Monday 26 November 2012

Bila The 12th and 13th Worriors Bergabung

Pada hari Ahad 25 febuari Kawe dan adik kesayangan kawe berkesempatan ke SSMIV melihat pemain-pemain muda kelantan di sesi pemilihan akhir.Melawan Team Liga Super kelantan yang di barisi pemain import sepatutunya pemain-pemain muda president kelantan perlu tunjukkan kemampuan sebenar mereka.Tetapi dengan beberapa pemain yang ada dalam skuad TRW 2013 yang masih belum sempurna pemainnya dengan mudah dapat mengalahkan president worriors dengan jaringan 4-0.
Dari barisan pemain Kelantan yang ada setakat hari ni.kawe tengok pergerakkan Nanthakumar amat menarik.Dia di cuba uji oleh Bojan di 2 posisi.Defensive midfielder dan defend.Dia mudah mengambil bola dari kaki pemain lawan.Tapi mungkin fitness dia masih belum capai tahap kerana miungkin dah agak lama kurang bermain berbanding team asal TRW yang baru selesai Piala Malaysia.Tapi pengalaman Nantha akan membawa impak dalam team TRW 2013.
Dari segi pemain import kawe lihat kelibat Keita Manjou masih kurang impaknya dalam pasukan rata-rata bola di kuasai skuad TRW 2013 namun hantaran dari piya tidak dapat di tafsirkan dalam bentuk jaringan oleh Keita.Antwi pula masih stail lama.Terlalu lama memegang bola dan membuat pemain lain kurang menyokong setiap kali dia mandapat bola.Obinna pula seperti biasa dapat mengawal dan membaca pergerakkan pemain muda President Worriors dengan mudah.Rizal Fahmi pula agak aggresif walaupun pemain muda cuba melepasi beliu namun tidak berjaya.
Ada beberapa pemain muda Klate yang mungkin boleh di pertengahkan pada masa yang akan datang di harapkan mereka boleh membawa cabaran Kelantan dari usia muda lagi.Untuk Skuad TRW 2013 pemain muda yang di naikkan pangkat ke Skuad senior di berikan pendedahan awal oleh Bojan dan mereka pastinya akan menjadi pemain bintang satu masa nanti.

Apa pun kawe berharap bila semua pemain melaporkan diri nanti baru kita dapat lihat apakah perancangan baru pengendali dan juga pengurus pasuakan Kelantan Bojan Hodak.Malam 26 haribulan Kelantan akan bertolak ke Australia bagi pelancongan dan perlawanan persahabatan di sana.Manakala selepas kembalinya dari Australia TRW 2013 akan menentang juara liga Indonesia seperti berikut :-

Insyaallah JUARA LIGASUPER MSIA KELANTAN AKAN BERTEMU JUARA LIGA SUPER INDONESIA SRIWIJAYA PADA 7 DIS DI KOTA BHARU DAN 14HB DI PALEMBANG INDONESIA

dari Facebook Tan Sri Haji Anuar Musa.

Apa pun Go FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment