Friday 29 June 2012

Red Warriors Pulang Hampa

TERENGGANU 2
Abdul Hadi Yahaya (m-40)
Mohamad Muslim Ahmad (m-50)
KELANTAN 2
Mohd Norfarhan Muhammad (m-6)
Mohd Badhri Radzi (m-20)
KUALA TERENGGANU – The Red Warriors gagal membawa pulang tiga mata  setelah terikat seri 2-2 dengan Terengganu dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Meski pun selesa mendahului 2-0 pada suatu ketika namun Kelantan gagal mempertahankan kelebihan tersebut apabila membenarkan Terengganu bangkit menyamakan kedudukan untuk memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam pertemuan sengit negeri berjiran itu.
Keputusan seri tersebut menyaksikan Kelantan meraih 48 mata, dua mata di belakang pendahulu liga, Lions XII yang masih kekal dengan 50 mata setelah tidak beraksi dalam saingan liga malam tadi.
Kelantan yang melakukan sepak mula berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit keenam perlawanan.
Kelekaan benteng pertahanan pasukan tuan rumah mengundang padah apabila Mohd Norfarhan Muhammad memanfaatkan umpanan Mohammad Ghaddar dengan merembat kencang melepasi jangkuan penjaga gol, Mohd Sharmiza Yusoff.
Norshahrul Idlan Talaha hampir menggandakan jaringan untuk Kelantan pada m-15 perlawanan namun rembatannya hanya melintasi pintu gol Terengganu meski pun Mohd Sharmiza sudah tertewas di posisinya.
Pasukan tuan rumah yang tersentak dengan jaringan awal Kelantan walaubagaimana pun kembali melancarkan serangan namun rembatan kencang Abdul Manaf Mamat hasil umpanan Francis Forkey Doe ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat dua minit kemudian.
Namun gawang gol Terengganu bolos buat kali kedua lima minit kemudian. Sepakan percuma lencong oleh Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi terus menerjah jaring gagal diselamatkan Mohd Sharmiza.
Anak buah Bojan Hodak terus mengganas untuk menambahkan jaringan kali ini menerusi gerakan solo Mohammad Ghaddar memperdayakan bek kanan Terengganu, Mazlizam Mohamad namun hantaran lintangnya gagal disambar rakan sepasukan lain pada m-24 perlawanan.
Ketinggalan 0-2 tidak mematahkan semangat anak buah Peter Butler untuk memberi saingan kepada Kelantan. Hasilnya dua peluang terbaik dimiliki mereka dalam tempoh lima minit namun rembatan Mohamad Ashari Samsuddin pada m-27 dan tandukkan Abdul Manaf pada m-32 perlawanan tersasar daripada pintu gol Kelantan.
Malah kalau tidak kerana ketangkasan Khairul Fahmi di pintu gol Kelantan, sudah pasti percubaan Abdul Manaf seminit kemudian menghasilkan jaringan untuk pasukannya. Rembatan kencangnya dari luar kotak penalti ditepis keluar penjaga gol kebangsaan itu.
Namun usaha keras Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila penyerangnya, Abdul Hadi Yahaya memanfaatkan situasi kelam-kabut hasil di depan pintu gol Kelantan dengan menolak masuk menewaskan Khairul Fahmi untuk gol pertama mereka pada m-40 perlawanan.
Pasukan tuan rumah bermula garang sebaik sahaja babak kedua bersambung. Hasilnya mereka tidak perlu menunggu terlalu lama apabila menyamakan kedudukan pada m-50 perlawanan.
Bekas pemain Harimau Muda, Mohamad Muslim Ahmad menjadi inspirasi kebangkitan skuad Peteh apabila melonjak tinggi untuk menanduk masuk menewaskan Khairul Fahmi berpunca sepakan percuma Ismail Faruqi Asha’ri di sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Ternyata gol penyamaan tersebut berjaya menyemarakkan semangat juang pemain Terengganu yang beraksi di hadapan hampir 8,000 penyokong setia mereka itu. Ini terbukti apabila percubaan jauh Ismail Faruqi hampir menewaskan Khairul Fahmi dua minit kemudian.
