Saturday 19 January 2013

TRW-FELDA KONGSI MATA




Kelana Jaya, 18 Jan – Ketumpulan jentera serangan sekali lagi menyaksikan The Red Warriors terpaksa berpuas hati seri tanpa jaringan bertemu Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya petang tadi.
Kecuali percubaan pemain gantian, Izuan Salahudin pada minit ke-71 yang hampir memberi gol buat Kelantan, keseluruhan perlawanan memperlihatkan kelemahan ketara Kelantan di posisi serangan.

Bermula wisel pertama, Kelantan terus melakukan asakan pertama menerusi percubaan leret Indra Putra Mahayuddin terus ke dakapan penjaga gol Felda United, Helmi Eliza pada minit ke-4 sebelum Felda membalas serangan menerusi hantaran pemain sayap, Akmal Noor lima minit berselang.

Indra Putra sekali lagi berpeluang menjaringkan gol selepas menerima hantaran Norfarhan Muhammad namun percubaan minit ke-15 itu berjaya dikekang pertahanan lawan. Lima minit berselang, pasukan tuan rumah melakukan serangan balas menerusi bekas penyerang import Kelantan, Muhammad Ghaddar yang melakukan rembatan kencang namun tidak menepati sasaran.

Felda United terus mengasak pasukan pelawat menerusi dua percubaan masing-masing dari Nizam Bakar dan Akmal Noor namun gagal menepati sasaran.

Bermula babak kedua perlawanan, Felda United pantas mengasak kubu Kelantan sekali lagi menerusi Muhammad Ghaddar yang hampir menguis bola masuk ke gawang Kelantan pada minit ke-46. Gerakan itu berpunca dari hantaran lintang Fauzi Saari yang dikuis Ghaddar namun sedikit tersasar di kanan pintu gol Kelantan.

Pada minit ke-58, Kelantan terus kecewa apabila jaringan penyerang, Haris Safwan Kamal dibatalkan pengadil selepas Zamri Ramli terlebih dahulu terperangkap dalam kedudukan offside.

Sepuluh minit berselang, pemain gantian, Khairul Izuan Rosli melakukan rembatan luar kotak penalti namun percubaan itu terus ke dakapan Helmi Heliza. Selepas itu, Felda United melakukan serangan balas menerusi Muhammad Ghaddar namun rembatan penyerang itu sekali lagi tersasar.

Izuan Salahuddin yang masuk menggantikan Zamri Ramli berpeluang untuk menjaringkan gol kemenangan Kelantan namun kecemerlangan penjaga gol Felda, Helmi Eliza sakali lagi mengecewakan jentera serangan Kelantan.

Pada masa kecederaan, berpunca dari sepakan percuma Piya, lambunngan Obinna Nwaneri ke pintu gol Felda berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah sekaligus menyaksikan Felda United berjaya mengikat Kelantan di laman sendiri.

Petikan dari  theredwarriorsfc.com.


4 perlawanan sudah di lalui oleh TRW ,nampaknya Bojan meletakkan Indra dan Haris Safwan di barisan hadapan.Namun Hantaran dari pemain tengah terbaik Malaysia gagal di baca oleh Haris dan kesefahaman antara Haris dan Indra di lihat tidak berjaya.Bojan Merehatkan Keita untuk perlawanan ini mungkin untuk memberitahu Keita yang pemain lain kurang senang dengan prestasi yang di pamirkan.Kelantan perlu segera melakukan sesuatu kerana dari segi permainan kita bermain seperti biasa cuma hantaran gagal di baca oleh barisan hadapan.


Zamri Ramli pada perlawanan ini di lihat tidak berfungsi dengan baik.kerana pertahanan Felda menyekat gerakkan Kelantan dari dari sudut Sayap.Walaupun Farhan berjaya memecahkan pertahanan di sebelah Sayap namun penyudah menghampakan kita untuk mendapatkan gol.Obinna juga bermain baik walaupun setiap kali membuat hantaran jauh.Kadang-2 hantarannya di lihat sia-sia.Daudsu dan Nik Shahrul Azim berjaya mengekalkan prestasi terbaik mereka apabila saling  bantu membantu antara satu sama lain.


Piya pada mulanya di kawal rapi oleh Pak long.Pemain ini pada permulaannya berjaya mengawal Piya.Tapi Piya dapat juga membaca kawalan Pak Long dan berjaya mengawal barisan tengah dengan baik bersama Shakir.Mereka berdua saling bertukar posisi dan ini yang mnyebabkan barisan tengah Felda tidak mampu membuat hantaran pada bahagian serangan mereka.


Ghaddar pula seperti bermain di Kelantan dahulu.Banyak gerakkan bersendirian yang di lakukannya.Peluang sudah terhidang oleh rakan-rakan lain tapi dia tetap nak buat jaringan sendiri.Kesian juga tengok pemain Felda yang sudah bersedia dengan larian tapi kerana Ghaddar lambat menghantar bola mereka terlepas peluang.


Farhan terpaksa di keluarkan pada minit ke 41 kerana mengalami kecederaan dan di laporkan juga kecederaannya tidak lah serius.mungkin ketika berebut bola dengan Pak long memberi kesan pada Farhan.Farhan di gantikan dengan Kahirul Izwan Rosli yang masuk tak sampai 2 minit sudah di layangkan kad kuning.Khairul Izwan Rosli sering kali kita lihat dia masih takut-takut untuk mengelecek dan membawa bola masuk ke bahagian tengah.walaupun apabila mendapat bola dia seakan mahu melakukannnya tapi di hantar semula bola ke belakang.Macam tak yakin dengan diri sendiri.Dia perlu sedar dengan peluang yang di berikan oleh Bojan dia sepatutunya menunjukkan keyakinan yang tinggi dan berjaya membawa perubahan dalam pasukan.Kawe harap jika di beri peluang nanti dia perlu yakin 100%.


Mohd Badri Radzi a.k.a Piya do nobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.Tahniah Kapten Marvels..Anda memang layak.Kebetulan pada perlawanan ini di hadiri oleh Jurulatih Bolasepak negara Datok K. Rajagopal.DI harapkan dia nampak macam mana Amarohiddan yang di gantikan dengan Piya yang bermain penuh dan di nobatkan sebagai Pemain terbaik Perlawanan.Siapa yang layak sebenarnya? bagi kawe tanpa perlu sangsi lagi adalah PIYA.

Kita berharap Bojan segera merubah apa yang perlu apabila membuat rotation pemain.Sebab gerakkan cantik yang tiada penyudah boleh mengundang bahaya pada kita.Pada 22 haribulan nanti kita akan bertemu dengan Negeri Sembila di Laman sendiri.Piala Fa Pula kita menanti siapa bakal kita lawan antara Pkns dan Lion XII kerana kita mendapat by di pusingan pertama
Di harapkan masa rehat yang ada di gunakan sebaik mungkin untuk menajamkan barisan serangan.


Di harapkan kita mempunyai masa yang cukup sebelum masuk Piala FA nanti.masih ada 2 bulan sebelum pertukaran pemain import boleh di lakukan.Perlawanan liga sudah masuk perlawanan yang ke-4 di harap semasa lawan Negeri Sembilan di SSMIV kita mampu mengutip 3 mata penuh.Apa pun semoga TRW terus meningkat dari perlawanan ke perlawanan dan berjaya mengdaki tangga demi tangga hingga ke puncak

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment