Saturday 21 April 2012

RM2,124 Diserahkan Kepada FAM

KEMPEN ‘10 sen untuk FAM RM2,124’ yang dilancarkan gabungan beberapa kelab penyokong bola sepak Kelantan minggu lalu berjaya mencapai sasa­rannya.
Hari ini, mungkin juga pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara, kutipan tersebut akan diserahkan oleh gabungan kelab penyokong tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membayar kos perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang pada 4 April lalu.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Rozamri Mohd Ali berkata, beliau bersama beberapa wakil kelab penyokong di sekitar Lembah Klang akan hadir sendiri ke Wisma FAM untuk menyampaikan kutipan tersebut.
“Tan Sri Annuar (Musa) lebih daripada berkemampuan untuk membiayai perbelanjaan tersebut. Tetapi apa yang kami lakukan ini merupakan satu simbolik penyatuan penyokong bola sepak Kelantan yang berdiri teguh di belakang beliau,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Kalau diikutkan badan induk bola sepak kebangsaan itu sendiri bercanggah mengenai perkara (pembayaran kos mesyuarat) tersebut. Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) mengatakan tidak perlu bayar, tetapi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin (Ahmad) sudah pun terlebih dahulu mengeluarkan surat arahan pembayaran tersebut.
“Tetapi kami tidak kisah tentang perkara itu. Ini sebahagian daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para penyokong. Kami mahu buktikan di dalam bola sepak, kami tetap berdiri teguh dan mengadakan kutipan tersebut sebagai sokongan moral kepada kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu,” katanya.
Pada 4 April lalu, Annuar menerima hukuman penggantungan selama dua tahun enam bulan setelah didapati bersalah mengkritik prestasi skuad bola sepak kebangsaan, selain turut diarahkan membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut sebanyak RM2,124 dalam tempoh 14 hari.

Petikan dari Klate.Net

Kalau FAM bermaruah mereka tentunya akan faham yang memberi sokongan kepada Tan Sri Anuar Musa bukan sahaja penokong dan peminat malah semua rakyat Kelantan.Kami menyintai negeri kami melelebihi nyawa kami sendiri tidak ada dua atau tiga hanya satu KELANTAN.kalau FAM nak jatuhkan bolasepak negeri kami bermakna FAM nak jatuhkan Rakyat Kelantan.Kami akan membantu sehabis daya dan kami menyokong tindakan Tan Sri Anuar Musa berdasarkan "orang berbudi kami berbahasa".Tidak macam FAM yang hanya tahu menghukum tanpa penilaian yang sebetulnya.kalau ikutkan undang-2 FIFA ,FAM jauh melencong kerana membuat undang-2 FAM untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk bolasepak negara.Perkara sudah terlalu lama "besi kalau di biarkan dalam hujan dan panas, berkarak dan rapuh"Itulah umpanya FAM.Pengurusan terlalau lama mempunyai muka sama tanpa orang baru dan tanpa idea baru.Menteri Belia dan Sukan pun dah cakap.Kalau persatuan sukan sudah tidak effecttif baik undur diri dan bagi pada muka baru yang lebih layak,ada ilmu baru.
 Tan Sri Anuar Musa pula membalas budi kelab penyokong ini dengan memberi respon dalam FB nya di mana beliu akan hadiah kan lembu gemuk sebagai tanda balas atas usaha dan sokongan kelab penyokong.

Sebagai balasan atas sumbangan kelab penyokong yg mengutip derma utk saya,SAYA INGIN MENGHADIAHKAN SEEKOR LEMBU YG GEMUK KPD KELAB PENYOKONG...terpulang kpd kelab penyokong sama ada NAK PELIHARA ATAU NAK SEMBELIH LEMBU GEMUK ini pada masa yg kelab fikir sesuai...SESIAPA YG NAK JUAL LEMBU GEMUK DAN BESAR HARAP HUBUNGI SAYA...jgn lembu laga yg pencen sudah lah....
 Inilah contoh seorang pemimpin yang tidak loket malas di samping berbudi beliu juga membantu rakyat.bukan pasal politik nii neh.kawe kalau bab politik memang kawe balik awal.Cara TS nii membalas budi dengan cara yg baik.Bagi lembu sekor boleh buat makan ramai-2....kemah TS . . .GOMO TS GOMO!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment