Wednesday 3 April 2013

Ayeyawady United vs Kelantan

Pada 13 march 2013


Kemenangan ke atas Ayeyawady bukti masalah itu sudah diatasi: Zairul

Kota Bharu: Pemain pertahanan Kelantan, Zairul Fitree Ishak mengakui masalah keserasian pemain yang membelenggu menjadi punca The Red Warriors (TRW) bergelut dan mempamerkan prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu menegaskan kemenangan 3-1 ke atas kelab Myanmar, Ayeyawady United dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 13 Mac lalu, membuktikan masalah keserasian itu sudah dapat diatasi untuk mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Katanya, penyokong setia TRW tidak perlu bimbang dengan prestasi semasa pasukan dan perlu bersabar kerana skuad kendalian Bojan Hodak kini semakin mendapat sentuhan sebenar selepas ketiadaan beberapa tonggak utama yang berpindah ke pasukan lain musim ini.

“Memang kami akui masih belum mendapat keserasian sepenuhnya di kalangan pemain TRW. Untuk membentuk pasukan yang kuat memerlukan masa yang lama bagi mendapat keserasian maksimum di antara pemain.

Mat Yo, Awe bergelut

“Kehilangan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Awe (Nurul Azwan Roya) dan Mohamed Ghaddar menyebabkan kami terpaksa bekerja keras semula dalam mencari keserasian dengan pemain baru yang menggantikan tempat mereka.

“Bagi saya, Mat Yo dan Awe juga masih belum mendapat keserasian yang baik dengan semua pemain Johor Darul Takzim (DT). Namun, kami semakin menemui rentak permainan sebenar dan ia terbukti selepas menewaskan Ayeyawady United,” katanya semalam.

Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan Liga Super dengan mengutip 11 mata hasil daripada 10 perlawanan.

Ditanya mengenai Ahmad Fakri Saarani yang akan menggalas tugas selaku penyerang TRW menjelang pendaftaran kedua dibuka April ini, Zairul berharap penyerang itu dapat mempertajamkan jentera serangan pasukan.


Alhamdulilah Kelantan sudah mungkin  kita berjaya juga merentasi bumi myammar dengan menwaskan juara liga Mayammar.TRW tampak bermian dengan baik dengan serangan tersusun.Kali ini Dimitri dan Piya menjaringkan Gol.Banyak asist dari Nakeami yang memudahkan gerakkan serangan dan jaringan Kelantan.Nampak gaya Kelantan membuat persiapan rapi bagi AFC tahun ini.Di samping ingin mengekalkan Trebles.Insyallah dengan apa yang kita ada.Kita bakal menyaksikan sejarah akan berulang.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment