Wednesday 13 June 2012

Malaysia Catat Kemenangan Selesa 2-0 Ke Atas Singapura Pada Perlawanan Persahabatan

Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Singapura pada perlawanan persahabatan timbal balik di Stadium Shah Alam Selasa malam.

Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 2-2 pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lepas.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing Datuk K. Rajagobal membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi tandukan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd Ali hasil hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri padang.

Kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim cuba menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-34 namun ditepis keluar penjaga gol lawan, Mohamed Hyrulnizam Jumaat.

Usaha bertali skuad pelawat yang dibimbing jurulatih dari Serbia Radojko Avramovic mencari gol penyamaan tidak kesampaian apabila benteng pertahanan negara dikawal ketat oleh Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Skuad Harimau Malaya berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-61 menerusi Mohd Safiq yang melakukan sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Perlawanan malam ini turut menyaksikan pemain tengah Singapura Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain tengah Harimau Malaya, Mohd Bunyamin Umar pada minit ke-68.

Sementara itu, Ketua Jurulatih negara, K.Rajagobal berkata beliau berpuas hati dengan kejayaan malam ini dan ia menunjukan semua pemain bermain dengan bersungguh-sungguh.

"Saya puji mutu persembahan semua pemain yang dapat kekal dalam tempo tinggi sehingga ke akhir perlawanan dan ia adalah satu peningkatan bagi skuad Harimau Malaya," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

-- BERNAMA
Petikan Dari TRWFM Bullettin
Tempo yang tinggi dan bermain baik sampai ke tiupan wisel penamat membuatkan kita berjaya melunaskan hutang ke atas singapura.Mereka membelasah kita dengan teruk semasa Kelayakkan piala dunia dan kita balas kembali 2-0.Kiranya misi menewaskan singapura berjaya tetapi jaringan sahaja kita kurang.Shakir menjaringkan gol dengan glassing header dan Shafiq menjaringkan gol melalui sepakkan percuma.Tapi dari segi midfield memang kita tampak sedikit berkurangan.Azlan johar semalam pun ada menyebut nama Piya.mungkin geng-geng jurulatih nak tengok Piya dalam skuad Malaysia.


 Kalau Malaysia dapat kekalkan tempo malam tadi,tidak mustahil kita dapat ulangi kejayaan AFF suzuki cup.Tetapi kita masih ada 5 bulan lagi sebelum bermulanya Piala ini.
 

 

Persoalannya sekarang,mampukah Harimau Melaya mengekalkan rentak dan prestasi bagi mnghadapi kejohanan AFF Suzuki Cup 2012 nanti? Siapakah bakal tersenarai dalam membentuk kesebelasan dalam skuad Malaysia nanti.Apa pun Selamat maju Jaya Malaysia



No comments:

Post a Comment