Saturday 20 April 2013

AFC 2013 Kelantan Hampiri Pusingan Kedua


 Stadium Chi Lang, Da Nang 10.04.2013

KUALA LUMPUR – Kelantan kian menghampiri pusingan kedua bola sepak Piala AFC 2013 apabila mencapai kemenangan ketiganya dalam Kumpulan G dengan menundukkan kelab Vietnam, SHB Da Nang 1-0 di Stadium Chi Lang, Da Nang, semalam.

Pemain kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaeme muncul wira Red Warriors dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-75, sekali gus membolehkan Kelantan mengukuhkan kedudukan peneraju kumpulan dengan 10 mata daripada empat perlawanan.

Dalam perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu mengikat kelab Maldives, Maziya Sports and Recreation 1-1 di Kota Bharu, selain menumpaskan Ayeyawady United (Myanmar) 3-1 di Yangon.

Kemenangan semalam turut melengkapkan rekod tanpa kalah selain menyambung kejayaan membelasah SHB Da Nang 5-0 di Kota Bharu dalam perlawanan terakhir pusingan pertama liga Kumpulan G, 2 April lalu.

Satu lagi kemenangan ke atas Maziya di Male pada 23 April ini bakal memastikan Kelantan menggenggam tiket pusingan kedua tanpa perlu menunggu perlawanan terakhirnya, iaitu melayani Ayeyawady di Kota Bharu, seminggu kemudian.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, Ayeyawady mengutip kemenangan sulung dengan membenam Maziya 3-0 di Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon.

Namun tiga mata ini masih meletakkan mereka di tangga tercorot kumpulan dan berpeluang samar untuk ke pusingan kalah mati memandangkan mereka sebelumnya dikalahkan Kelantan dan Maziya 3-1 serta SHB Da Nang 2-1.

Petikan dari Klate.Net


 GO FOR MORE!!!!!!!!!!!! 

No comments:

Post a Comment