Monday 27 August 2012

Afiq Makin Menyerlah

KELANTAN 2-1 KEDAH
Kota Bharu- Afiq Azmi berjaya membuktikan dirinya bukan hanya penjaring dalam perlawanan persahabatan sahaja, malah pada perlawanan sebenar malam tadi Afiq Azmi muncul sebagai penyelamat maruah Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 28 melalui rembatan dan gol kemenangan pada minit ke 45 melalui tandukan tepat.
Gol awal Khyrill Muhymeen pada minit ke 4 berjaya menyentap emosi kesebelasan pemain dan seluruh penyokong Kelantan kerana ramai menjangkakan Kedah akan bermain lebih yakin namun kesebelasan pemain Kelantan mampu bangkit dengan semangat luar biasa bagi memastikan 3 mata penuh milik Kelantan pada malam tadi.
Disusuli pula berita baik mengenai kekalahan 2-1 Terengganu kepada ATM, walaubagaimanapun keputusan ini harus dijadikan amaran berbahaya daripada ATM yang bakal menerima kunjungan Kelantan selasa ini.
Seluruh penyokong Kelantan di sekitar Lembah Klang disaran turun beramai-ramai memeriahkan perlawanan ini bagi memastikan 3 mata penuh atau sekurang-kurangnya tidak keciciran mata menjadi milik Kelantan. GOMO KELATE GOMO. Pantang The Red Warriors Mengaku Kalah sebelum Piala Dijulang Sang Juara!!!!

Petikan dari Laman Web KAFA

Komen Tan Sri Anuar Musa:

 Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa bangga dengan kejayaan The Red Warriors meraih tiga mata penuh pada pertemuan Piala Malaysia 2012, malam tadi.
Kejayaan keatas Kedah itu tepat pada masanya selepas kecewa tewas perlawanan pertama kepada jiran tetangga, Terengganu beberapa hari lalu.
Menurut Annuar, ucapan tahniah wajar diberikan kepada pemain atas usaha keras mereka terutamanya penjaring gol kemenangan Kelantan, Mohd Afiq Azmi.
Beliau turut memuji Norshahrul Idlan Talaha setelah menampilkan sikap positif selain bertungkus lumus membantu pasukan mencipta kemenangan.
Pada pertemuan malam tadi, Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah 2-1 hasil dua jaringan Afiq Azmi pada separuh masa pertama. -RedsfcNews-
 Terima Kasih Tentera Merah - TSAM. 

Menurut Annuar, para penyokong bukan sahaja memenuhi tempat duduk stadium malahan tidak mencetuskan sebarang kekacauan dan lontaran mercun seperti kebiasaan.
Semua penyokong bersikap baik apabila menunaikan permintaan saya supaya tiada sebarang letupan mercun dilakukan ketika perlawanan sedang berlangsung.
Penyokong kita turut menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila beramai-ramai mengutuk tindakan segelintir penyokong yang masih membaling objek ke dalam padang, jelasnya.
Saya berbangga dan mengucapkan terima kasih kerana penyokong kita membuktikan bahawa mereka sememangnya terbaik di negara kita. -RedsfcNews-

Perkara ini disahkan sendiri Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam laman sosial Facebook peribadi beliau.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, rentak permainan The Red Warriors akan meningkat dengan kembalinya Ghaddar dan Daudsu Jamaludin.
Selain mereka, Indra Putra Mahayudin yang diberi kelepasan atas masalah keluarga serta penjaga gol nombor satu Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat turut akan kembali pada pertemuan dengan ATM nanti.
Dengan kehadiran mereka berempat, insyaAllah kita akan menjadi lebih mantap kerana dapat mengumpul hampir kesemua pemain utama pasukan, jelasnya. -RedsfcNews-
Mengenai perlawanan malam tadi di khabarkan Kelantan bermain hantaran tinggi tapi susah untuk menemui jalan serangan kerana kita tak biasa bermain begitu.Piya juga sebagai penumpang ( apa yang di maksudkan oleh penganaisa ini pun kawe tak tahu) ramai yang sudah berbunyi tentang Mat Yo yang di katakan semakin suram dengan jaringan tetapi dari apa yang di perkatakan oleh TSAM,Mat Yo berkerja keras bagi memudahkan jaringan di lakukan.Sesuatu menarik adalah kehadiran penyerang muda yang di katakan pandai mencari ruang dan kedududkan semasa bola begerak dan kita akan dapat saksikan kelibatnya bila bertemu dengan ATM pada hari selasa ini dan ada siaran lansung dari Astro Arena.
 Dengan kehadiran semula 4 tonggak utama insyaallah kawe yakin kita sudah bermula dan dengan Afiq Azmi yang masih dalam form tidak mustahil dia bakal di gandingan dengan Ghaddar.Tapi kena tengok jugak keserasian Ghaddar dan Afiq.Di mana Ghaddar Biasa bermain dengan Mat Yo.Apa Pun urusan tektikal dan lane up kita serahkan kepada Head Coach kita Bojan Hodak.Dia tahu akan pemainnya.Di harapkan pertemuan dengan ATM bakal membuhkan keselesaan kepada kita bagi mencari tangga teratas kumpulan.
Kawe rasakan TRW baru bermula dan akan terus menunjukkan prestasi sebenar dan akan menebus semula kekalahan di tangan Terengganu bila bermain di Kota Bharu nanti.Gelanggang Keramat TRW.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment