Saturday 9 June 2012

BERAT BADAN SUDAH MULA MENURUN

Alhamdullilah,Berkat kesungguhan Allah memberikan peluang semasa hidup.Tiada sesiapa boleh mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri.Mungkin Ayat ini boleh di katakan tepat untuk diri kawe.Sebelum memiliki basikal kawe hanya banyak relax dan kuat berjaga malam.Kini dengan mempunyai agenda tersendiri untuk kawe hapuskan Obesiti dan mencapai berat badan idea paling kurang 3 bulan.Kawe kalau tiada aktiviti lain di pagi dan petang,kawe akan mengayuh sendirian.Kawe masih baru berkayuh ni dan masih dalam tempoh percubaan.Hari demi hari kawe mula bertanyakan hal-hal tentang basikal.Samaada rakan atau laman web.
Gambar ini agak ble kan.Gambar ini di ambil pada pagi 6 Jun 2012 oleh jurugambar professional kawe iaitu Wife kawe.Mungkin cahaya dari luar yang membuatkan gambar jadi begini.Semasa ini tengah bersiap untuk keluar berkayuh.Aktiviti kawe kalau waktu berkerja malam dan Off mesti nak berkayuh.Semenjak berkayuh basikal ni kawe masih belum turun ke Astaka atau Ter untuk Bowling.Bukan tak nak main Bowling lagi tapi nak fokus kepada Basikal dulu.Lagipun kawe hanya terlibat dalam pengurusan dan setakat hari ini masih belum ada even yang besar bagi kawe.
Dulu semasa pakai basikal Lerun senang je rasanya dah siap ada tongkat tapi stail zaman melinium ni pakai stand.Hari ini hari keempat kawe berkayuh.Tapi memang semenjak ada meter ini senang nak maintain kayuhan dan mudah untuk tahu jarak dan kelajuan kita.Buat sementara ni kawe hanya bermain di jalan raya dan belum ada masa yang sesuai untuk mencuba di Forest.Tak pa lah,yang tu kemudianlah kan.
Macam ada perkara yang tertinggal je.Apa yer? Berat badan kawe sebelum berkayuh ni adalah 103kg.Tapi selepas 4 hari kayuhan berat badan kawe dah turun sekilo kepada 102.7kg.Kawe kena lebihkan lagi usaha.Sekarang kalau ada masa free akan berkayuh pagi dan petang tapi kalau tidak sepagi atau sepetang.Kawe tanamkan azam untuk menurunkan berat badan kawe kepada 74kg bagi mencapai BMI standard 19-25.Dan keberatan idea kawe antara 56-74kg.Satu bebanan yang perlu kawe selaraskan miungkin dalam masa 3-6 bulan.
Alamak masih nampaklah perut,cover sikit.memang nampak sangat berat badan kawe ni kan.Dulu semasa recuit berat kawe 76kg.Tapi lepas kahwin berat badan makin naik bukan sebab apa.Sebab makan je kerjanya sebab wife masak sedap.perut lapar je memanjang.sekarang kawe hanya makan kueh 2/3 jenis kueh dan tengah hari makan nasik 2 senduk dan malam kawe makan pada jam 6.30ptg.
Get ready...1..2..3..and GO!!!!!!! ermm bukan senangkan nak turunkan berat badan perlu ada motivasi yang tinggi walaupun tidak ada orang yang menyokong kita selalu tapi kita kena pastikan mentak kita sentiasa positif untuk diri sendiri dan kesihatan.Wife kawe pun sudah mula risau akan berat badannya.Apa yang perlu kawe bagi pun masih dalam kajian.Sebab dia bukan jenis yang suka exercise.Masa sekolah dulu pun tak bersukan.Apa perkara yang memudahkan dan membantu dia.
 Kasut Puma ini kawe gunakan untuk berbasikal tapi sebenarnya kawe beli kasut ni time ada sales kat Arena Sport Kuala Terengganu.Harga Sales RM99.Harga sebenar tak tahu lahh plakk kan.Kawe sebenarnya ada ambil pil darah tinggi.tapi last check blood preasure 140/99 tu pun pada 23.05.2012.Hari Ahad ni kot boleh pergi check balik.Semoga segala usaha mendapat pulangan yang menyihatkan.Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment