Wednesday 13 June 2012

ANAK SAUDARA DATANG RUMAH

Pada 11 jun 2012 adik ipar kawe sampai ke rumah dari Segamat,Johor Bharu.Sampai di rumah kawe jam 6 petang.Tapi kawe kerja malam pulak.Tapi sempat juga bermain dengan dia.Namanya Fazana Irsalina ( entah betul ke tak ejaannya).Maksudnya kawe pun tak tahu.Cute baby ni kan.Kulitnya putuh tapi rambut dan keningnya lambat tumbuh.Dia suka sangat menjeling.Jelingannya cukup tajam tetapi kalau kita geletik dia pasti dia kan senyum.
Dia akan panggil kawe Pok Long dan Wife kawe Mok Long.Dah naik pangkat lah kami kan.Cuma kami belum ada anak lagi,masih belum ada rezeki.Baby ni kuat juga kentut padahal dah berak.Tapi rasanya Baby ni akan aktif sangat-2 sebab tangan dan kakinya selalu bergerak-gerak.Mak dan ayanya standby je lah kan.

Tengoklah dia semasa tidur.nyenyaknya kan.Kawe suka sangat cubit pipi dan hudung dia.Tapi masa dia senyum yang tak tahannya tu.Senyuman menggoda.Wife kawe pu suka angkat dan layan dia,Muka ada seiras tu dengan anak saudara.


Sedapnya dia tidur atas mak long dia.Kawe memang nak angkat juga tapi tengkok dia lembik lagi.Risau jugak kan dengan baby ni.Tapi kawe tak angkat lah cuma masa nak balik keesokkan harinya adik ipar kawe bagi jugak kat kawe.Masa dukung dia,mulanya o.k tapi dah lama sikit dia nangis je.Rupanya dia lapar.Tapi bila bapanya bagi susu botol dia macam tak nak minum.Tapi di paksa juga oleh bapanya.Menangis kuat dia sampai terisak-isak.Kesian pula kawe tengok.Tapi dia tengah di ajar untuk minum susu botol.Sebab maknya mengajar dan bapanya pula bekerja di segamat.Mak dia mangajar sampai petang,Maklumlah cikgu sekarang ni banyak sangat kerja.Bapanya nak bertukar belum dapat lagi.


Masa bermain dengan dia sebelum balik.Sempat kawe selawat dan doakan anak ini semoga dia akan menjadi anak solehan,bijak dan hormat orang tua..Insyaallah.Semoga selamat menjalani kehidupan dan jadilah Insan yang berguna kepada Ibu-bapa,bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment