Friday 1 January 2016

2 SYARAT QU PUTEH CETUS VIRAL!



KUALA LUMPUR: Dua prasyarat diletakkan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menaja badan induk itu menjadi viral dan mendapat reaksi berbeza pembaca Berita Harian (BH).

Menerusi Facebook BH Online, berita mengenai dua syarat yang ditetapkan – Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) – menerima 11,052 Like dan dikongsi 1,937 pembaca setakat jam 11.40 pagi ini.

Antara komen pembaca seperti berikut: “Pada saya, mmg wajar tindakan dato vida sbb dia adalah penyumbang terbesar..adalah menjadi hak dia untuk memberi syarat tersebut kerana ia juga sebagai batu loncatan untuk mempromosikan produk dia,” komen Sha Al-Yahya.

Ashraf Helmi pula berkata: “Bg aku, cat pink tu blh trima lg…utk tuko nama pasukan tu mmg level ahmad maslan laaa…team2 barcelona, realmadrid, bayern, man utd pn dpt penaja lg ratus2 juta, xde plk kn tmbh nama pd pasukan..ade kt dgr team samsung tv chelsea fc…..adehhhh….letak iklan kt jersi beso2, blh le trime…..nama kekal je cam bese…”

Adam Amirul pula menegaskan, “Tak berat apa pun syarat tu. Apa ada hal. Org nak taja, nak ambik, tak nak ikut jangan ambik. Tp nama tu sy tak setuju Dato. Sepatutnya jadi Qu Puteh The Pinky Warrior. Haha.”

“Nama pasukan tu ble difikirkan lg biar nampak lebih kesukanan…mcm NS matrix..dengarnye saja wlpn xtau mlsd matrix tu apa..tp masih ble diterima sebagai lambang keutuhan pasukan..

Kalaulah “pamoga qu puteh the red warriors”..xkena la..panjang sgt.berbelit2 nak sebut..xde kesukanan dlm ayat tu…fikir yg lainsikit…simple..xpanjang2..tp nampak sporty..

Lg 1..dah sebut red warriors tp semua nk kaler pink…mcm mana tu? ambil kira la warna bendera kelantan utk lambang pasukan tu…”, komen Fa RedOne panjang lebar.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, optimis mendapatkan sebanyak mungkin tajaan bagi meningkatkan semula prestasi skuad TRW dalam saingan Liga M musim 2016.

Antara penaja yang sedia membantu ialah Vida Beauty Sdn Bhd apabila beliau mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Dr Hasmiza, Sabtu lalu bagi merealisasikan permintaan rakyat Kelantan yang mahu melihat pengeluar produk kecantikan `Qu Puteh’ dan jus Pamoga itu menaja pasukan kesayangan mereka.

Sementara itu bagi pembaca Esya Asyifaq menyifatkan, syarat terutama stadium ditukar kepada warna merah jambu mampu menjadi tarikan pelancongan terbaru di Kelantan. “Stadium warne pink..think positive, lepas nie lebih Ramai yang melancong kat kelantan ,sbb nk tgk stadium lain drpd y lain..bila rmai y dtg ekonomi kt klantan pon mnigkat jgk.”

Namun, Muhd Amran berpendapat stadium berwarna merah jambu agak keterlaluan. “Mungkin Dato boleh boleh letak perhiasan seperti bendera, frame gmbar yg pink shj kot. Klu tukar player pkai jersi pink pon sy x kisah asalkan kne dgn gayanya..tgk kit real Madrid (away) pd musim2 yg lpas.

Nama pon bg sy ok cuma kne singkatkan shj. Dato bukan shj boleh mnyumbang dana kpd pasukan, mlah memberikan supplement kpd players agar lebih sihat & bertenaga”, katanya.

Ada juga merasakan syarat berkenaan sebagai pelik dan tidak masuk akal seperti disuarakan Zulkarnain Hussin:

“Permintaan yg pelik… rasanya KAFA x pyh ikutla… kalu ikut syarat ni mcm gadai jatidiri je…sukan bola x sama dgn hiburan biasa… sukan bola jenis sukan lasak…. xkan satu stadium nk kaler kan warna pink… warna yg sinonim dgn kelembutan..!!! Amat tdk sesuai… x kena pd tempat”.

www.bharian.com.my





Malas lagi nk komen...kena tunggu kenyataan rasmi dari Tan Sri Anuar Musa dulu








PENAJA PERLU IKUT PROSEDUR
“Saya harap mana-mana pihak yang mahu menaja TRW tidak akan membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar. Ini untuk mengelakkan salah faham dan mengganggu rundingan TRW dengan penaja-penaja lain.
  “Sebarang tajaan perlu mengikut prosedur tertentu dan harus ada rundingan secara rasmi. Saya pohon perkara ini dihormati. Dan KAFA tidak mahu isu tajaan menimbulkan salah faham kepada mana-mana pihak.Terima kasih”.
.
PRESIDEN KAFA, TAN SRI ANNUAR MUSA - 1 JANUARI 2016
.


No comments:

Post a Comment