Wednesday 7 November 2012

Khairul Sahkan Tidak Dapat Tawaran

PENJAGA Gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengesahkan belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan dan tidak memasang impian berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia selesa bersama pasukan yang kini menjadi gergasi bola sepak negara dan mahu kekal bersama The Red Warriors (TRW) “Saya masih hormati kontrak bersama Kelantan yang masih berbaki dua tahun biarpun beberapa rakan lain kini diburu negeri lain.

“Apapun berita mengatakan saya mendapat tawaran lumayan daripada pasukan lain hanya khabar angin. Saya selesa kerana pengurusan Kafa amat efisyen, malah kami dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan semua itu terbukti dengan kejuaraan trebel musim ini,” katanya.

Menurutnya, jika ada pasukan lain cuba ‘memancingnya’, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dulu antara pengurusan pasukan bagi mengelakkan spekulasi negatif.

Petikan dari Klate.Net

Kesetiaan Apek bersama Kelantan negeri kelahirannya sendiri membuat kan kawe dan semua penyokong Kelantan amat merhargai jasa dan pengorbanan Apek.Walaupun ada ura-ura yang dia bakal di pancing namun dia telah awal-awal lagi sain kontrak dengan Kelantan untuk musim 2013 dan 2014.namun Ada juga pemain yang bakal meninggalkan kem Kelantan.

Steady Apek.....

 

No comments:

Post a Comment