Wednesday 6 June 2012

The 13th Worriors bergaya

Lama dah tak dengar cereta pasal 13th worriors ni kan.Pada tahun ni Kelantan dah juara Piala Fa tetapi sayangnya kawe tidak berkesempatan nak membawa ijat ke SNBJ.Kebetulan Abah kawe tak nak ikut,so tak jadi nak bawak ijat ke sana.Tapi tak pa lah kalau ada kesempatan lain nanti kawe akan bawa dia Insyaallah.Walaupun dia begitu semangat untuk kalau dah sebut pasal bola Kelantan.GOMO KLATE GOMO!!!.
Pada 1 jun 2012 sempena pameran Piala FA di Tesco kb kakak-kakaknya telah membawanya ijat ke sana.Makan kat KFC.di mana skuad Kelantan akan makan kat situ.Mereka melambatkan makan mereka untuk menunggu skuad Kelantan tiba.
Ijat makan bersama Nazli.Abang ipar Ijat dan adik Ipar kawe.Nazli pun dah sain kontrak dengan Penyokong Kelantan.masa Final pun dia pergi tapi tak sempat nak jumpa kawe sebab dia sewa hotel kat Chow Kit manakala kawe kat area Ampang.Dia berasal dari Felda Bera 1 tau.

Inilah kakaknya yang membawa ijat ke sana.B dan seorang lagi kakaknya Syila.Kebetulan masa dia orang balik kampung untuk perkahwinan sepupu kami.Mana kakaknya dapat info kawe pun tak pasti.


Kakaknya menceritakan bila bas skuad Kelantan sampai sahaja Ijat begitu teruja siap panggil nama Mat Yo tapi 5 players Kelantan menyertai skuad Kebangsaan.Mat Yo,Apek,Subra,Chanturu dan Rizal Fahmi.Ijat nak bergambar dengan Piya.Dia memang meminati Piya sampai pernah cuba untuk membuat rambut seperti Piya tapi kelemumur banyak sangat jadi terpaksa lah gunting rambut dia.Tapi satu sifat seorang Kapten yang kawe puji.Walaupun  Coach 3x panggil Piya tapi sebab Ijat nak bergambar Piya meluangkan masa juga untuk 13th Worriors ni.Terima kasih Piya kerana memberi ruang dan waktu bagi peminat kecil ni.Kawe memang salut Kapten Kelantan ni.


Tengoklah sendiri reaksi Ijat siap pegang bahu Piya.Dia begitu seronok kerana dapat bergambar dengan Piya dan dia begitu meminati Piya.Tapi nasib baik kawe tak ada di situ jika tidak kawe buat lari Piya dan bergambar sepuasnya.Tak pe lah Piya Insyaallah kita akan berjumpa juga pula nanti.

Ijat juga sempat bergambar dengan Ramzul.Terima kasih Ramzul kerana sudi bergambar dengan adik kawe.So friendly dan Ijat macam biasalah posing maut punya.Dia juga bergambar dengan Awe.Tapi muka Awe macam kelakar je kan.

Ijat siap cakap GOMO KLATE GOMO !!! tu.Awe siap layan lagi.Terima kasih Awe kerana layan adik kawe tu.Dia memang suka pegang bahu kan.Bagi dia semua kawan dia.Ijat juga sempat bergambar dengan Indra Putra Mahyuddin.Terima kasih banyak-2 Indra kerna sudi melayan karenah adik kawe.

Apa yang best tu.Pastinya Ijat gembira sangat bergambar dengan pemain- pemain Kelantan tapi sayangnya Apek dan Matyo tidak turut serta.Mat Yo adalah terget Ijat di masa depan nanti.Insyaallah kalau berkesempatan dan ada ruang pasti akan ada gambarnya nanti.Terima kasih juga kepada Shahrul Azim kerana sudi bergambar dengan Ijat.

Bestnya kalau kawe dapat bersama Ijat kan boleh tumpang Ijat.Tapi tak pe lah Ijat nanti kita pergi bersama ye.Nanti kita bergambar banyak-banyak.
Dalam banyak gambar yang di ambil kawe tertarik dengan gambar ni.Nak tahu kenapa? sebab Shahrizan Ismail adalah satu bech dengan kawe masa dulu.Ore panggil dia Mat Shah dan ada seorang lagi arwah kamaruzaman.Teringat masa main bersama mereka dulu.Cuma ramai-ramai yang pernah bersama Mat Shah je yang nampaknya boleh pergi jauh.
Ni masa kawe jumpa Piya semasa majlis kenduri di rumah member Wife kawe.Kena kepit Piya dengan kita orang.Apa Pun bila dapat bergambar dengan Piya.Rasa dah bergambar dengan semua Pemain Kelantan.Rupanya gambar juga pentingkan buat kenangan bersama.Apa pun Terima kasih semuanya kerana bagi peluang kepada adik kawe untuk bergambar dengan mereka,Sikap dan Cara pemain Kelantan yang friendly dan mudah mesra membuatkan ramai mudah menghampiri mereka.Teruskan dengan cara yang mesra kerana di Kelantan Pemain bolasepak lebih Famous berbanding artis.Ada jumpa di tempat lain.Confirm 100% tak ada,hanya di Kelantan.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment