Tuesday 19 January 2016

DR VIDA-“biar saya tiup wisel”


ANUAR (duduk, tiga dari kanan), Datuk Vida dan barisan penaja bersama sebahagian pemain Kelantan selepas Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan Pasukan Liga Super Kelantan musim 2016 di Medan Mara.



Kuala Lumpur: “Kita nak tunggu perlawanan sebenar, lambat lagi. Apa kata kita uji Pamoga Qu Puteh TRW (The Red Warriors) sebelum bermula musim 2016 dengan Johor DT (Johor Darul Ta’zim).”
Itu cabaran dilontarkan Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada juara Piala AFC itu.
Dr Hasmiza atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida memilih skuad Harimau Selatan itu kerana baginya pasukan itu antara yang terkuat di Malaysia dan mahu perlawanan berkenaan dijadikan aksi pemanas badan terbaik sebelum bermulanya saingan Liga Super pada 13 Februari depan.
“Kalau boleh saya berhasrat mahu pasukan (Kelantan) berlawan dengan Johor DT dalam perlawanan persahabatan, saya yakin skuad Pamoga Qu Puteh TRW mampu bersaing.
“Saya nak lihat macam mana prestasi pemain, tak sabar dah ni. Kalau boleh biar saya tiup wisel masa lawan Johor DT nanti,” katanya pada Majlis Memeterai Perjanjian Penajaan di Kuala Lumpur, semalam.
Bagi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, hasrat pengeluar produk kosmetik terkenal Qu Puteh itu juga adalah kehendak peminat yang mahu menyaksikan pertemuan dua pasukan paling kreatif dalam liga tempatan sekali gus menguji barisan pemain masing-masing.
Menurutnya, beliau akan cuba sembah maklum kepada pemilik kelab Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam masa terdekat ini dan yakin ia mampu dilaksanakan.
“Tidak mustahil sebelum mula musim baru kita pertemukan kedua-dua pasukan demi permintaan penyokong. Terpulang kepada TMJ, namun saya percaya baginda seorang yang begitu teruja dengan idea untuk memajukan industri bola sepak.
“Kami mengagumi usaha dilakukannya yang kini sudah menampakkan hasil. Kami harap apa yang dilakukan kita dan Johor DT akan turut dibuat pasukan lain,” katanya.
Dalam majlis itu, usahawan kosmetik terkenal itu bersetuju menaja sejumlah RM16 juta selama dua musim, di samping meletakkan 35 syarat kepada KAFA. Syarat utamanya harus mengecat keseluruhan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.
Kata Annuar, menerusi penajaan itu Kelantan akan muncul antara pencabar utama kejuaraan selepas ‎melalui detik mengecewakan sepanjang musim lalu.


www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment