Saturday 23 January 2016

5 impak positif yang Datuk Vida buat dan kau tak nampak!




Tak lelap tidur Jang malam tadi bila Jang ternampak sesuatu yang positif dari ‘peristiwa’ penajaan Datuk Vida bersama Qu Puteh untuk pasukan Kelantan. Jang belek kembali berita-berita yang keluar didada akhbar dan internet tentang Datuk Vida bersama Kelantan. Kemudian Jang bandingkan dengan semua peristiwa-peritiwa peribadi dan hakiki yang kita selalu nampak tapi tak perasan.

Meremang bulu tengkok Jang bila sedar apa yang Datuk Vida buat sebenarnya memberi impak yang sangat kuat kepada bolasepak kita, terutama dalam perjalanan menuju penswastaan dan kerenah birokrasi serta sikap kebanyakan persatuan bola. Mujur Jang ada sebagai pemikir bolasepak negara (tapi bukan aktivis) dan nampak perkara ini. Nak harap kat korang semua, tau nak belasah saja. hmmmm..

Berikut beberapa perkara positif yang Jang nampak (kau tak nampak) dari peristiwa tersebut;

    1.Kesungguhan.

Spirit bersungguh-sungguh yang Datuk Vida tunjukkan sebenarnya jarang-jarang ada pada mana-mana individu bolasepak Malaysia. Ini sungguh-sungguh seorang businesswoman yang kalau kita gabungkan semua kakitangan persatuan bola pun takkan sama dengan kesungguhan Datuk Vida. Bila dia menaja dan keluar duit, kepala dia ligat berfikir dan dalam satu kenyataan akhbar, dia menyebut akan berjuang habis-habisan. Manusia jenis macam ini tak suka jumpa hari cuti, tak cukup 24jam sehari dan sentiasa kedepan dari orang lain. Sekarang dalam tempoh kita menyokong bola, siapa individu yang boleh kita samakan spiritnya dengan Datuk Vida? Siapa individu dalam persatuan sukan bolasepak masing-masing yang ada kesungguhan begini?

2. Main langgar

Datuk Vida dont give a damn tentang red tape, kerenah birokrasi dan surat menyurat amalan biasa kerajaan. Dia main langgar saja. Dia dah taja, dia mahu jersi dia dipakai. Apa? ada syarikat penaja antarabangsa Nike? kau suruh dia blah, bayar atau ‘demo ejah la, kawe nak jugok jersi kawe!” . Kau bayangkan, Nike yang (dikatakan) boleh kawal Ronaldo dan Brazil semasa Piala Dunia dulu pun Datuk Vida sapu selamba. Kalau Nuor Muso, tentu nak menshorat bagai semua. Nak tunggu dia balik dari office MARA Kuala Lumpur lagi dan hari pun malam. Datuk Vida tidak, dia terus arahkan designer buat jersi 8 bintang kain 50/50. Nike pun takda woi jersi 8 bintang!

“Process improvement is an aspect of organizational development (OD) in which a series of actions are taken by a process owner to identify, analyze and improve existing business processes within an organization to meet new goals and objectives, such as increasing profits and performance, reducing costs and accelerating..”

Main langgar ni jimatkan masa beratus jam kau tau? Kau daftar syarikat di SSM, berapa jam umur kau habiskan menunggu dia siap? dan jangan sampai Jang buka cerita Blue Ocean Strategy, mengalir airmata kau nanti.

Jang tanya lagi, siapa individu dalam persatuan sukan bolasepak masing-masing yang main langgar nak cepat begini?

3. Serius

Kau keluar 16 ringgit bila bayar makan tengahari pun muka kau dah serius dah…dah ambik gambar resit dan upload ke facebook. Jadi bila Datuk Vida keluarkan RM16 juta untuk lihat pemain dari bangku simpanan, itu bermaksud dia serius dan dia demand benda yang sama atau komitmen yang sama dari keseluruhan pasukan. Jang lihat ini sebagai satu benda yang Jang impikan dalam penswastaan dan penajaan.

