Sunday 10 June 2012

Kelantan Menang Tempur ATM

Kelantan menang 4-1 keatas ATM malam tadi melalui hasil jaringan Norfarhan pada minit ke-10, Venice Elphie dari ATM menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 29 dan Khairul Izuan Rosli menjadikan kedudukan 2-1 sebelum tamat separuh masa pertama pada minit 43.
Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung Ramzul Zahini membedil gol ketiga Kelantan pada minit ke 49, Azlan Ismail "The Sharpshooter" yang sudah lama tidak membedil menambah gol Kelantan pada minit ke 92 menjadikan keputusan muktamad perlawanan ini 4-1.
Kemenangan ini bakal membuka peluang kepada pemain Kelantan yang beraksi malam tadi untuk dijadikan pilihan utama kesebelasan Kelantan selepas ini. Meskipun perlawanan ini hanyalah perlawanan persahabatan, perlawanan ini berjaya menarik tumpuan ribuan peminat bolasepak Kelantan. Tahniah. Gomo Kelate Gomo.


Petikan dari Laman Web KAFA
  Alhamdullilah,hilang debar kawe.Kebanyakkan pemain utama Kelantan menyertai Harimau Melaya dan kemenangan malam ini dengan ATM membuktikan pemain-pemain lain juga mampu untuk bertindak dan bermain baik walaupun tanpa Pemain utama kita.Rasanya perlawanan ini juga belum di sertai dengan Keita Manjou.Mungkin ada masalah lain kot,sampai sekarang masih belum dapat tahu status pemain import baru Kelantan ni.Kawe akan cuba dapatkan nfo secepat mungkin.Apa pun ....kita memang pasukan juara kerana sesiapa sahaja yang di turunkan boleh menjalankan tanggung jawab sebagai Worriors Kelantan.Khairul Izwan Rosli muncul sebagai pemain yang perlu di gilap untuk masa depan Kelantan.GO FOR MORE!!!!!

No comments:

Post a Comment