Friday 29 June 2012

Pertandingan Bowling MASKAB 2012 siri ke 6

Alhamdulillah akhirnya Bomba Terengganu Muncul Juara juga.Rezeki Allah.Pada 23 Jun 2012 pertandingan ini di adakan di Johor Bharu.Di Pelangi Bowl.Kami ke sana tanpa kapten pasukan Mustaffa yang terpilih untuk kejohanan Maksak di Melaka.Pertandingan ini di awalkan seminggu dan sepatutunya berlansung pada 30 jun 2012 tetapi di awalkan.
 Kami bertolak pada 21 jun dan tinggal di Nilai satu malam dan keesokkan harinya baru bertolak ke JB.Sampai di Jb kita orang check in dulu di 11@ Century.Biliknya o.k jugak lah tapi sempit sedikit.Kami rehat sekejap dan selepas itu terus ke Pelangi bowl di leasure Mall.Bagi kawe,lane ni memang sedap untuk pemain simple hook.kawe pun boleh score dalam 199 dengan bola power VIVID kawe.Harap juga lah sebagai coach pasukan.Pasukan kawe boleh perform tanpa tekanan.


Dengan Bismillahirahmanirrahim,kami memulakan pertandingan dengan pasukan kami di wakilli oleh 3 Trio baru.Tuan Wan Syariman,Zurina dan Zairi.Mereka bermain baik pada game pertama walaupun Tuan Syariman bermain hanya 147 pada game yang pertama tetapi di bantu oleh Zurina dan Zairi mereka masih lagi bermain 500 ke atas jatuhan pin.Dan kalau boleh maintain score 500 jatuhan pin ke atas dalam 4 game ni maknanya adalah no.Masuk sahaja game ke 4 mereka membuat score seperti yang di rancangkan.Dan akhirnya setelah di totalkan mereka membuat 2056 jatuhan pin.Mereka berjaya mengatasi psukan lain yang ada.Kami bersyukur atas rezeki Allah dan berterima kasih atas team yang bermain baik.Tahniah di ucapkan kepada mereka.

Inilah dia keputusan penuh pertandingan trio di JB.Kami mendapat RM1,500 sebagai johan dan dalam acara perseorangan pegawai kanan Tuan Syariman mengalami kemerosotan dalam acara ini mungkin sebab dah penat bermain atau dia tak jumpa spot yang baik untuk bolanya.
GO TURTLE BOWL GO!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment