Tuesday 19 January 2016

DR VIDA TETAP DENGAN PENDIRIAN

DR VIDA


DATUK Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida menganggap jati diri pemain Kelantan tidak berubah meskipun pasukan itu bakal tampil dengan kelainan, apabila menggunakan jersi baharu berwarna merah jambu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, turut mempertahankan tindakannya menukar warna tradisi bukanlah bertujuan untuk merosakkan identiti pasukan yang sinonim dengan gelaran Pahlawan Merah itu.
“Warna hanya terletak pada jersi sahaja dan percayalah, jati diri pasukan Kelantan tidak akan berubah. Yang berubah adalah warnanya, yang (perkara) lain kekal seperti sedia kala.
“Pemain yang berada di padang tetap akan berjuang atas nama Kelantan dan semua orang tahu pemain sentiasa bermain kerana semangat dan maruah negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pengasas Vida Beauty itu memberitahu, tidak ada salahnya pasukan Kelantan memakai jersi berwarna merah jambu kerana kelab terbaik dunia seperti Real Madrid juga menggunakan warna yang sama.
Menurutnya, beliau percaya skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors akan tampil menjadi pasukan yang disegani untuk mencabar kejuaraan pada musim memandangkan warna merah jambu memiliki aura tersendiri.
“Orang mungkin cakap warna merah jambu ini lembut, tetapi kita kena ingat dalam lembut itu ada kekuatan tersembunyi. Itu yang saya cuba transformasikan untuk pasukan Kelantan pada musim ini,” katanya.

www.sinarharian.com.my      

Kelantan dah daftarkan warna merah sebagai warna jersi bagi tahun tahun 2016 untuk home jersi yang mendapat tajaan dari Nike dan warna putih dan biru bagi away jersi dan warna pink untuk 2nd home jersi.habis macam mana ni?kita ikut apa kata kapten marbel..PIYA:

                                      
HARAP TIMBANG CADANGAN WARNA JERSI





JENERAL padang Kelantan, Mohd Badhri Radzi berharap pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman menimbang semula cadangan menggunakan warna merah jambu pada jersi rasmi skuad sepanjang  Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Bagi Kapten Kelantan itu, dia mengakui merah merupakan warna tradisi skuad tersebut dan ia cukup sinonim dengan penampilan skuad pantai timur itu sejak berpuluh tahun lalu.
Bukan itu sahaja, pemain dikenali dengan panggilan Piya itu memberitahu, warna merah melambangkan semangat kental Kelantan selain menghadirkan rasa gerun kepada pasukan lawan.
“Sejujurnya, kami tidak kisah pun kalau penaja mahu meneruskan hasrat menggunakan jersi berwarna merah jambu. Tetapi kalau bolehlah warna merah kena ada juga pada jersi utama itu nanti.
“Kalau kita gabungkan warna merah dengan merah jambu pun rasanya okay juga. Secara peribadi, saya rasa mungkin ini idea yang baik, namun sebagai pemain kami akan tetap mengikut arahan pihak pengurusan,” katanya.
Akhbar ini semalam melaporkan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi entri laman sosialnya menjelaskan, pasukan itu akan kekal menggunakan jersi rasmi berwarna merah ketika beraksi di gelanggang sendiri.
Bagaimanapun, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida dilaporkan media tempatan, menegaskan mahu memastikan warna merah jambu dan putih menjadi warna utama jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

www.sinarharian.com.my

Ermmm panas jugak ni ....selesaikan dengan cara baik dengan berjumpa dan berbncang dan buatlah keputusan terbaik.

GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!!

GOMO KLATE GOMO !!!!!!!!!!!!!!!!! 




                                                  

No comments:

Post a Comment