“Nate mu! kawe keluar pitih banyok demo main serupo setan!” jerit Datuk Vida ke telinga pemain dibilik persalinan. Kau ingat pemain goyang tak? Gerenti semua main serupa Roy Keane lepas tu.

Ini bagus! Siapa tak turun training atau lambat sampai, kene jeling dengan Datuk. Lama-lama disiplin akan terbentuk dengan sendirinya. Kau tau la disiplin ni bukan senang nak disemai dalam jiwa pemain kita. Penaja sentiasa mahu imej, disiplin dan komitmen dari organisasi yang ditajanya sentiasa terbaik. Kalau kita lihat diluar negara, ada pemain buat statement rasis ditwitter (contoh) penaja dah tarik penajaan mereka. Banyak kes begini berlaku, kau cari la sikit di internet, jangan semua benda Jang nak suap.

Tanya balik, siapa individu dalam persatuan sukan bolasepak masing-masing yang begitu serius macam ni?

4. Kenegerian

Datuk Vida taja pasukan negeri dia sendiri. Dia tidak beli kelab luar atau taja sukan orang luar yang langsung kita tidak merasa nikmatnya. Ada satu syarikat kerepek kentang yang beroperasi di Melaka tapi taja pasukan Manchester United. Ada satu pemaju hartanah bertaraf billionaire tapi beli kelab di UK dan banyak lagi syarikat yang mencari makan dengan rakyat Malaysia tapi memberi nikmat kepada orang luar.

Sudah tentu tujuan penajaan adalah sama diantara semua syarikat ini tetapi mana yang lebih dekat dan dapat dirasai sendiri oleh penggunanya? Tak payah Jang ulas panjang lebar bab kenegerian ini terutama yang melibatkan rakyat Kelantan.

5. Pencetus Ummah

Bila Datuk Vida dan Qu Puteh berjaya mengGegarVaganzakan scene bola Malaysia, sekonyong-konyong ramai pulak orang kaya kita nak jadi penaja bola. Tiba-tiba keluar Ramly Burger dengan Perak, DHerbs dengan Selangor, L’oreal dengan Negeri Sembilan, Cencalok art art dengan Melaka United. Ewah ewah ewahhhhhh! selama ni mana kau pergi? Mereka ada cuma musim jadi penaja ni tak sampai lagi.

Datuk Vida adalah trendsetter! Menjelang penswastaan sepenuhnya pada tahun 2018 nanti baru kita nampak apa yang Datuk Vida buat sekarang adalah perkara asas dalam penubuhan kelab bola, iaitu duit dan penaja (selain dari 4 perkara asas perlesenan yang wajib)

Sekarang buat soalan sendiri perkara penajaan dan penswastaan ini dalam persatuan bolasepak masing-masing.

Oklah, ada banyak lagi point sebenarnya tapi sengaja Jang tak keluarkan semua. Jang simpan sedikit untuk kau sendiri lihat dan fikir. Ultrajang sentiasa menyokong mana-mana individu atau organisasi yang merancakkan dan memajukan bolasepak tempatan. Perlu diingat! Jang masih berpegang kepada falsafah, tradisi dan maruah bolasepak tetapi jika ianya ada sedikit positif, kita kene ambil dan jadikan tauladan. hmmm

#BolasepakKitaWajahKita

sumber dari:-www.ultrajang.com

 bermula dengan stadium dan hari ini dr vida turun sendiri ke stadium dan memeriksa sendiri tandas dan semua aspek stadium..jarang perkara ini berlaku bukan dari kafa malah dari FAM pun tidak periksa sedetail dr vida.dari dulu lagi keadaan stadium kita memang macam tu.Saya pun setuju apa yg di buat oleh Dr Vida dan dari Ultrakijang .

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment