Saturday 20 April 2013

AFC 2013 KELANTAN BELASAH DA NANG 5-0


KOTA BHARU  02.04.2013– Kelantan merampas kedudukan teratas saingan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas membelasah wakil Vietnam, SHB Da Nang FC 5-0 di sini, semalam.

Gol-gol tuan rumah hadir menerusi pemain import Dickson Nwakaeme seawal minit ketiga, Indra Putra Mahyuddin (m-6), Mohd. Faiz Subri (m-23), Dimitrios Petrators (m-59) dan Mohd. Badhri Radzi (m-85).



Nwakaeme yang bergandingan dengan penyerang kelahiran Australia, Petrators mempamerkan ketajaman penyudahnya melalui gerakan solo sebelum merembat rendah bola menewaskan penjaga gol SHB Da Nang, Nguyen Thanh Binth.



Tuan rumah yang masih segar dengan tiga kemenangan pada perlawanan lalu terus menjarakkan kedudukan pada minit keenam apabila Indra Putra tenang menyudahkan hantaran Petratos untuk gol kedua tuan rumah.


Pelawat yang tertekan apabila dikejutkan tiga jaringan awal tuan rumah rumah, membuat tiga pertukaran pada babak pertama, namun usaha tersebut gagal membuahkan hasil apabila mereka terus buntu untuk mendapatkan jaringan.



Begitupun pelawat turut tidak berputus asa dan mempunyai peluang terbaik untuk mendapatkan gol pertama, namun rembatan Vo Hoang Quang berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-44.


Kelantan turut melepaskan peluang untuk menambah jaringan apabila pemain tengah Mohd. Shakir Shaari gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.


Kapten pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi melengkapkan malam gemilang The Red Warriors apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-85.

Petikan dari Klate.Net


Kedudukan carta selepas perlawanan


 GO FOR MORE!!!!!!!!!



 

No comments:

Post a Comment