Thursday 25 April 2013

HODAK NAFI KELANTAN BERMASALAH



“TIADA masalah dalam pasukan ini, semuanya ok sahaja. Pemain saya cuma penat.”

Itu tegas pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang menepis andaian wujud masalah dalaman termasuk pembayaran bonus sehingga pasukannya dibelasah 6-1 oleh Maziya Sports & Recreation Club (SRC)  pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Rasmee Dhandu, kelmarin.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Croatia itu tampil mempertahankan prestasi pasukan sambil menyifatkan kekalahan disebabkan pemain cukup penat mengharungi jadual perlawanan padat sejak akhir-akhir ini.

“Saya tidak pasti tentang perkara (bonus) itu, tapi itu bukan punca kekalahan kami. Yang perlu anda tahu ialah pemain saya keletihan. Setiap kali tewas, taktikal saya dipersalahkan sedangkan musim lalu saya membawa tiga piala tetapi tidak ada orang pun mempertikaikan kredibiliti saya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Prestasi turun naik Kelantan sejak kebelakangan ini menyaksikan pasukan tersebut menerima aib paling besar dalam sejarah penyertaan kedua mereka pada kempen Piala AFC sehingga dibelasah teruk kelab daripada negara ke-158 rangking dunia itu.

“Anda sendiri boleh lihat berapa ramai pemain saya yang tercedera, berapa ramai yang mengalami kepenatan tetapi kami masih mampu beraksi dengan baik meskipun tewas kepada Maziya SRC.

“Saya tahu keputusan ini memang sukar diterima penyokong kita. Malah saya sendiri tidak duga kami boleh tewas dengan jaringan sebanyak ini. Semua orang bercakap itu-ini setiap kali kalah tetapi mereka tak tahu betapa sengsaranya pemain kami mengharungi banyak perlawanan,” katanya.

petikan dari Klate.net

Kita sendiri dah lihat senarai pemain utama yang di turunkan Bojan pada separuh masa pertama.keadaan agak baik dengan pertahanan dan midfield yang di kemudikan oleh Shakir.Selepas Zamri Ramli di kenakan Kad kuning kedua rentak dan irama kita sedikit sumbang dan Bojan mengeluarkan Khairul Rosli dan di gantikan dengan Zairul FItree.Apa yang berlaku selepas Maziya menjaringkan gol penyamaan.Kita semakin perlahan dan Dimitri Petratos berlari sahaja di depan selaku single striker.kenapa pemain lain tidak backup? Farhan juga tidak bermain seperti biasa hanya berlari ke depan dan bertahan.Rasanya Farhan tidak fit untuk game ni.Begitu juga dengan Haris Safwan yang masin tercari-cari prestasinya,walaupun telah meledak satu gol.namun selepas itu semua hantaran dan gerakkan kita di baca baik oleh Maziya.
  Jika alasan Bojan mengatakan pemain penat kenapa separuh masa kedua Piya dan Indra dimasukkan.Sepatutunya Bojan memasukkan pemain yang boleh bertahan di masa kedudukan 3-1.dalam masa 45 minit 5 gol bolos.Memang sukar untuk kita terima.strategi dan susunan pemain kena sentiasa berada dalam 70%. di masa kedua kita lihat susunan pemain hanya 50% keseluruhannya.macam Azizi dan Nik shahrul sepatutunya di letakkan shahrul di tengah.Ada satu yang pelik katanya pemain penat tapi kenapa Apek selalu bermain seenuh masa ? kita ada Mat Shah dan seorang lagi penjaga gol kenapa tak routate kan mereka?

   
Apa yang pasti Tan Sri Mahu siasatan di buat ke atas pasukan kerana kekalahan ini,

Apa yg berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan oleh jk pasukan negeri yg di pengerusi Dato Rosmadi..Walau pun kita faham kita munkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak dan coach mahu merehatkan pemain NAMUN UTK MELEPASKAN 5 gol dlm 45 minit MESTI DI SIASAT.....

Apa pun semoga kita berjaya dalam AFC tahun ni dan berjaya juga mengekalkan pretasi terbaik sebelum semuanya sudah terlambat.Bangkitlah wiraku!!!!!!!!!!!!! GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment