Tuesday 19 January 2016

NILAI TAJAAN PQP TRW BERNILAI 19 RMJUTA




KUALA LUMPUR: Segala teka-teki mengenai tajaan produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sudah terungkai secara rasminya.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa secara rasmi mengesahkan pasukan Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW).
Secara rasminya Vida Beauty Berhad menaja sebanyak RM16 Juta dan Tajaan dari Syarikat kontraktor binaan Chengal Jati Sdn. Bhd. sebanyak RM3 juta.
Satu jawatankuasa terdiri dari 7 individu dilantik untuk memegang amanah menjaga (Akaun Khas Penajaan termasuk dari Pamoga Qu Puteh) dan menandatangi (dokumen) wang keluar.
Tujuh pihak Tersebut Dato’ Seri Vida sendiri (Vida Beauty), Dato Ir. Shaari (Chengal Jati), Dato’ M.Nasir Hamzah, Datuk Haji Rosmadi, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Presiden Kelab Penyokong Rasmi dan Presiden Kelab Penyokong Siber.
Tan Sri Annuar Musa berharap pemain Kelantan perlu bertanggungjawab dengan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa cemerlang.
MARA juga akan bekerjasama dengan Datuk Seri Vida untuk membangunkan pasukan bola sepak Kelantan ujarnya.
Beliau juga mahu pemain import yang dipilih perlu berkualiti dan perbelanjaan kira-kira RM1 Juta bagi seorang pemain, setahun.
Datuk Seri Vida minta KAFA adakan satu perlawanan persahabatan menentang JDT sebelum liga bermula.
“Kalau friendly match PQP-TRW vs JDT menjadi kenyataan, PQP-TRW akan offer kepada TV Station untuk menyiarkannya!” ujar Tan Sri Annuar Musa.
‘Saya sendiri minat bola, sayang Kelantan dan akan fikirkan cara menjana wang untuk pasukan’ ujar beliau.
Datuk Seri Vida juga mengalu-alukan penyertaaan mana-mana industri komestik lain untuk menaja mana- mana pasukan bola sepak.

Sumber dari :mykelate.net

Alhamdulilah atas usaha berterusan kita dapat juga nilai untuk sponser.bagi kawe siapa sahaja nk sponser dan nk tukar ikut warna koprat mereka tidak menjadi masalah sekurang-kurangnya dia bagi duit.dan ikut je lah apa yg dia nak.

Antara pemain yang hadir untuk sesi mengumumkan sponsership PQPTRW


 budget KAFA adalah RM 16 juta untuk run operasi bolasepak tetapi kini dengan pelancaran KAFA sudah lebih RM4 juta.apa yng mereka perlu buat untuk lebihan tajaan ini dengan Chengal Jati juga turut menaja RM3 juta.

 apa pun kami di pihak penyokong tidak lah mengharapkan apa-2 cuma menaikkan kembali imej bolasepak Kelantan di peringkat Asia atau lebih tinggi dari itu.Kelantan kena keluar dari lingkungan Piala yang ada di Malaysia ini atau lebih tepat merangkul semua piala kerana tajaan sudah melebihi dan kini tanggungjawab pemain dan jurulatih untuk merealisasikan harapan pengurusan, penaja ,penyokong dan peminat.Apa apa pun..........

GO FOR MORE!!!!!!!!!! 

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment