Friday 29 June 2012

Kelantan Yakin Pintas Lions XII

Hodak terkilan gagal raih tiga mata, terlalu beri ruang pemain Terengganu bangkit
KOTA BHARU – Usaha The Red Warriors untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super bukanlah merupakan satu tugas mudah dan ia kembali diwarnai dengan pelbagai rintangan sebaik sahaja aksi liga bersambung 16 Jun lalu.
Setelah mempamerkan aksi hambar dalam tiga perlawanan lalu,  Kelantan yang bangkit mempamerkan prestasi cemerlang walaubagaimana pun sekali dihampakan setelah diikat keputusan seri 2-2 oleh Terengganu di Kuala Terengganu malam kelmarin.
Pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak walaubagaimana pun tidak menganggap keputusan seri itu menyempitkan laluan pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu.
“Satu mata ini lebih penting daripada kita menanggung kekalahan. Kita masih ada tiga perlawanan dalam tangan dan saya sentiasa positif kita mampu memintas Lions XII seterusnya mempertahankan kejuaraan,” katanya kepada pemberita sejurus perlawanan berakhir.

“Menentang Selangor (malam esok) merupakan satu lagi pertemuan yang cukup sengit. Kita akan kembali fokus untuk meraih tiga mata di Kota Bharu. Ia pasti perlawanan yang ditunggu-tunggu dan saya fikir kita mampu mengatasi mereka.
Dalam pertembungan dua negeri berjiran malam semalam, Kelantan tampil garang mendahului 2-0 menerusi jaringan Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Badhri Radzi dalam tempoh 20 minit awal babak pertama berlangsung.
Namun Terengganu berjaya merapatkan jurang menerusi Abdul Hadi Yahaya di penghujung babak pertama sebelum tandukan Mohamad Muslim Ahmad dalam babak kedua memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam perlawanan tersebut.
Mengulas mengenai keputusan seri 2-2 dalam perlawanan tersebut,  Hodak jelas kecewa setelah barisan pemainnya gagal membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu.
“Kita menguasai perlawanan dan mendahului 2-0 pada suatu ketika. Namun ia berakhir begitu sahaja. Mereka cepat berpuas hati dengan jaringan tersebut dan seakan mahu menamatkan perlawanan lebih awal.
“Akibatnya ketika memberi ruang yang luas kepada pemain Terengganu untuk bangkit menjaringkan gol. Selepas terikat 2-2 barulah kita kembali menguasai perlawanan dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
“Ketika di dalam bilik persalinan (masa rehat babak pertama) saya beritahu kepada pemain untuk mereka berusaha memburu gol ketiga. Namun itu tidak berlaku. Apa pun, keputusan seri ini saya fikir adil untuk kedua-dua pasukan,” katanya.

Petikan dari Klate.Net
 Jangan salahkan Coach,sekarang ni pemain Kelantan perlu tahu yang mereka berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super tetapi pemain perlu dengar apa yang Coach katakan dan apa yang dia nampak untuk kepentingan pasukan.Kawe harap tidak ada masalah dalaman yang boleh membuatkan pemian hilang semangat juang.Come on worriors!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! wake up!!!!!!!!!!!!!!
If you want to be a winner,your should play like a Winner...Come on WORRIORS!!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment