Monday 23 April 2012

Laluan Sukar Menanti Red Warriors

KELANTAN 1
Norshahrul Idlan Talaha (m-17)
KEDAH  1
Vedran Gerc (m-29)
KOTA BHARU – Naib juara Piala FA musim lalu, Kelantan meniti laluan sukar untuk mara ke perlawanan akhir setelah sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kedah dalam aksi perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Dua kad merah dan enam kad kuning turut menghiasi perlawanan malam tadi yang turut disaksikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang berkenan berangkat ke stadium keramat buat kali kedua dalam saingan Liga Malaysia sepanjang musim ini.
Seawal minit keenam perlawanan Kedah hampir berada di depan angkara kesilapan pemain pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri yang menanduk bola ke belakang namun rembatan Mohd Khyril Muhymeen Zambri hasil umpanan Vedran Gerc tersasar di sebelah kanan pintu gol.
Seminit kemudian giliran Kelantan mencemaskan pintu gol pasukan pelawat namun rembatan pemain tengah, Mohd Shakir Shaari dari jarak 35 meter terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias.
Begitu pun, penyerang terbilang, Norshahrul Idlan Talaha menggembirakan hampir 25,000 penyokong The Red Warriors apabila menjaringkan gol pembukaan pada m-17 perlawanan. Bermula gerakan menarik di antara Mohammad Ghaddar dan Mohd Badhri Radzi di depan pintu gol pelawat, Norshahrul Idlan pantas merembat masuk melepasi jangkauan Mohd Helmi Eliza untuk gol pendahuluan.
Empat minit kemudian, Norshahrul Idlan hampir menjaringkan gol kedua peribadi namun percubaannya hasil hantaran jauh Mohd Badhri sempat dihalang pemain pertahanan Kedah, Mohd Basharul Abu Bakar di depan pintu golnya.
Begitu pun, Kedah yang turun tanpa pemain import tengahnya, Abdelsafi Fattah tidak mudah tertekan meski pun pasukan tuan rumah dilihat lebih mendominasikan permainan menerusi gandingan penyerang, Norshahrul Idlan dan Mohammad Ghaddar dalam babak pertama.
Hasilnya, penyerang import baharu mereka, Vedran Grec berjaya menyamakan kedudukan  pada m-29 perlawanan. Bermula dari tengah padang, penyerang dari Croatia itu bijak memperdayakan tiga pemain pertahanan Kelantan sebelum rembatan kencangnya di dalam kotak penalti berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Minit-minit akhir babak pertama, Mohammad Ghaddar terlepas satu-satunya peluang terbaiknya untuk meletakkan The Red Warriors di depan apabila rembatannya hasil umpanan Norshahrul Idlan sempat ditepis keluar Mohd Helmi Eliza.
Bersambung babak kedua, memperlihatkan penguasaan milik sepenuhnya The Red Warriors namun kekentalan benteng pertahanan Sang Kenari yang dilihat lebih banyak bertahan di depan pintu gol mereka menyekat hajat Kelantan untuk menambah jaringan.
Bermula tandukan Obinna Nwaneri yang tersasar pada m-56 perlawanan, Mohammad Ghaddar memilih cara yang sama untuk mengecewakan penyokong setia Kelantan apabila tandukannya di sepak keluar penjaga gol Kedah tujuh minit kemudian.
Pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Wan Mohd Shukri di perintah keluar padang pada m-70 perlawanan kerana mengutip kad kuning kedua setelah bertindak mengasari Mohamad Zamri Ramli.
Nasib malang yang sama menimpa Kelantan dua minit kemudian apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Tindakan Mohd Daudsu Jamaluddin melakukan terjahan keras ke atas Mohd Fiqry Md Isa memaksa pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada beliau.
Aksi hambar yang ditonjolkan Mohammad Ghaddar memaksa jurulatih Bojan Hodak menggantikannya dengan Mohd Norfarhan Muhammad pada m-76 perlawanan bagi mempertajamkan jentera serangan Kelantan.
Kemasukan Mohd Norfarhan ternyata menghidupkan jentera serangan dan hasilnya Indra Putra Mahayuddin memiliki peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan Kelantan namun percubaannya sedikit melewati pintu gol Kedah seminit selepas itu.
Kelantan terus memberikan tekanan kepada anak buah Wan Jamak Hassan apabila mempunyai dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun rembatan susulan Mohamad Zamri pada m-82 perlawanan jauh tersasar sementara percubaan Mohd Norfarhan tiga minit kemudian terus ke dakapan Mohd Helmi Eliza.
Minit-minit akhir masa tambahan, Kelantan sekali lagi terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya mendapat kelebihan satu gol apabila tandukan Indra Putra hasil hantaran lintang Mohd Norfarhan hanya tersasar beberapa meter di sebelah kiri pintu gol Kedah.
Keputusan seri ini ternyata menyukarkan laluan The Red Warriors untuk mara ke pentas akhir buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun kerana perlu mengharungi tempoh 90 minit yang begitu mencabar dalam saingan separuh akhir kedua di Alor Setar pada 1 Mei ini.
Kesebelasan utama pemain:
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin,  Obinna Nwaneri,  S Subramaniam, Zairul Fitree Ishak (Mohamad Zamri Ramli), S Chanturu, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP) (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammad Ghaddar (Mohd Norfarhan Muhammad).
FORMASI : 4-4-2
KEDAH : Mohd Helmi Eliza Elias, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Fauzie Nan, Mohd Fazliata Taib, Mohd Basharul Abu Bakar (Wan Mohd Shukri), Azmizi Azmi, Mohd Fiqry Md Isa, Baddrol Bakhtiar (KP), Amar Rohidan (See Kok Luen), Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Vedran Gerc (Abdul Latiff Suhaimi).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (7) Kedah (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (11) Kedah (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (8) Kedah (1)
Sepakan percuma : Kelantan (14) Kedah (15)
Ofsaid : Kelantan (0) Kedah (1)
Kekasaran : Kelantan (15) Kedah (12)
Kad kuning : Kelantan (S Subramaniam, Zairul Fitree Ishak) Kedah (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Vedran Grec, Mohd Helmi Eliza Elias dan Baddrol Bakhtiar)
Kad merah : Kelantan (Mohd Daudsu Jamaluddin) Kedah (Wan Mohd Shukri)
Masa tambahan : 12 minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kedah (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Shukri Nor
Penolong Pengadil 1: Sabri Mat Daud
Penolong Pengadil 2: Azmi Khalid
Pegawai Keempat : Romzi Zahari
Kommissioner Perlawanan : Azman Sulong
Penilai Pengadil : Azimi Abdullah
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan dari Klate.Net

Tektikal pasukan kelantan akan bertambah baik sekiranya peranan Ghaddar melebihi apa yang di lakukan semasa 2 perlawanan.Ghaddar kena faham apa yang pasukan mahukan dia nampak malas berussaha dan tidak mengejar kembali bola yng terlepas.
Tengoklah betapa penuhnya stadium keramat kita.Tapi aksi ghaddar mengecawakan penyokong dan peminat kelantan.Dia sepatutnya bermain lebih baik dan meningkatkan persefahaman dengan pemain lain dan cepat menghantar bola ke kawan lain yang mempunyai ruang dan keselesaan jangan hanya nak bermain skill sebab dalam liga malaysia semua pemain dah tahu teknik ghaddar.
Sudah lama kita tak tengok stadium kita ni penuh kan.Tapi kawe pasti aksi ghaddar mengecewakan semua yang hadir.peluang keemasan yang ada tidak pernah di menfaatkan.
peranan kapten kita pasti di tagih pada aksi seterusnya tapi apakan daya beliu tercedera dan berharap dapat pulih sepenuhnya sebelum aksi kedua di kedah nanti.Kawe harap Piya sempat sembuh.Selepas Piya di keluarkan permainan kita nampak sedikit tidak tersusun.Shakir pula kadang-2 membuat hantaran yang tidak tepat.
Sudah lama kita tak tengok stadium kita penuh sebegini tetapi alangkah kecewanya mereka bila melihat aksi ghaddar yang bermain seolah-olah tidak mahu menekan pertahanan lawan.bola yang terlepas tidak di kejarnya.

berbaloikah rm12 diberikan penyokong dan peminat untuk melihat kelantan terus berjaya dalam persada liga malaysia?dengan aksi penat yang di tunjukkan pada perlawanan penting ini.kawe rasa Tan Sri Anuar Musa semdiri tidak berpuas hati dengan perlawanan dan aksi yang di tunjukkan oleh pengendali dan pemain Kelantan.


Jaringan Mat Yo telah memberitahu semua bahawasanya dia sudah kembali pada landasan utamanya sebagai penjaring utama TRW setelah lama tersisih akibat kecederaan.Gol pembuka semasa lawan kedah ini akan menjadi pencetus kepada penyerang prolifik negara.


selepas kegembiraan hadir pula kedukaan kepada TRW di mana Daudsu di kenakan kad merah hasil terjahan lambatnya ke atas pemain lawan.Apa nak kata pengadil ini memang suka bagi kad.Standard mana pengadil malaysia nii? Subkidin je yang cemerlang manakala pengantinya sampaii hari ni masih belum nampak.

jangan salahkan daudsu kerana pengadil perlawanan ini tidak bertindak sebagai pewarna kepada bolasepak negara tapi setitik nila yang bakal ,menghancurkan kegembiraan semasa menonton bolasepak malaysia,Dia terlalu ghairah untuk melayangkan kad.tidak berfikir panjang dan tidak menilai dengan sebaiknya.sekarang ni dah semi final tak kan masa final nak tengok pasukan yang bertanding tanpa pemain utama yang boleh mnyedapkan mata dan hati untuk melihat aksi final.
Tetapi apa yang paling menarik adalah penyokong kedah dan kelantan sentiasa bersama sewaktu melihat perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan.Siapa kata Penyokong Kelantan ganas? cuba tanya kepada semua pengkritik sekarang dan selepas tengok gambar ni apa yang akan dia orang cakapkan?
apa pun semoga kita dapat masuk ke final dan memenangi satu-2nya piala yang belum sampai ke Kota Bharu negeri kesayangan kita semua.Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!1


No comments:

Post a Comment