Monday 14 January 2013

T-TEAM CALAR EGO KELANTAN



KUALA TERENGGANU – Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang setelah tewas 0-1 kepada T-Team dalam aksi perlawanan kedua Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang semalam.
Enam kad kuning dilayangkan pengadil, empat untuk T-Team dan dua Kelantan dalam perlawanan menyaksikan ketumpulan jentera serangan diterajui pemain import, Keita Mandjou terus menjadi bahan kecaman 2,000 penyokong setia The Red Warriors.
Pasukan tuan rumah yang melakukan sepak mula dikejutkan dengan percubaan awal pemain Kelantan apabila Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi melepaskan rembatan di luar kotak penalti namun sedikit tersasar pada minit pertama perlawanan.
T-Team yang mendapatkan sokongan hampir 12,000 peminat tempatan bagaimanapun mengejutkan anak buah Bojan Hodak apabila memperoleh jaringan pertama sekali gus gol kemenangan pasukan tersebut pada minit kelapan perlawanan.
Kelekaan benteng pertahanan Kelantan dihukum apabila hantaran lintang pemain sayap, Ahmad Syamim Yahya membolehkan Mohd Aizulridzwan Razali yang tidak dikawal di dalam kotak penalti melepaskan rembatan leret ke penjuru sebelah kanan untuk gol kemenangan mereka.
Selang tujuh minit, pasukan kendalian Peter Butler sekali lagi mempunyai peluang untuk terus menjarakkan kedudukan menerusi hantaran silang Mohd Yusri Abas namun Muhammad Muinuddin Mokhtar mensia-siakan peluang apabila merembat tinggi melepasi gawang Kelantan.
Begitu pun, The Red Warriors kembali memberi saingan apabila sepakan percuma Zairo Anuar Zalani nyaris menghasilkan gol saguhati kalau tidak kerana tandukan pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Nuraliff Zainal Abidin ke gawang sendiri tersasar empat minit kemudian.
Tidak ada gerakan berbahaya dicetuskan pemain Kelantan malah sumbangan penyerang import Keita Mandjou ternyata cukup mengecewakan penyokong setia yang bertandang ke Kuala Terengganu semalam.
Kekalahan itu ternyata memberi tamparan hebat buat pengendali Croatia untuk menyediakan pasukan mantap dalam tempoh tiga hari kerana bakal bertemu pasukan paling mahal, Johor Darul Takzim pada perlawanan ketiga di Kota Bharu, Selasa ini.

Petikan dari Klate.Net

Perlawanan yang berlansung di Kuala Terengganu.Sepatutunya kawe ke ada di sana semasa perlawanan tetapi ada hal yang mustahak dan kawe tidak mempunyai kesempatan berada di sana.Kawe menjangkakan kita boleh mendapatkan sekurang-kurang nya 1 mata dari tiada mata lansung namun apa yang boleh di katakan.DI khabarkan juga berlaku pertelingkahan mulut antara Butler dan Bojan.Aksi panas.Tapi mungkin kita lupa 2012 kita juga tewas pada pasukan yang sama.Apa-apa pun kawe mengharapkan TRW jadikan perlawanan menentang JDTFC selasa ini sebagai turning Point untuk kita kemabali ke Track....Landasan untuk kejayaan.




GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment