala penjaga Gol Terbaik kawe anugerahkan kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana membantu Kelantan dan juga Skuad kebangsaan.
 Penyerang terbaik liga Malaysia pada tahun 2011 pula kawe lihat pada tahun ini kawe anugerahkan kepada penjaring terbanyak Liga Super Abdul Hadi Yahya.
 Pertahanan terbaik tahun ini kawe anugerahkan kepada S.Subramaniam yang di lihat bijak membaca dan mengatasi lawan dengan baik serta membantu Malaysia semasa melawan Chelsea.
 Pemain harapan negara tahun ini kawe lihat peningkatan yang berterusan dan juga boleh mengubah sesuatu keputusan berubah dalam suasana genting.Kawe anugerahkan kepada Manaf Mamat.
 Pemain midfielder terbaik negara pada tahun ini kawe anugerahkan kepada Piya ketua pasukan Kelantan kerana prestasinya sepanjang musim dan mampu membimbing rakan pasukan di dalam dan di luar padang.
 Jurulatih terbaik pada kawe tak lain dan tak bukan Datuk M.Karathu yang membimbing pasukan Kelantan dengan baik sepanjang Liga Super 2011.berjaya meningkatkan prestasi pasukan.
 Anugerah ini dari blogspot poknikmu.com sahaja.Pandangan blogger ini dan tidak di pengeruhi oleh mana-mana individu atau persatuan.Jadi jangan komen banyak-banyak yerr.
Liga Malaysia tampak peningkatan tapi skuad kebangsaan masih lagi tercari-cari prestasi dan kejayaan.Tahniah kepada semua pasukan bertanding. Tahun 2012 kita akan bersua kembali nanti.
Terima kasih . . Terima kasih . . .Terima kasih Malaysia.
 

No comments:

Post a Comment