Thursday 30 August 2012

KALI PERTAMA PANCIT

 29 Haribulan ogos 2012,hari ni adalah hari pertama sejak menukar tayar saiz 26 x 1.25.Pada paginya sebelum berkayuh dah datang rasa malas tapi di sebabkan dah buat masa terbaik semalam terasa ingin mengulanginya.Kawe pum juga tayar seperti biasa 80psi di belakang dan 75psi di hadapan.Setelah semuanuya siap kawe pun mula berkayuh.Hati dah rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan tayar belakang.Kawe berkayuh seperti biasa dan sesampai sahaja di Durian Burung.Basikal rasa berat hati kawe dah rasa tayar belakang ni.Dalam masa tu terpandang stesen minyak ESSO.Kawe pun behenti untuk pum tayar dan selepas itu pusing balik ke rumah.Adalah dalam 15 km kayuhan hari ni.Balik rumah makan nasik dagang yang di kirimkan kepada adik ipar kawe Faizul yang di buat oleh Ma (mak mertuaku).Biasanya kawe tak akan makan selagi belum jam 12.30 tgh hari.Tapi di sebabkan terliur nasik dagang kawe makanlah sikit.2 senduk je dengan kuah ikannya.best sangat.cuma nasik kurang sikit enaknya sebab semasa Faizul ambik dari Ma semalam di waktu pagi dan dia bertolak dari Dewan Beta tengah hari.Nasik sampai rumah kawe dah waktu malam.Tapi Isteri kawe dah kukuskan kembali sebanyak 2x.
  Pada sebelah petang kawe bawak masuk basikal dalam kereta Myvi untuk di hantar ke Kedai Basikal POLIGON di Batu Buruk.Cara masuk basikal dalam MYVI adalah seperti dalam gambar di bawah.Ini masa mula-2 beli basikal dan cara ini jugalah kawe gunakan untuk menhantarnya ke kedai basikal.


kedudukan pedal paling penting sebab nak jaga jugak kereta kita kan daripada tercalar terkena basikal.Sesampai di kedai Pomen basikal sudah tersenyum dan kawe budget mesti dia kata ada masalah nii kan.Sambil dia betulkan tiub basikal kawe ada dia bertanyakan "kayuh sorang lagi ke?".Kawe jawab ye.sebab kawe kerja shiff nak ikut kau orang pun susah jugak.Tapi tengoklah kalau ada kelengkapan dan masa Insyaallah kawe join.Dia tersenyum jee.Kawe pun ada ceritakan sikit pasal bunyi pada bahagian pedal depan.Masalahnya bunyi itu keluar bila kawe membuat pusingan mengundur.Rupa-rupanya speed belakang tidak kena setting atau settingnya dan lari.Jadi Mat Noor sendiri yang betulkan.katanya lambat turun.Kawe bawak isteri kawe hari ni katanya nak minum air kelapa muda dengan laksa penang.Semasa di kedai tu ada budaj-2 sukma dan pelapis Terengganu di sana.Coach dia pun ada.Katanya nak ke pulau kerengga.wahh jauh tu.
O.klah semua dah ready ,lusa kawe akan mulakan kayuhan semula sebab hari ni hari khamis kerja.Lusa dan tulat kalau tiada aral melintang pasti kawe akan turun berkayuh.Insyaallah.

GO POKNIKMU GO!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment