Wednesday 21 November 2012

SENARAI PASUKAN KELANTAN 2013



Sebagaimana yang telah di janjikan.Malam ini di umukan senarai pemain TRW untuk musim 2013.Pertandingan Auto show pada jam 3-6 petang dan di sambung pada jam 10 malam membuka tirai malam perarakan dengan santapan di raja di Hotel Rainancen.Perarakan bermula di sana dan di bawa ke Dataran SSMIV dan di bawa masuk ke Stadium Keramat.
Tan Sri Haji Anuar Musa mengumumkan senarai pemain seperti berikut:-
 
Senarai Pegawai  TRW 2013 [RASMI] :

Ketua Jurulatih/Pengurus: Bojan Hodak
Pen.Pengurus: Wan Badri Wan Omar
Pen. Jurulatih I: Kamarudin Muhammad
Pen. Jurulatih II: Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit
Jurulatih Kecergasan: Rueben Jude
Fisioterapi: Zainudin Zakaria
Fisioterapi: Faris Musa
Kit Man: Pok Ronggg

Ketua Pasukan : Badhri Radzi
Pen. Ketua Pasukan : Indra Putra Mahayuddin

Senarai Rasmi Pemain TRW 2013:

1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Matt Rose
3) K.Nanthakumar (BARU)
4) Obinna Nwaneri
5) Nik Shahrul Azim
6) Farisham Ismail
7) Zairo Anuar Zailani
8) Shakir Shaari
9) KIV **Tiga Hari Lagi
10) Norfarhan Muhammad
11) Abdul Aziz Ismail
12) Izuan Salahudin (BARU)
13) Faiz Subri (BARU)
14) Zamri Ramli
15) Daudsu Jamaludin
16) Badhri Radzi
17) Rizal Fahmi
18) Khairul Izuan Rosli
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Keita Mandjou (BARU)
21) Norhadi Ubaidillah (BARU)
22) Tuan Faim
23) Indra Putra Mahayuddin
24) Zairul Fitree
25) Aris Zaidi
26) *KIV* IMPORT yg bermain dengan negara ranking 100 kebawah.
27) Mijo Dadic (import)
28) S.Subramaniam *cedera ACL*
29) Okine (import)
30) Antwi (import)

KEITA MANDJOU
 Persoalan untuk pemain yang bakal menyarung jersi No 9 masih menjadi tanda tanya.Maknanya Mat Yo sudah Tiada dalam senarai pemain Kelantan.Jersi 26 pemain import juga masih menjadi Suprise buat kita semua.Kembalinya Izuan Salahuddin bakal menggantikan tempat Awe yang berhijrah ke JOHOR bersama Mat Yo.Ramzul pula ke Selangor.Manakala Azlan dan Chanturu ke Perak.5 pemain meninggalkan TRW dan 5 pemain baru masuk dalam pasukan manakala jersi 9 dan 26 bakal menjadikan 7 pemain masuk dalam skuad 2013.Maknanya Ghaddar sah telah juga meninggalkan kita.

Kekal Kapten TRW PIYA

 Kehadiran Zairo,Faiz Subri dan K.Nanthakumar memberikan Bojan lebih banyak opsen bagi mengisi posisi pertahanan tengah,midfielder dan Striker.Selamat datang ke Kelantan.Izzuan hadir tepat pada masanya dengan pemergian Awe sudah dapat diisi.Manakala Norhadi Ubaidillah dan Tuan Faim bagi pemain dari skuad presiden yang di naikkan pangkat.Azizi dan Aziz sudah pulih dari ACL dan Subra bercuti pula kerana ACL.


  Jersi yang sedang hangat di katakan dari jenama NIKE juga masih belum di umumkan.Mungkin akan di umumkan bulan 12 nanti bersama dengan Syarikat yang akan menjaga TRW 2013.Segala kekusutan kita semakin selesai dan dengan pemain yang ada kawe rasa kita masih kuat untuk mempertahankan Trebles 2013.Di mana saingan dari Johor dan TTEAM nampak agak mewah berbelanja.Selangor nampaknya masih juga belum mengumumkan barisan mereka.Apa-apa pun kita akan hadapi ATM mungkin di Stadium Bukit Jalil bagi pembukaan musim 2013.Piala Sumbangsih.DI harapkan sesiapa sahaja yang memakai Jersi TRW akan turun dengan semangat juang yang tunggi di samping misi utama kita di peringkat Asia.AFC.Tahun pertama dah layak ke suku akhir dan mungkin kita target Separuh Akhir pula.Tapi jika melangkah ke FINAL itu adalah Bonus.

  KIta tunggu sehingga Senarai penuh pemain lengkap dan baru kita akan nampak dengan jelas tentang lane up kita untuk 2013.Yang pasti kita kena siapkan 2 lane up yang berbeza pemain kerana kita akan bermain lebih banyak perlawanan berbanding negeri-dan kelab lain.
Semoga kita berjaya mengekalkan Trebles dan memenangi kesemua 4 Piala termasuk Sumbangsih dan 4 Piala tahun depan dan apa akan kita panggil.The Fourth ke? Kita tak perlu risau akan persiapan kerana kita tahu Bapa Bolasepak kita sudah ada rancangannya.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment