Sunday 12 August 2012

KELANTAN BENAM PATTANI FC HASIL JARINGAN HATRICK AFIQ AZMI




Tiga jaringan gol dari penyerang pinjaman pasukan Kelantan iaitu Afiq Azmi sudah cukup untuk Kelantan menang bergaya ke atas kelab dari Thailand iaitu Pattani FC dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV semalam dengan keputusan akhir Kelantan 3 – 0 Pattani FC.
Afiq Azmi yang turun sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Ramzul Zahini Adenan bermula cemerlang dengan menjaringkan 3 gol dalam masa 10 minit.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan turun tanpa tonggak pemain kebangsaan seperti Shahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari dan S.Subramaniam kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Dato’ K. Rajagobal.
Selepas ini Kelantan FA akan bertemu pasukan kelab dari negeri jiran iaitu pasukan T-Team pada 15 Ogos 2012 bermula jam 10.30 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Keputusan:
 15 Ogos 2012 : Kelantan 1 – 1 T-Team
Jaringan Kelantan dari Afiq Azmi

Petikan dari KelantanFa.com

No comments:

Post a Comment