Thursday 30 August 2012

PERSONAL BEST

Pada 28 haribulan.Tepat jam 0805 pagi kawe keluar berkayuh laluan biasa 42 km.Bermula dari Kg Padang Midin-Pengadang Baru-Wakaf Mempelam-Simpang Tok Ku-Kg Durian Burung- Manir-Telemong-Highway -Susur Bukit Payong-Bukit Payong dan Kembali ke Padang Midin.Kebiasaanya kawe buat 2 jam 15 minit.Tapi semalam kawe buat catatan masa 2 jam 30 minit.Semalam mungkin sebab masalah perut yang sakit tiba-tiba.Tapi kawe berjaya juga sampai ke rumah.

 Hari ini bertambah semangat sebab malam tadi buat kata-kata peransang buat striker Kelantan Norshahrul Idlan Talaha.Dengan semangat itu juga lah kawe turun berkayuh pagi ni.Starting agak laju kerana di telinga kawe siap pasang radio THR GEGAR.Tapi handset di pinjam dari Isteri kesayangan kawe sebab Handfreenya panjang.Terima kasih sayang.
Best jugak rasanya bila sambil berkayuh dengar radio.sebab boleh fokus jadi tak lah boring sangatkan.Kawe berkayuh seorang diri kerana di sebabkan kerja shiff 12jam.jadi kawe mempunyai banyak masa yang boleh di menfaatkan.Daripada tidur lebih baik berkayuh.Dari segi masa pulak hari ini menjadi sejarah kerana berjaya membuat 2 jam tepat.dengan MIX ( Kelajuan maxsimum) 44kmpj.kelajuan ini baru kali pertama kawe berjaya mencatatkannya.Kawe hanya nak exercise tapi sekali sekala datang semangat macam hari kawe layan sahaja lah.
Sebelum ini berkayuh tak pakai spek.Bila ada spek ni rasa lagi sedap berkayuh sebab pandangan ada pelindung.Dah lama cari spek ni sebenanrnya kebetulan masa bulan puasa ternampak ada orang jual kat Taman Shah Bandar jadi kawe belilah.RM 10 jee,spek pasar malam.Tak Kisahlah tapi nampak macam original.harap tak ada orang tanya mana kawe beli.jenamanya taraf international OKLEY.Macam pelumba olimpik pakai tu semasa acara lebuh raya.


 Kesimpulan dari kejayaan hari ini mungkin ini adalah kali yang terkhir dengan jarak ni.sebab kawe akan pergi sedikit jauh mungkin akan naik dari highway telemong bagi menjauhkan lagi jarak kayuhan kawe.Larat ke tak hari pertama memang ada sedikit masalah.Bila masuk 2 atau 3 kali mungkin akan jadi biasa.mungkin juga kawe akan mencari jalan lain terutama Bukit Kor yang jaraknya masih belum kawe test.ada kawan bagitahu Bukit Kor -Pulau Kerengga -pengkalan Berangan-Wakaf Tapai-Bukit Payong - Padng Midin.Tapi buat masa sekarang kawe masih selesa dan masih belum puas untuk terus berusaha dengan jarak yang kawe buat.Insyaallah jalan lain akan kawe set kemudian.Usaha untuk kuruskan badan dan melawan Obessiti akan kawe teruskan.Insyaallah semoga Allah mengizinkan dan memberi kemudahan kepada kawe.GO POKNIKMU GO!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment