Friday 3 August 2012

Kelantan Tak Mahu Bersama Terengganu

Sebelum undian Piala Malaysia berlangsung semalam, pengurus pasukan bola sepak Kelantan, Azman Ibrahim ada membayangkan jika diberi pilihan juara Liga Super dan Piala FA itu tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Terengganu, Kedah dan Tentera.
‘Mulut masinh’ atau secara kebetulan kerana apa yang dibimbangkan Azman itu akhirnya menjadi kenyataan apabila The Red Warriors diundi dalam satu kumpulan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan, semalam.
“Apa yang saya risaukan berlaku juga akhirnya,” kata Azman selepas majlis undian yang meletakkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Tentera dalam Kumpulan B.
“Ini jelas sekali adalah kumpulan maut saingan kali ini. Terengganu dan Kedah memang lawan sukar yang cukup kami hormati, manakala juara Liga Perdana musim ini, Tentera yang dikendali bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan bukan calang-calang pasukan.
“Sathia pernah menerajui Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2009 dan dia menyimpan banyak rahsia pasukan ini. Saya harap menyimpan sebahagian daripadanya dan memberi peluang kepada Kelantan untuk muncul juara,” katanya.
Bagaimanapun Azman yakin, pasukan yang mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan maut ini akan pergi jauh dalam kejohanan itu nanti. “Jika dapat melepasi kumpulan, pasukan itu akan dapat pergi jauh,” katanya.
Sementara itu, Sathianathan akur dengan nasib pasukannya yang diundi bersama Kelantan dan tidak menolak kemungkinan Tentera mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.
“Sebelum pasukan terakhir dalam Kumpulan B diundi, saya sudah terbayangkan nama Tentera akan keluar, dan apabila ia benar-benar muncul saya tidak terkejut,” kata Sathia. “Apa-apa pun boleh terjadi dalam peringkat ini, peluang kami tetap ada.”

Petikan dari Laman Web KAFA


Pengurus dok bimbang tapi itu yang terjadi.Kita duduk dalam pasukan Maut.2 pasukan dari 4 pasukan akan layak ke pusingan kalah mati.Mampukah Kelantan akan ke Separuh akhir? kerana sasaran pasukan adalah separuh akhir.Tetapi kawe rasa Kelantan akan berada di Final dan di ramalkan Kelantan akan bertemu LionsXII.Kita doakan perkara ini menjadi kenyataan dan kita berharap mampu membawa pulang Piala Ke tiga musim ini.Ini adalah harapan kita dan hanya Pemain dan Penyokong mampu memainkan peranan untuk menjayakan misi ke 3 kita.Insyaallah semoga Allah menerima Doa kita semua di bulan ramadan ini.\
Apa pun...bo lawe stara demo...GOMO KLATE GOMO!!!!!!!
lawan tetap lawan kalah menang Allah tentukan

No comments:

Post a Comment