Friday 3 August 2012

Manchester City menang mudah

30 Julai 2012 - Pasukan Manchester City mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir Tour Asia mereka setelah menewaskan pasukan Malaysia 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan dikuasai sepenuhya oleh pasukan Juara Liga Perdana Inggeris itu di separuh masa pertama tetapi hanya mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang antarabangsa Argentina, Sergio Aguero pada awal permainan.


Walaupun turun tanpa beberapa pemain utama seperti Vincent Company, David Silva dan Samir Nasri, kehadiran Carlos Teves, Sergio Aguero dan Yaya Toure nyata membolehkan pasukan dari England itu menguasai permainan. Carlos Teves menambah derita pasukan Malaysia pada awal babak kedua. Adam Johnson menambah gol ketiga City empat minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada awal babak kedua.

Manchester City melakukan beberapa pertukaran mengeluarkan para pemain utama mereka dan memasukkan barisan muda mereka. Anak kepada Roberto Mancini, pengurus pasukan Manchester City, Filipo Mancini turut beraksi.

Malaysia berjaya menjaringkan gol tunggal mereka pada minit ke 87 setelah Azamuddin Akil berjaya mengatasi Pablo Zabaleta sebelum rembatan Alex berjaya menewaskan penjaga gol gantian City, Eirik Johansen.

Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasukan Malaysia setelah turut tewas kepada pasukan Arsenal 1-2 pada perlawanan persahabatan sebelum ini.

Petikan dari Gawang.my

Apa lagi yang nak di perkatakan Man. City adalah Juara EPL 2012 kalau lawan Arsenal memang kita masih lagi boleh bermain tetapi dengan Man,City Sorrylah.Mereka turun dengan Kesebelasan mereka  tetapi ada beberapa pemain Man.City adalah barisan skuad ke 2.Tetapi gandingan Tevez dan Aguero memang striker sepadan dan  terbaik yg di miliki Man City.Jika nak di bandingkan dengan penyerang kita memang jauh lah kan.


Kita sudah mencuba tetapi apa kan daya mungkin kita kena tengok ranking .Terlalu jauh kalau nak di bandingkan dengan mereka.Cara mereka  bermain seolah-olah dilihat semacam trainning jerr kan.Tak pelah sekurang-kurangnya pemain negara memiliki pengalaman yang amat berharga.Semoga maju jaya TEAM MALAYSIA.


No comments:

Post a Comment