Asakan bertali arus pemain tuan rumah ternyata memberikan tekanan kepada Kelantan yang seakan terdesak untuk menjarakkan kedudukan. Satu-satunya peluang terbaik The Red Warriors hadir pada m-66 perlawanan namun tampanan Indra Putra Mahayuddin berjaya diselamatkan penjaga gol Terengganu.
Pintu gol Kelantan cemas kembali tiga minit kemudian apabila sepakan penjuru oleh Ismail Faruqi membuka ruang kepada rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol namun Khairul Fahmi sempat menumbuk keluar bola tersebut.
Ancaman Terengganu hadir lagi pada m-77 namun gerakan solo pemain gantian, Joseph Kalang Tie pula tersasar jauh sementara sepakan percuma Mohamad Ashari pada m-82 perlawanan terus ke dakapan Khairul Fahmi.
Rembatan kencang Mohamad Ashari yang tersasar jauh daripada pintu gol Kelantan di penghujung perlawanan menutup tirai aksi kedua-dua pasukan untuk sekadar berpuas hati berkongsi mata dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
TERENGGANU : Mohd Sharmiza Yusoff, Mazlizam Mohamad, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad (KP), Mohd Muhaimin Omar (Hasmizan Kamarodin), Ismail Faruqi Asha’ri (Joseph Kalang Tie), Erison da Silva Santos Carnietto Baiano, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya dan Francis Forkey Doe.
FORMASI : 4-3-3
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim,S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Daudsu Jamaluddin (Khairul Izuan Rosli), Mohd Badhri Radzi (KP), Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Nurul Azwan Roya), Norshahrul Idlan Talaha (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Mohammed Ghaddar.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Terengganu (8) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Terengganu (6) Kelantan (5)
Sepakan penjuru : Terengganu (6) Kelantan (4)
Sepakan percuma : Terengganu (18) Kelantan (10)
Ofsaid : Terengganu (1) Kelantan (0)
Kekasaran : Terengganu (8) Kelantan (18)
Kad kuning : Terengganu (Mohd Faizal Muhamad dan Erison da Silva Santos Carnietto Baiano) Kelantan (S Subramaniam, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid dan Mohd Nurul Azwan Roya)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Terengganu (52%) Kelantan (48%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Zamzaidi Katimin
Penolong Pengadil 1: Shahimi Abdullah
Penolong Pengadil 2: Mohd Juhairi Idrus
Pegawai Keempat : Ahmad Faizal Mamat
Kommissioner Perlawanan : Ahmad Zuhairi Mohd Sham
Penilai Pengadil : K Karupiah
General Koordinator : Ishak Salleh

Petikan Dari Klate.Net
 Separuh masa pertama Kelantan bermain baik dengan serangan bertali arus dan penguasaan permainan.Mat Yo juga bermain baik di samping beberapa peluang gagl di sudahkannya.Tapi mngapa prestasi Ghaddar masa main tak nak main je.Sepatutunya dia yang kerap mengancam kubu lawan dan bukannya pemain tempatan.Kalau ada keita manjou lebih awal rasanya dah di tukar dah dengan Ghaddar nii.


Tetapi bila masuk separuh masa kedua pula,kawe agak terkejut keranan Terengganu di buka ruang untuk menyerang dan hasilnya mereka dapat menyamakan kedudukan.MUngkin Peter Butler dah tahu pemain dan strategi kita sikit-sikit kan.Tetapi kita bersyukur kerana keputusan seri dan kita memerlukan 2 kemenangan lagi untuk memeastikan kita mempertahankan kejuaraan liga super.Apa Pun ,pemain harus terus bersemangat untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment