Saturday 14 April 2012

Tan Sri Anuar Musa Lawan Kes

Annuar bawa kes panel antarabangsa

Timbalan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri
Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.

Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan
berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak
selama dua setengah tahun. Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan
berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara,
seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau
pada sidang media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang
Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan
pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian  daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984
untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan
mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.
FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar
biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.
”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM
sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan
Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan
masalah tersebut,” katanya ..
 
Saya telah melantik FIRMA GUAMAN JESWANT & KAMARUDDIN untuk menasihati dan mendalami kes saya serta mengambil apa apa langkah yg perlu dan sesuai disisi undang2..PERLU DIKETAHUI PEGUAM KAMARUDIN (BEKAS PEMAIN KELANTAN DAN MSIA)ADALAH BEKAS PENGERUSI JK TATATERTIB FAM DAN BELIAU TERLIBAT SECARA LANGSUNG MENGGUBAL STATUT FAM..BELIAU MASA INI AHLI JK RAYUAN AFC DAN JUGA BERKHIDMAT KPD FIFA..BELIAU ADALAH ANTARA TOKOH GUAMAN PALING BEROTORITI DLM PERATURAN BERKAITAN BOLASEPAK..SAYA AKAN TELITI DARI SEMUA SUDUT AGAR KEMELUT INI MEMBAWA KEBAIKAN KEARAH TRANSFORMASI PENTADBIRAN BOLASEPAK NEGARA....
Siap sedia lahh FAM ....ni harimau Meraoh sudah mengamukkk........Kami tetap setia di belakang TSAM
 

No comments:

Post a Comment