Friday 24 August 2012

KELANTAN TEWAS PERLAWANAN PERTAMA PIALA MALAYSIA 2012


Kelantan yang turun selaku Juara Berganda iaitu Juara Piala FA dan Juara Liga Super langsung tidak menggentarkan pasukan jiran iaitu Terengganu apabila Terengganu berjaya menewaskan Kelantan 2 – 0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Gol Terengganu dijaringkan oleh awang import berbisa Terengganu iaitu Forkey Doe dan satu gol lagi dijaringkan oleh pemain tengah berbakat iaitu Ismail Faruqi.
Selepas ini Kelantan bakal berdepan pasukan Kedah di laman sendiri pada 25 Ogos 2012 dan The Red Warriors WAJIB bangkit untuk meneruskan misi mencari kejuaraan treble musim ini.
Keputusan Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2012 
Pahang 3-1 T-Team
Sarawak 2-1 Selangor
PKNS FC 1-1 Johor FA
Johor FC 0-0 LionsXII
Kedah 0-2 ATM
Felda United 1-1 N.Sembilan
Sime Darby 1-1 Perak


Pada Separuh masa pertama Kelantan bermain dengan tektikal berlainan dari biasa.pertamanya kawe tertanya-tanya kenapa Piya bermain di hadapan sedangkan posisinya Attacking Midfilder.Piya hanya nampak kemas dan senang bila bermain di midfiled.Indra bermain Midfield dan Farhan bermain sayap kiri dan Mafly Balang bermain sayap kiri.Memang Gol pertama Kelantan dari kesilapan Apek yang nampak berat dan lamabat untuk mendapatkan bola itu.Susah jika bermain dengan Jurulatih yang sudah masak dengan TRW.PJB kenal benar dengan setiap ciri pemain dan man Maker Kelantan.Bila pemain Kelantan mendapat bola ,salah control sahaja bola pasti akan di rampas.Terengganu bermain pantas dan sedikit laju.Sementara kita bermain seperti biasa.
Separuh masa kedua bila kita tengok Mat Yo seolah -olah hilang speed kerana jarang dia berjaya mengejar bola apatah lagi mengelecek pun banyak skill tak menjadi.Tapi kita sudah mendapat renta pada separuh masa kedua dengan serangan bertali arus tetapi striker mengecewakan kita.Banyak bola di tepis oleh Sarbinee.Ketika sedap menyerang Daudsu pula di layangkan Kad merah kerana menerjah Muslim pada kotak D mereka dan apa yang berlaku pada Daudsu menyebabkan kita tersentak dan terpaksa bermain 3-4-3.Terengganu mengambil kesempatan atas kelalaian barisan pertahanan dan Kelantan di Hukum lagi setelah Obinna gagal mengeluarkan bola.
Kelantan gagal mendapatkan 3 mata penuh malam ini kerana.Ghaddar tiada.Kedudukan Piya berubah,Striker tidak menyengat dan barisan pertahanan longgar.Apek juga seperti berat badannya bertambah.semua pemain tidak Fokus.
Apa pun kita kena sedar dari 6 perlawanan kumpulan kita hanya ada 5 lagi baki perlawanan jika kita gagal bermakna status JUara Liga Super 2012 dan Piala Fa akan terpadam bila kita gagal ke Final Piala Malaysia/Pemain juga kena ingat yang ada 2 coach yang sudah masak dengan TRW.
Ayuhh Worriors peluang masih ada ..Bangkitlah Demi Kelantan...Bangkitlah Demipenyokong Bolasepak Kelantan,Gomo Tetap GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     

No comments:

Post a Comment