Sunday 22 July 2012

The Red Warriors Terima Ganjaran Lebih RM1 Juta

PETALING JAYA – Skuad bola sepak Kelantan menerima ganjaran wang tunai RM1.075 juta atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dua tahun berturut-turut.

Skuad The Red Warriors menerima habuan sebanyak RM750,000 atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini dan turut menerima insentif Liga Malaysia 2012 sebanyak RM325,024.

Ganjaran wang tunai tersebut disampaikan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pengurus bola sepak Kelantan Azman Ibrahim.

“Ini hasil kerja keras pasukan Kelantan. Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) akan mengadakan mesyuarat untuk mengagih-agihkan wang ganjaran ini kepada pemain dan kita akan pastikan Kelantan terus mengecap kejayaan.

“Selepas ini sasaran kita adalah untuk membawa balik Piala Malaysia yang akan berlangsung pada September depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang tunai dan insentif Liga Malaysia 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.

FAM turut menyampaikan habuan kepada juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM300,000; juara Piala Presiden, Perak RM100,000; juara Liga FAM, Kuala Lumpur SPA RM60,000.

Sementara itu, penyerang import sensasi Terengganu dan Negeri Sembilan, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona masing-masing dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini apabila berkongsi jaringan dengan meledak 15 gol.

Penyerang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khairul Izuan Abdullah yang menjaringkan 27 gol, muncul pemenang bagi kategori penjaring terbanyak dalam aksi Liga Perdana.- Bernama

Petikan dari Klate.Net 20 July 2021 

Pengacara astro menyatakan pasukan terkaya sebab Kelantan dapat lebih dari 1 juta,ini untuk Piala Malaysia dan Insentif liga Malaysia 2012.Cuba kita campur dengan Piala FA pulakk.Berapa yee.Kira sendiri lah.Kelantan sudah menjadi seolah-olah kalau di perhatikan bagi liga English ada sedikit persamaan dengan Chelsea dari segi pengurusan.Antara kelab terkaya.Sebab kalau manchester City dah bagi kat ATM.Apa pun Tahniah kepada Team Kelantan dan Penyokong-penyokong Kelantan kerana kita bergabung kerana bolasepak dan kita belajar dari setahun ke setahun.Biarlah tiada undian yang akan di berikan kepada penyokong terbaik Malaysia.Kelantan tetap yang terbaik dari segi pengurusan,Pemain dan Penyokong.Buat tahun 2012 tiada penyokong setanding THE RED WORRIORS.


GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment