Thursday 17 January 2013

SAYA TIDAK SALAHKAN APEX, KATA HODAK



KETUA Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak menyalahkan penjaga golnya Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan menentang Darul Takzim FC di sini malam semalam yang berkesudahan 1-1.
Malah, jurulatih Croatia itu menegaskan sepakan percuma pemain import termahal Darul Rakzim, Daniel Guiza tersebut memang sukar diselamatkan
“Situasi gol hasil sepakan percuma yang menakjubkan ini turut berlaku ketika perlawanan Angkatan Tentera Malaysia minggu lepas dan perlawanan membabitkan PKNS (FC),” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di Kota Bharu.
Gol pemain import dari Sepanyol pada minit ke-64  itu mengikat Kelantan yang mendahului pada minit ke-37 menerusi jaringan Norfarhan Muhammad hingga wisel penamat dibunyikan.
Mengulas lanjut, Hodak berkata, beliau gembira dengan persembahan anak buahnya sekalipun gagal meraih tiga mata penuh.
“Saya gembira kerana inilah cara bermain yang sepatutnya, semua bahagian… pertahanan dan serangan bekerja seiring,” katanya yang turut gembira kerana beberapa pemain muda yang sebelum ini mengalami kecederaan kini pulih. – Bernama

Petikan dari Klate.Net

Battle Coaching dan Kapten Sehari sebelum perlawanan
   Alhamdullilah ..Perlawanan yang paling mencabar di atas kertas berjaya di formulakan satu tektikal yang baik dari Bojan.Bermula dari Wisel di tiupkan JDT terlebih dahulu mengasak dan selepas itu kita terus memegang bola dan menguasai kawasan tengah.Kelibat Piya dan shakir terus menjadi serasi sebagaimana biasa.Kawe sampai raso nak oyat jah ko pemain baca bismillah Molek.Kawe hasilkan Nukilan ini sebelum perlawanan.

Baca doa sebelum perlawanan.
 
 Doa dulu sebelum sepak mula.Selepas pos baru braso lega sikit.Dari segi Lan up.Bojan meletakkan 2 pemain muda.Ini yang menarik,sebelum ini kita bayangkan akan ada pemain yang lebih jauh pengalaman bakal di letakkan oleh Bojan.mungkin semasa latihan tahun lepas memang Mat Yo tak lepas dengan Nik Shahrul Azim.Sebab itulah rantai ini di gunakan untuk menghalang Mat Yo.Memang kita akui dia seorang yang prolifik tapi dengan penyerang kembar negara bersam untuk merobek penjaga gol negara.Memang tampak akan ada saingan tapi Apex pada malam ini menunjukkan prestasinya memang sentiasa on form.

Daudsu di letakkan di sebelah kanan dan tugsanya malam ini nampak bagi menyekat fangker JDT iaitu Awe.Memang nampak Awe tidak selesa bila Daudsu yang mengawalnya.kita tahu siapa Daudsu.Mnakal Zamri ramli di letakkan bahagian sayap kanan dan Farhan di sebelah kiri.Tetapi ada swap posisi.Di mana mereka berdua saling berubah.Manakala serangan Keita di letakkan sebagai Back up dan Indra yang menjadi Striker.Peluang kita untuk menjaringkan Gol memang banyak cuba bola sahaja yang tidak menerjah jaring.

Pertembungan 2 Kapten untuk satu posisi iaitu di bahagian tengah.Jelas Piya masih mendahului dengan lebih banyak menguasai dai Shafiq.Manakala tugas Shakir sebagai defensive midfielder dan di tabah dengan satu lagi tugas sebagai Ball winner memang sedap tengok Shakir main.Dia dengan mudah sahaja dapat mencuri bola dari kaki lawan.Dulu kita biasa tengok sekarang ni hanya ada pada Shakir.


Kawe rasa tidak salah kalau kawe katakan mereka bertiga amat cemerlang.Apex di bantu oleh Obinna.Tapi Obinna menunjukkan dia seorang yang kebal dan formnya tidak perlu kita pertikaikan.Memenangi perebutan bola udara di pertahanan dan cuba menjaringkan Gol melalui bola udara juga menunjukkan dia memang bersunguh-sungguh.Memang susah nak cari pertahanan yang sebegini lasak.Nampaknya Subra kena berusaha berkali ganda kerana Nik Shahrul Azim semakin serasi dan semakin cemerlang.Status Subra juga sudah lama tidak kedengaran.Ada siapa-siapa tahu keadaan dia sekarang ni.

 

Ben 10 kita memang hebat malam ini.Meledakkan gol yang bertaraf antarabangsa memang sedap tengok rembatan Farhan.Ambik mung !!!!!!!!!!!!!!!!!!! mungkin itulah yang Farhan katakan.Dia memang versatil selepas menjaringakan gol.siap pergi ke penyokong dan meraikan bersama.Suka dengan kerenah Ben 10...


Memang menarik perlawanan malam ini dan statistik menunjukkan Kelantan lebih dominan dan apa yang tetap kebal adalah Stadium Keramat kita.Masih berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri.Tahun lepas pun rekodnya bersih dan dari segi permainan yang di tunjukkan malam ini rasanya prestasi di semua posisi menunjukkan peningkatan dan cuma masalah dengan Keita juga masih belum dapat di tafsirkan sebagai baik.masih banyak yang perlu di baiki oleh Keita dan kawe berharap dia cepat menaikkan prestasinya.Kerana semalam adalah perlawanan yang ke tiga dan inilah dia ranking terkini.

Pahang masih bermain dengan baik dengan rekod bersih 3 perlawanan.Mereka masih belum bertemu dengan TRW.Harap semua pemain Pahang bersedia.kita nak tengok perlawanan terhebat Pantai Timur.mengalahkan perlawanan dengan JDT.Pahang banyak menggunakan tenaga tempatan kerana pemain import mereka kurang menyengat.Mungkin masih memerlukan masa untuk serasi.Kita dengar komen Bojan.


Harap semua penyokong dan peminat TRW berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh semua pemain TRW dan juga Jurulatih dan pengurus serta Tan Sri Haji Anuar Musa.Semoga kita akan terus mengejar dan mengambil tempat yang selesa dari masa ke semasa.Apa pun keseluruhannya Kelantan bermain lebih baik berbanding JDT.Semoga pusingan kedua lebih menarik kerana Kelantan bakal menurunkan senjata sulit.Tunggu dan lihat.April nanti gelombang baru akan kita lancarkan.DI masa itu mungkin ada yang terkejut.
Perancangan kita akanmembuatkan kita semua berpuas hati.Insyaallah in Bojan we Trust dan THIS IS KOTA BHARU....

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment